NAJWA terus keluar dari anak perut itu. Dia parking di hadapan pangsapuri yang agak rendah personalitinya.
Dia naik tangga di tingkat 1 dan berhenti di rumah nombor 7.
"Betul ke apa yang aku buat ni?" Katanya dalam hati.
Apakan daya, dia terpaksa ketuk pintu yang berwarna hijau tua itu.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam.." Aku pun buka pintu rumah itu.
Betapa terkejutnya aku bila perempuan yang bernama Najwa datang ke rumah aku secara tiba-tiba.
Aku mula buat muka menyampah dengan dia.
"Kau dah kenapa datang rumah aku? Kau nak maki aku ke sebab aku orang kaya turns too miskin, kan?"
"Tak, Nizam. Aku datang sini ada sebab."
"Memanglah ada sebab! Sebab kau nak maki aku! Itulah reason kau datang sini."
"Bukan.." Najwa sudah mengesat air matanya.
"Eh, kau dah kenapa nak menangis ni? Kau dah jumpa pangkal jalan yang benar ke sampai menangis bagai ni?! Kau tak puas-puas lagi ke nak sakitkan hati aku lagi? Kau patut menyesal dalam diri kau. Sebab kaulah Nik mati. Aku rasa kaulah pembunuhnya!"
"Astaghfirullahalazim.. Nizam! Apa yang kau cakapkan ni?"
"Eh, betullah apa yang aku cakapkan. Kaulah penyebabnya!" Aku sudah menolak kepalanya.
Najwa memperbetulkan tudungnya akibat aku yang menolak kepalanya.
Aku sambung balik ayat aku.
"Disebabkan kau Nik mati! Kau sepatutnya yang masuk dalam lokap!"
"Nizam, tolonglah.. Aku nak minta maaf dekat kau. Sedangkan Allah maafkan hamba-Nya. Takkan kau tak nak maafkan aku?"
Aku tergelak apabila dia cakap macam itu.
"Ustazah Najwa, senang-senangnya ustazah cakap macam tu.. Kau dengan pakai baju kurung yang ketat ni ada hati nak tegur aku? Kau tu perempuan murah tau. Kau sama dengan kawan perempuan kau yang lain. Siapa tu, dengan Shahir tu? Natasha? Aku dengar sampai Tasha mengandung dikerjakan Shahir."
Aku diam sekejap dan sambung balik ayatku.
"Tasha tu pun satu. Bodoh! Macam kau! Ada ke patut bagi je badan dia dekat Shahir. Nampak tak kemurahan Tasha tu?" Aku tersengih sambil menggelengkan kepala.
"Nizam, tolong maafkan aku. Aku tahu aku banyak salah dengan kau."
"Before kau maafkan aku, kau dah minta maaf dengan Tuhan?"
Terdiam Najwa bila aku cakap macam itu.
"So, kau pergilah surau yang berdekatan, and then kau pergi ambik wudhu dan pergi solat taubat sebelum kau nak mintak maaf dekat aku! Kau tak layak tau nak mintak maaf bagai ni dekat aku! Aku jijik tengok muka kau!"
Aku terus tengking pada dia. Selepas itu, aku tutup pintu dengan kuat. Menyampah aku dengan perempuan kotor tu!
Najwa tak mampu nak kata apa selain menangis.
+++
"TADI Najwa datang rumah aku."
Selepas kejadian tersebut, terus aku telefon Fariena dan mula bercerita tentang hal ini.
"Dia nak apa datang rumah kau?" Soal Fariena.
"Minta maaf."
"So, kau maafkanlah dia?"
"Gila weh?! Taklah!"
"Kenapa?"
"Takkan nak mintak maaf kat dia. Aku bukannya suka pun perempuan murah tu."
"Kau ni, Nizam. Tak baik buat macam tu. Dia cuba untuk berubah, Nizam.
"Kau kan, Fariena. Tak sah kan kalau nak paksa aku?! Kau kalau tak nak kawan dengan aku, cakaplah! Pergi kawan balik dengan kawan lama kau tu!"
Aku terus mematikan talian. Ada kawan pun tak guna!
+++
SUASANA di sebuah kelab malam memang meriah mengalahkan kenduri kahwin. Aku memesan air coke manakala Fariena hanya minta air kosong saja.
Ramai orang sedang menjual badan mereka sesuka hati di dalam kelab ini.
Aku?
Sorry I bukannya murah macam mereka semua.
"Aku lupa nak bagitahu dekat kau, Niena." Kata aku selepas menghirup air coke itu.
"Apa dia?"
"Tapi, aku tak tahulah good news ke bad news."
"Cakap jelah.." Fariena seperti malas nak layan aku.
"Muzammil jumpa aku."
"Ha?! Bila?!" Dari perasaan malas nak layan, terus dia nak dengar cerita aku.
"Kau pun tahu kan yang aku tak suka dia. So, aku halaulah dia dari kereta aku."
Betapa kuatnya ego aku kepada jantan tak guna tu sanggup aku halau dia begitu sekali.
"Kau kan, Nizam. Tak baik tau buat dia macam tu. Cubalah bagi second chance dekat.." Ayat Fariena dipotong oleh aku.
"Second chance?! Aku dah penat bagi dia peluang yang dia sia-sia kan! Kau tengoklah masa aku bagi peluang masa dekat Paris tu. Lepastu, masa Jasrul pulak dia buat hal!" Aku sudah meninggikan suara.
"Tapi, Nizam.."
"Stop! Kalau aku cerita dekat kau pun, kau bukannya nak backup aku!"
Selepas itu, aku terus tinggalkan Fariena keseorangan. Benci aku dibuatnya!!!
YOU ARE READING
M.N.N : ANTAGONIS (#5)
Romance2020, kehidupan NIZAM semakin susah setelah sekian ibu bapanya meninggal dalam kemalangan. MUZAMMIL pula dapat diberi peluang ketiga untuk menolong dalam kehidupan NIZAM. Tapi, NIZAM angkuh dan sombong! "Tak payahlah kau nak tolong aku.. Aku ni buka...