"HEY, Excuse me! I sebagai customer you, you should hormat I! I tak kesah pun kerja you yang tak seberapa ni. Tapi, nasiblah I tak jadi HQ kat sini. Dan I memang tak selayaknya nak jaga kat sini sebab bukan taste I nak jaga McD. Tak ada life langsung tau orang kerja sini!" Aku terus keluar dari restoran tersebut. Fariena mengikuti aku.
Tapi, aku berpatah balik.
"Saya akan pastikan awak!" Aku tunjukkan jari telunjuk kepada Ain.
"Ain! Saya akan pastikan hidup awak merana."
"Terima kasih, cik. Doakan baik-baik pada saya."
Aku tergelak kecil.
"Kau ni bodoh jugakan. Tak reti nak beza doa yang baik dan buruk. Patutlah kerja sini. Sebab bodoh! So, siapa yang rasa dia tu bodoh, kerjalah McD kay!" Aku terus bergerak keluar dari restoran itu.
Fariena mengikuti aku. Aku tetap berjalan meninggalkan dia tapi dia sanggup berlari anak mengejar aku.
"Nizam, tunggulah aku." Katanya sambil tercungap-cungap.
"Apa?! Kau pun satu, cepatlah sikit."
"Kau dah kenapa laju sangat? Penat aku kejar kau." Tanya dia sambil turun naik nafasnya disebabkan kejar aku.
Siapa suruh kejar!
"Tak delah. Geram betul aku dengan minah murah tu. Dia setakat kerja jadi manager pun tunjuk belang. Tak layak tau orang macam dia tu berlagak. Aku ni layaklah jugak!"
Fariena menggelengkan kepalanya.
"Kau ni tak baik cakap macm tu tau, Nizam. Tadi, aku tengok Ain tu cakap.." Tak sempat dia nak sambung ayatnya, aku telah potong ayatnya itu.
"Cakap baik dengan aku? Jauh sekali kat mata aku, Niena! Dia tu cuba nak perli aku adalah. Buat malu je kerja macam tu! Kalau dia ada suami, apa suami dia nak cakap kat mak dia. Aaa.." Aku mencuba untuk membuat aksi gedik yang menyatakan aku cuba untuk menjadi perempuan gedik.
" 'Isteri saya kerja McD je, mak.' " Aku terus gelak besar.
"Ish, kau tak baik nak ejek orang nak cari rezeki."
"Suka hati akulah, Niena. Mulut aku. Bukan mulut kau. Agak-agaknya dia mesti suka ponteng masa sekolah kan? That's why dia bodoh! Lagipun, siapa suruh tak belajar elok-elok masa kat sekolah. Kan dah kerja McD."
Fariena tak mampu nak berkata apa-apa selain menggelengkan kepalanya.
"Dahlah. Aku lapar. Aku nak makan kat food court." Lalu, aku terus gelak meninggalkan Fariena lagi.
Dia tu apa lagi, ikut jelah kemana aku pergi.
+++
AKU mengocak air minuman menggunakan straw. Aku sedut sedikit minuman tersebut lalu membuka suara untuk bercakap.
"Eh, mana Ikha? Dah lama kita tunggu perempuan tu. Kata nak flight pukul 3 petang. Ni dah pukul 2 setengah dah ni." Kataku sambil melihat jam tangan.
"Ala, biar jelah dia. Lagipun, kau ke nak flight?" Sindir Fariena lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Aku bukannya apa, Niena. Dia tu kan lembab nak selesaikan problem. Agaknya dia lembab ni sebab curious."
"Sebab dia curious?"
"Yelah, dia mesti takut nak pergi ke tak. Itulah, aku suruh laki dia hantarkan untuk dia. Dia taknak.. Kan sudah menyusahkan hidup diri sendiri.."
"Entah! Laki dia dah pergi sama-sama dengan dia, dia pula mengada-ngada suruh jantan tak guna tu gerak dulu. Sekarang, terimalah padahnya!"
Tiba-tiba, seseorang perempuan sedang mengejutkan kami berdua.
"Amboi.. Sedapnya mengata aku.. Hei, mulut tak reti nak tapis ke?"
"Eh, tak perasan pula dia dah sampai." Fariena terus peluk Ikha.
Ikha tersenyum melihat kawannya lalu dia duduk di sebelah aku.
"Kau tak order dulu ke sebelum nak flight sana?" Soal aku pada dia.
Ikha menggelengkan kepalanya.
"Tak naklah. Aku risau takut tak sempat. Yelah, nanti mulalah mengutuk aku sebab aku makan macam siput."
Fariena tergelak dengan kata-kata Ikha itu.
"Memang betul pun apa kau cakap kat diri kau tu sendiri. Ingat tak sedar lagi.. Rupanya dah sedar. Alhamdullilah.." Aku menadah tangan seperti berdoa.
Lagilah Fariena berdekah-dekah tawanya.
"Ha'ah. Gelak jelah perempuan ni." Sindir Ikha. Dah malu.
"Ikha.." Kata Fariena lalu dia meletakkan tangan kanannya pada kedua bahu Ikha.
"Kau jangan lupakan aku dan Nizam tau. Kau duduk sana bukannya sekejap. 2 tahun weh.."
"Ish! Takkanlah aku nak lupakan korang. Koranglah tempat aku nak hilang rasa bosan dalam diri aku tau."
Terdetik pula dekat hati aku bila dia kata macam tu. Tersenyum lagi.
"Nanti for sure kau akan kahwin dengan laki kau, kan? Jangan lupa support aku dan Niena nak pergi sana tau."
Ikha hanya mampu gelak kecil dengan kata-kata aku.
"Eh, kau nak tahu tak, Ikha? Tadi, Nizam buat hal lagi."
"Ha?!"
YOU ARE READING
M.N.N : ANTAGONIS (#5)
Romance2020, kehidupan NIZAM semakin susah setelah sekian ibu bapanya meninggal dalam kemalangan. MUZAMMIL pula dapat diberi peluang ketiga untuk menolong dalam kehidupan NIZAM. Tapi, NIZAM angkuh dan sombong! "Tak payahlah kau nak tolong aku.. Aku ni buka...