12

1.5K 33 2
                                    

BESOK pagi, aku sedar-sedar dari lamunan tidurku dari tempat tidur Muzammil.

Aku lihat di bawah tepi katil itu.

"Dah keluarlah tu.." Kataku dalam keadaan mamai.

+++

SEMALAM..

"Kau dah kenapa ni nak paksa aku makan ni?" Aku meninggikan suara.

"Saya kesian dekat awak. Makan, ya?" Pujuk dia secara lembut.

"Kau nak aku makan kan? Aku makan. Tapi, dengar satu syarat."

"Apa dia?"

"Kau tidur kat bawah lantai. Aku tak nak kau dekat-dekat dengan aku."

Muzammil memandang ke bawah sambil hampa perasaannya.

Selepas aku makan, aku pun beralih semula kepada katil. Dia mengambil bantal dan juga selimut di bawah katil lalu dia kemaskan di sebelah katil itu.

Aku cuba lelapkan mata untuk tidur tapi tidak boleh sebab lampu siling tidak tutup.

"Kau tak reti nak tutup lampu ke?" Tegur aku.

Muzammil bangun semula dan tutup lampu di sebelah pintu. Lalu, kami berdua pun melelapkan mata dan bersedia untuk menghadap keesokkan harinya.

+++

PUKUL 12:35 tengah hari, aku sedar dari lamunan tidur tadi. Aku mengeliat setiap badan aku dengan kuat.

Tiba-tiba, aku terdengar suara seperti sedang bergaduh.

"Mana boleh macam tu! Saya rasa saya dah bayar semua hutang saya. Macam mana boleh tak bayar pulak ni?" Kata Encik Marzuki di luar bilik.

"Dah kenapa orang tua tu? Memekak tak tentu pasal?" Gerutu aku sorang-sorang diri.

Lalu, aku pun keluar dari bilik itu.

Aku nampak Encik Marzuki bersama dengan orang yang aku tidak kenali sedang berbual di ruang tamu. Aku pandang mereka dari bawah.

Aku turun tangga dan cuba untuk dekati dengan mereka.

"Saya tak tau nak cakap apa. Tapi, encik kena bayar hari ini juga. Kami kena tarik rumah encik ini."

Encik Marzuki tidak pula nembantah malah dia anggukkan kepala dia saja.

Tak sampai 10 saat, Puan Hayati datang menyusul di sebelah Encik Marzuki.

"Abang! Cepatnya mengalah! Kita nak duduk mana kalau rumah ni kena tarik?"

Encik Marzuki endahkan isterinya yang sedang meninggikan suaranya terhadapnya.

"Takkan nak harapkan Muazmul? Dia tu dah lah belum kahwin! Marhaini tu. Dia kan belajar lagi. Muzammil?" Selepas Puan Hayati lepaskan ayatnya, dia pandang aku dengan pandangan yang tajam.

Aku terus memandang tempat lain selain daripada pandangannya itu.

"Tak apalah, Mama. Biar Amil tanggung rumah nanti. Tapi, tak sebesar rumah nilah." Muzammil secara tiba-tiba bersuara dan dia duduk di sebelah ibunya.

"Bagus! Anak aku yang ini jelah boleh selamat aku!" Puan Hayati berang lalu dia tinggalkan tempat kejadian itu.

+++

3 BULAN kemudian, aku baru sedar dari lamunan tidurku. Aku duduk di atas katil itu sambil menggosok dua belah itu.

Beberapa saat kemudian, aku bangun dari katil itu dan capai tuala yang tergantung belakang pintu kayu yang dah tua lalu letakkan tuala tersebut pada bahu kiriku. Aku keluar dari bilik itu sambil menguap akibat ngantuk semalam tidak hilang lagi. Aku turun tangga kayu yang layu itu. Terselah kedengaran kayu yang usang itu. Aku pergi ke bilik air yang berada di sebelah dapur yang kecil itu. Nampak Puan Hayati sedang memotong lobak merah sambil memerhati aku dengan penuh benci di hatinya.

Abaikan dia, aku terus masuk ke dalam bilik air itu untuk segarkan badan.

15 minit kemudian, Puan Hayati membuat muka akibat aku mandi terlalu lama sangat.

"Kau ingat kau tu orang kaya lagi ke? Kau nak bayar balik ke bil air nanti? Tak pasal-pasal anak aku yang bayarkan!" Perli Puan Hayati yang menjerit di luar bilik air itu.

"Memekak betul orang tua tu.. Suka hati akulah nak mandi lama ke tak. Ada hati nak tegur aku.." Aku kata dalam hati.

Selepas mandi, aku tutup pili air dan lap badan aku yang basah itu lalu aku berkemban sampai paras pusat. Aku buka pintu yang berbunyi itu. Aku ambil gayung itu lalu keluar dan berhenti di depan bilik air itu sambil memandang Puan Hayati.

Kami berdua bertentangan mata dalam keadaan jauh.

Pap! Aku campak gayung itu di dalam bilik air dan terus cepat-cepat berjalan menuju ke bilik aku.

"Kau kan! Memang anak yang tak sedar diri tau!"

+++

JADI, nak dijadikan cerita kami semua berpindah ke sebuah kampung yang lama. Rumah tersebut kepunyaan arwah ayah kepada Encik Marzuki yang sudah lama ditinggalkan. Barang-barang perabut yang cantik dan berharga di dalam rumah itu terus dijual bersama-sama rumah yang agung itu.

Satu hari itu dimana Puan Hayati berbisik kepada aku,

"Kau tahu tak, disebabkan bala kau, keluarga aku jadi macam ni, aku tak dan tak akan suka kau, tau?"

Tapi aku pekakkan telinga saja. Malas nak layan orang tua tu...

M.N.N : ANTAGONIS (#5)Where stories live. Discover now