21

1.3K 34 10
                                    

HATI aku sudah tidak sedap hati bila dengar Muzammil berada di luar menunggu aku dekat depan rumah Fariena.

"Kenapa dia ada kat luar tu?" Soal aku sambil mengintai dekat depan rumah.

"Dia tak nak balik rumah dia selagi kau ada kat sini dengan aku."

"Ha! Biarkan dia. Selama ni aku yang terhegeh-hegeh nak kat dia. Sekarang ni, aku nak dia pulak terhegeh-hegeh kat aku." Kata aku kemudian aku tinggalkan Fariena di rumah tamu sambil membawa barang-barang yang aku baru beli tadi dekat mall.

"Ish ish ish, Nizam. Kuat betul ego kau, ya." Kata Fariena sambil menggelengkan kepalanya.

Aku masuk ke dalam bilik tidur yang disediakan oleh Fariena untuk aku rehat di rumahnya itu. Kemudian, aku hempaskan badan aku di atas katil sambil memandang atas siling yang kosong dan tiada apa-apa di atas tersebut.

"Kenapa dia tu sanggup sangat buat semua ni untuk aku? Dia kan tak sayang aku? Eh, aku ni dah kenapa nak ambik kisah pulak pasal dia? Biarlah dia. Tapi, kesian pulak tengok dia tadi kat dalam kereta. Menggigil pulak tu. Sejuk sangat kot. Kesiannya." Beralih-alih pulak ego aku kali ini.

Adakah hati aku sudah berputik kepada dia semula?

Jadi, tanpa membuang masa aku pun keluar dari bilik itu dan mengambil payung kerana di luar hujan lebat. Aku bukak pintu rumah itu dan keluar menuju ke kereta Muzammil.

Dia lena tidur sambil memeluk diri sendiri sebab sejuk sangat.

Aku ketuk tingkap kereta itu. Muzammil pun tersedar. Dia cepat-cepat keluar dari kereta itu.

"Nizam buat apa kat luar ni? Dengan hujan lebat macam ni." Katanya.

"Saya kesian kat awaklah. Sejuk-sejuk duduk dalam kereta sorang-sorang. Kenapa tak balik je kat kampung tu?"

"Saya tak nak balik selagi awak tak balik kampung jugak. Kita balik eh?" Katanya lembut cuba untuk pujuk aku.

Akhirnya, ego aku mengalah dan anggukkan kepala aku dengan perlahan.

+++

"KAU pergi kejutkan budak dalam bilik tu! Tak sedar diri! Dah lah tumpang rumah orang. Still tak sedar diri!"

Puan Hayati yang menjerit itu membuat tersedar dari tidur.

"Memekaklah perempuan tua ni!" Kata aku dalam keadaan mamai.

Aku gosok kepala aku yang tidak gatal lalu aku bangun dari katil itu. Aku capai tuala yang tergantung itu lalu bergerak menuju ke bilik air.

Tiba-tiba, nampak Puan Hayati sedang memerhati aku sambil mencekak pinggangnya. Aku buat bodoh lalu terus masuk ke dalam bilik air. Tapi, Puan Hayati sempat menarik aku supaya tak kasi masuk dalam bilik air.

"Apa masalah mama ni sampai nak tarik-tarik saya ni?" Aku meninggikan suara.

Marhaini hadir pulak di belakang Puan Hayati secara tiba-tiba.

"Kau dengar sini eh. Kau setakat menumpang je rumah aku, apa aku dapat? Dapat kesusahan dari kau adalah!" Kata Puan Hayati sambil menunjuk jarinya padaku.

"Betul tu, mama. Kau kalau kerja kutip sampah kat tepi pekan tu pun elok sebenarnya." Marhaini pulak menyampuk Puan Hayati.

Aku cuba untuk diam sebab malas nak layan mereka berdua ni.

"Kau ni dah kenapa diam?" Puan Hayati menolak kepala aku.

Aku penat sabar dan akhirnya aku meletus juga.

"Eh, orang tua! Aku tak kacau kau, kau jangan nak kacau aku eh! Kau ingat dengan kuasa kau sebagai permaisuri kat rumah ni, ingat aku takut sangat ke kat kau?"

Terkejut Puan Hayati bila dia dengar aku melawan dia.

"Amboi, kau. Kurang ajar eh dengan aku. Siapa yang ajar kau macam ni? Mak ay.."

Tak sempat dia nak habiskan ayatnya, aku menampar di pipinya. Tersungkur Puan Hayati selepas aku menamparnya.

"Ey, makin menjadi perangai kau eh!"

Marhaini menolak aku sampai aku terjatuh.

"Marhaini! Kenapa kau tolak Nizam ni?" Muzammil tiba-tiba memimpin aku suruh aku bangun balik.

Marhaini pulak pimpin Puan Hayati untuk suruh dia bangun juga.

"Amil, mama tak suka orang yang kurang ajar dengan mama ni. Lebih-lebih lagi dengan mak kamu sendiri, Mil." Puan Hayati memegang erat tangan Muzammil sambil membuat seperti nangis yang seakan-akan nangis.

"Eh eh eh, mengada-ngada pulak kau eh dengan anak kau ni! Aku sepak.." Tak sempat aku nak lempang Puan Hayati, Muzammil terus melempang aku.

Ouch!

Aku memegang pipi yang sudah ditampar itu sambil memandang Muzammil.

"Awak pergi naik sekarang!" Kali ini Muzammil nampak betul-betul marah pada aku.

Aku terus naik dengan muka yang bengang. Terselah muka ceria Puan Hayati dan Marhaini.

Aku masuk ke dalam bilik dan tutup pintu dengan hempasan yang kuat.

"Suka hati dia je suruh aku masuk dalam bilik dia yang buruk ni. Dia ingat aku apa? Anak dia ke? Eee! Geramnya aku dengan perempuan tua tak sedar diri tu! Dia ingat aku apa?! Bab.."

Muzammil tiba-tiba masuk dalam bilik dengan muka yang muram...

M.N.N : ANTAGONIS (#5)Where stories live. Discover now