SELEPAS kami bertiga makan, kami pun bergerak menuju ke kolej semula. Dalam perjalanan ke kolej, Mursyid mulakan perbualan.
"Nizam, bila kita nak main?"
Terbatuk-batuk aku dibuatnya. Fariena tersengih sahaja apabila mendengarnya. Dia tahu aku tidak boleh dengar benda-benda macam tu sebab ia boleh buatkan aku jatuh cinta lagi.
"Apa kau merepek ni, Mursyid?" Kata aku.
"Aku merepek apa?"
"Yelah, apa yang merepeknya? Main badmintonlah."
Laa..
"Oh, boleh je nak main badminton. Bila?"
"Jomlah, petang ni dekat padang asrama."
"Okey."
Selepas perbualan itu, kami pun diam sekejap.
"Fariena, thank you tau datang sini tengok-tengokkan aku. Aku bertuah dapat kawan macam kau." Aku meluahkan pada Fariena.
"Takde papelah. Aku memang nak tengok kau pun. Hmm.. Nizam, nak tanya sikit boleh?"
"Tanyalah."
"Muzammil ada jumpa kau?"
"Setakat ni dia call je lah. Kenapa?"
"Saja tanya."
"Cakaplah. Kenapa?"
"Sajalah aku tanya. Weekend ni dia nak datang sini tak?"
"Tak tahu lagi. Kenapa?"
"Takdelah. Kan selalu dia datang sini tengok kau."
"Siapa Muzammil? Pakwe Nizam eh?" Mursyid mencelah.
"Ish! Apa pakwe-pakwe ni? Gay ke apa?" Kata aku cuba untuk kasi Mursyid tidak tahu yang aku suka dekat lelaki.
Mursyid gelak saja.
"Entahlah, Niena. Setakat ni dia tak cakap pulak yang dia nak jumpa aku. By the way kan, aku dah lama tak jumpa dia. Dia okey tak, Niena?" Kata aku pada Fariena.
"Buat apa tanya aku. Kau tanyalah sendiri dekat Muzammil tu. Janganlah tanya aku."
"Takdelah. Aku tanya pun sebab kau kan selalu jumpa dia."
"Mana ada selalu jumpa dia. Dah jarang dah, sis nak jumpa dia dah."
Aku angguk tanda faham. Tapi, pelik. Kenapa Fariena tanya aku pasal Muzammil ni? Macam ada sesuatu yang tak kena.
+++
"AMIL tak nak kahwinlah, mama!"
"Kalau Amil tak nak kahwin, sampai bila Amil nak hadap dengan Nizam je? Sekali sekala Amil kena ada perasaan terhadap perempuan jugak." Puan Hayati cuba untuk menerangkan semula apa yang dia cuba cakapkan.
"Betul cakap mak kamu tu, Muzammil. Abah bukannya tak suka kamu jaga anak orang tu tapi berpada-padalah. Janganlah jaga sampai macam buat laki bini pulak. Kamu berdua tu lelaki, tahu tak?" Encik Marzuki pula menerangkan dengan lebih jelas.
Muzammil terdiam.
"Amil kalau nak kahwin tapi takde pasangan, mama boleh tolong. Aleesha."
"Aleesha?" Soal Muzammil sambil memandang Puan Hayati.
"Yaa.. Aleesha. Mama tengok dia baik orangnya. Sopan. Bukan ke kamu berdua dari awal sekolah menengah lagi? Baguslah tu kalau dah kenal dari sekolah."
"Tapi, Amil tak nak.."
Tak sempat Muzammil habiskan ayatnya, ada orang menepis.
"Assalamualaikum.."
"Siapa tu?" Soal Muzammil.
Puan Hayati pergi ke depan pintu untuk lihat siapa yang datang.
"Aleesha! Marilah masuk. Auntie ada buat kuih karipap kesukaan Muzammil." Sapa Puan Hayati pada Aleesha.
Aleesha menyalam tangan orang tua itu.
"Auntie, Aleesha ada bawakkan lauk ayam masak merah. Aleesha yang masakkan."
"Amil, tengok ni. Aleesha masakkan lauk favorite kamu. Kamu tak nak rasa ke?"
Muzammil abaikan lalu dia pergi masuk ke dalam biliknya.
"Rasanya dia tak suka Sha kot, Auntie." Kata Aleesha berasa serba salah.
"Eh, dia memang macam tu. Jangan kecil hati dengan dia. Jom kita hidangkan untuk dia, nak?"
"Jom."
Lalu, Aleesha dan Puan Hayati pun pergi ke dapur untuk siapkan hidangan.
Muzammil kusut. Apa yang dia akan lakukan dan risau terhadap aku apabila nanti aku akan tahu. Dia buntu...
YOU ARE READING
M.N.N : ANTAGONIS (#5)
Romance2020, kehidupan NIZAM semakin susah setelah sekian ibu bapanya meninggal dalam kemalangan. MUZAMMIL pula dapat diberi peluang ketiga untuk menolong dalam kehidupan NIZAM. Tapi, NIZAM angkuh dan sombong! "Tak payahlah kau nak tolong aku.. Aku ni buka...