28

1.5K 40 3
                                    

AKU menoleh ke belakang.

"Ya ampun, aku ingat siapalah tadi." Terkejut dibuatnya. Rupanya Aisyah.

"Alah, nak terkejutkan kau pun tak boleh."

Aku hanya mampu gelak saja dengan perempuan itu.

"Ada gossip. Nak dengar tak?" Tanya Aisyah.

"Apa dia?"

"Sebelum tu, kau nak pergi mana?"

"Tadi baru lepas pergi koop. Sekarang aku nak naik atas balik. Kenapa?"

"Nak cerita."

"Jomlah, kita jalan-jalan sambil bergossip."

Jadi, kami berdua pun bergerak menuju ke perpustakaan iaitu di tingkat 3.

Dalam perjalanan..

"Kau tahu tak, Nizam? Ada orang hisap dadah dalam batch kita."

"Ha? Siapa?"

"Ala, geng-geng Serra lah. Siapa lagi?"

"Dia pun hisap dadah ke? Kau ni.. Betul ke tidak, Aisyah oii."

"Iya. Dia kan nak berhenti kolej dah. Sebab banyak kes dia dengan dadah."

"Ish, kesiannya dia."

"Buat apa nak kesian dekat dia. Siapa suruh buat benda bukan-bukan."

Aku tak balas selepas itu.

Bukan tak suka dengar cerita macam ni tetapi bukan zaman aku. Aku dah bosan nak jadi macam dulu dekat kolej ini.

Tak sampai beberapa minit, ada orang menelefon aku.

"Siapa call kau tu, Nizam?" Tanya Aisyah.

"Entah, jap."

Aku melihat skrin telefon dan rupanya Fariena.

"Hello?"

"Hello, Nizam?"

"Yaa?"

"Kau dekat mana?"

"Kat kolejlah. Kenapa?"

"Aku dekat depan kolej kau ni."

"Apa?"

Dari berjalan terus, aku terus berpatah balik untuk turun ke bawah.

"Kau nak pergi mana, Nizam?" Soal lagi Aisyah.

"Aku nak pergi turun bawah jap. Member datang."

Lalu, aku bergegas turun ke bawah semula untuk berjumpa dengan Fariena.

Sampai sahaja di bawah, aku pergi ke depan pagar dan nampak dia sedang menunggu di luar sambil bersandar dekat keretanya sendiri.

Aku berlari dan terus memeluk dia.

"Fariena."

"Nizam."

+++

AKU meneman Fariena untuk makan tengah hari di McDonald's di Limbongan.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal aku pada dia.

"Aku nak tengoklah perkembangan kawan aku dekat Melaka ni. Okey ke tak okey.."

"Aku okey je. Alaa, biasalah tu jadi student kan. Penat dengan belajar tapi kita nak buat apa. Terpaksalah kena hadap."

M.N.N : ANTAGONIS (#5)Where stories live. Discover now