SUDAH 6 minggu aku menuntut pelajaran di kolej ini dan akhirnya aku selesa dengan tempat ini walaupun sebelum ini aku tidak selesa dengan nak hadapnya orang yang aku tidak kenali tetapi akhirnya, aku berjumpa dengan ramai kawan yang baik di sini.
"So, I hope that you guys can refer to the text that I already give to you alls and I also hope that I will see you next time. So, I ended up my class with tasbih kifarah and surah al asr."
Kami yang berada di dalam kelas itu menadah tangan membaca surah tersebut.
"Amin.."
"Thank you for coming." Lalu, Sir Nasir selaku pensyarah itu pun beredar dari kelas itu.
"Nizam, nak lunch sama-sama tak?" Tanya seorang perempuan yang berada di belakang kelas itu.
Aku pun beralih pandangan aku ke belakang.
"Oh, makanlah. Aku tak nak makan hari ni."
Perempuan itu angguk tanda faham dan mereka pun beredar dari bilik kelas itu.
Tinggallah aku seorang di dalam bilik kelas itu.
Lima minit kemudian, aku terdengar ada orang ketuk pintu bilik itu.
"Siapa tu?" Tanya aku.
Aku meletakkan pen lalu bangun membuka pintu itu.
Pelik.
Tiada orang?
Aku menutup pintu itu lalu aku pun duduk di tempat aku semula.
Tempat di situ semakin sejuk disebabkan penghawa dingin dari pukul 8 pagi sampai 1 petang terbuka dan tidak tutup.
"Baa!"
Tiba-tiba, ada orang kejutkan aku dari belakang sambil memegang kedua-dua bahu aku.
"Ish, Safi!" Aku memukulnya dengan gurauan sahaja.
Safi gelak kecil sambil duduk di atas meja aku.
"Kau buat apa, Nizam?"
"Takde buat pape pun. Saja buat busy kan diri."
Aku mencari earphone di dalam beg aku dan cocok pada telefon aku. Aku membuka telefon dan tekan aplikasi Spotify. Aku membuka lagu di dalam playlist aku lalu memasang earphone itu kepada kedua belah telinga aku.
"Kau saja tak nak dengar kan aku nak cerita apa?" Kata Safi sambil menarik earphone aku.
Safi bukanlah seorang lelaki yang lembut malah dia seorang lelaki yang fikirannya hanya lulus sahaja pada peperiksaannya dan bukan pada CGPA nya 4.0.
"Kau nak cerita apa?"
"Kalau aku cerita mesti kau tak nak dengar."
"Kau ingat aku makan dengan kata-kata kau tu? Cepat cerita!"
"Mursyid."
"Ha? Kenapa dengan 'abe' aku tu?" Aku semakin berminat mendengar ceritanya apabila Safi kata nama Mursyid.
"Dia mintak tolong kau ajarkan dia Statistik."
"Aww, tapi kenapa aku? Ammar kan boleh ajar dia. Lagi pun Ammar tu bestie dia kan?"
"Yang tu aku tak tahu."
"Kau jangan nak nipu aku eh, Safi? Macamlah aku tak percaya apa yang.."
Tak sempat apa yang nak cakap, Mursyid tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu.
Terkedu aku dibuatnya.
"Nizam, boleh tolong aku tak?"
"Aaa.. Tolong.. Tolong apa?"
Mursyid duduk di atas meja aku. Badannya menghadap aku.
"Tolong ajarkan Statistik."
Aku sudah pandang Safi dan Safi pandang muka aku sebab Safi dah bagitahu awal-awal masa Mursyid datang tadi.
"Aaa.. Tak tahu lagilah. Sebab aku pun bukannya pandai sangat pun."
"Tak pandai? Test 1 haritu pun dapat full mark. Kedekut ilmu eh kau.."
"Eh, mana ada. Cuma aku tak suka ajar orang. Takut orang tak faham apa yang aku cakap."
"Ala.. Belum ajar belum tahu lagi, isteriku.."
Naik semangat aku dengarnya. Aku tak tahan lagi dengar suara dia yang sentiasa mencuit hatiku lalu aku kemas-kemas barang aku lalu letakkan di dalam beg.
"Nak pergi mana, Nizam?" Soal Mursyid.
"Aaa.. Nak pergi library." Lalu aku pun terus tinggalkan Safi dan Muryid di dalam bilik.
"Mursyid pun. Dah tahu Nizam lemah dengar benda macam tu, lagi dia usiknya.." Kata Safi dalam hati...
YOU ARE READING
M.N.N : ANTAGONIS (#5)
Romance2020, kehidupan NIZAM semakin susah setelah sekian ibu bapanya meninggal dalam kemalangan. MUZAMMIL pula dapat diberi peluang ketiga untuk menolong dalam kehidupan NIZAM. Tapi, NIZAM angkuh dan sombong! "Tak payahlah kau nak tolong aku.. Aku ni buka...