10

1.6K 35 3
                                    

SELAMA 45 minit berada di dalam keretanya, akhirnya sampai juga destinasi kami iaitu di rumah orang tua Muzammil dan keluarga. Muzammil parking keretanya betul-betul di depan rumahnya yang agak besar itu.

Hati aku makin lama makin berdebar kerana takut nak hadap dengan keluarga dia yang memang tidak suka dengan aku.

+++

15 bulan sebelum itu, Muzammil mengajak aku ke rumahnya kerana ada keluarga mereka buat jamuan hari jadi ibu Muzammil, Puan Hayati.

"Awak, saya nak bawak awak jumpa dengan mak saya." Kata Muzammil pada aku.

"Seriously?! Awak nak saya hadap muka mak awak tu?" Aku sudah mula gelabah apabila Muzammil sudah menarik tangan aku.

"Alah, sekejap je. Lagipun hari ni kan hari jadi ibu. So, wish je happy birthday dekat ibu, boleh?" Bila dia kata begitu, aku beranikan diri untuk berjumpa dengan orang tua tu. Walaupun dalam hati sebenarnya takut.

Kami berdua nampak Puan Hayati sedang bergelak ketawa bersama kawan-kawannya di ruang makanan. Lalu, kami berdua pergi ke arahnya dengan keadaan yang crowded itu.

"Ibu.." Muzammil peluk ibu tapi genggamannya terhadap tangan aku tidak dilepaskan.

"Amil, dah makan kek cheese yang anak Datin Maimunah buat tu? Pandai anak dia buat kek. Sedap pulak tu." Cara Puan Hayati kata itu seperti nak pelawa Muzammil tegur anak Datin Maimunah itu.

"Nantilah Amil makan. Ibu, Amil nak kenalkan kawan Amil. Dia banyak tolong Amil kat sekolah."

Mata Puan Hayati terus pandang ke arah tangan Muzammil yang sedang pegang tangan aku itu dengan muka sinis.

"Apa pegang-pegang tangan ni?" Tegur Puan Hayati.

Aku terus lepaskan tangan aku.

"Selamat hari jadi, Puan Hayati. Semoga Puan sihat selalu." Kataku.

Selepas itu, aku tersengih sekejap.

"Maaflah saya datang tanpa buah tangan. Muzammil datang rumah saya tanpa bagitahu yang hari ini hari jadi Puan."

Puan Hayati gelak sinis.

"No need. Kalau awak ada pun, saya tak kisah sangat."

Terkedu aku dengar apa yang Puan Hayati katakan itu.

"Ibu! Hormat sikit Nizam. Dia datang dengan baik. Bukannya nak serang ibu."

"Amil.. Kenapa Amil nak berkawan dengan budak ni? Amil tak sayang dekat ibu ke?" Puan Hayati pegang kedua-dua pipi anaknya itu.

"Saya just nak cakap happy birthday to Puan Hayati. Saya balik dulu, ya." Aku terus tinggalkan Muzammil dengan mak kesayangannya itu.

"Nizam!" Muzammil tepis tangan Puan Hayati daripada maknya cuba pegang tangannya. Muzammil terus kejar aku.

+++

"NIZAM, kenapa termenung ni? Dah sampai."

Muzammil sedarkan aku daripada lamunan itu.

"Ha?" Aku buka tali pinggang itu lalu keluar daripada kereta itu.

"Awak naik dulu rumah. Lepastu, kita makan malam kay?"

"Kau nak suruh aku naik rumah kau sorang-sorang? Apa function kau?"

"Saya nak bawak semua barang-barang awaklah." Kata Muzammil sambil tersenyum.

"Malam sikit takkan tak boleh ambik kot. First thing first!" Kataku lalu aku terus berada di belakangnya dengan memegang bajunya.

Kami berdua bergerak menuju ke depan rumah yang agak besar itu.

"Assalamualaikum!" Sapa Muzammil.

"Waalaikumsalam.." Kedengaran seorang lelaki tua sedang menjawab.

"Abah.." Muzammil menyalam tangan orang tua itu.

"Amil, lambat balik. Buat apa memalam balik?" Tegur Encik Marzuki.

"Eh, Nizam pun ada. Marilah masuk." Tegur Encik Marzuki.

Aku terpaksa senyum dekat lelaki tua itu lalu aku salam juga tangan dia.

"Yati! Ni ha anak kamu dah balik! Tak nak jumpa ke?" Encik Marzuki memanggil isterinya.

Berdebar hati aku melihat Puan Hayati datang ke sini dengan muka yang berang.

"Amil anak ibu. Lambatnya balik?" Puan Hayati memeluk anaknya itu.

"Sorry lah ibu. Jalan jammed sikit tadi."

Puan Hayati angguk tanda faham. Matanya terus memandang aku. Aku salam tangan Puan Hayati tapi dia sempat tepis sambil buat muka.

"Ibu ada masak lauk favourite kamu. Cer teka apa dia?" Puan Hayati beralih kepada anaknya semula.

"Masak apa?"

"Ayam masak merah!"

"Yeke? Sedapnya! Nizam pun suka, kan?" Muzammil beralih pula kepada aku. Puan Hayati sudah membuat muka pada aku.

"Hmm.." Itu saja yang aku respon.

"Amil pergi mandi dulu tau. Nanti ibu siapkan lauk."

Lalu, kami berdua masuk ke bilik Muzammil.

"Saya harap awak tak kesah dengan bilik saya yang kecik ni sebab ni je bilik saya." Kata Muzammil.

"Bolehlah daripada kau bawak aku kat tepi jalan, kan?" Kataku sambil duduk di atas katil dia yang single itu.

"So, malam ni awak terpaksa tidur kat atas lantai, ya?" Kata aku.

"Kenapa?"

"Kau nak aku tidur dengan kau? Kau pun tau kan katil kau yang single ni manalah muat untuk kita berdua and aku tak ingin nak tidur sebelah kau."

Terkedu Muzammil dengar.

"About lauk tadi, aku tak pernah cakap yang aku suka lauk tu. Jadi, aku tak nak makan dengan family kau lebih-lebih lagi dengan mak kau tu!"

Pedih hati Muzammil mendengarnya...

M.N.N : ANTAGONIS (#5)Where stories live. Discover now