05

1.9K 37 1
                                    

HATI Muzammil sudah gelisah dengan apa yang dia cuba untuk lakukan sekarang ni.

"So, kami terima awak untuk masuk ke dalam syarikat pertama yang ada di Malaysia ini. Adakah awak sedia untuk melakukan apa yang kami suruh nanti?" Kata CEO, Encik Sean selaku ketua dalam syarikat ini.

"Aaa.. Saya.. Hmm.."

Encik Sean tergelak kecil dengan cara Muzammil yang tergagap itu.

"Awak janganlah risau. Kami sedia ada kalau awak ada HIV ke nanti bila photo shoot nanti."

Hati Muzammil tetap gelisah.

"Aaa.. Kalau macam tu, kita buat first photo shoot esok hari. Amacam?" Kata Encik Sean cuba untuk sedapkan hati Muzammil.

+++

PUKUL 11 pagi begitu, ada orang ketuk pintu rumah aku.

"Assalamualaikum.." Kata pengetuk tersebut.

Betapa sakitnya kepala aku terpaksa bangun pada pagi yang bukannya masa aku untuk bangun.

"Siapa yang ketuk rumah aku pagi-pagi macam ni.." Kata aku dalam keadaan mamai sambil itu bergerak menuju ke pintu rumah.

Aku buka pintu itu sambil menguap.

"Hmm.. Nak apa ni datang rumah orang?" Kata aku lagi dalam keadaan mamai lalu menggaru kepala yang tidak gatal itu.

"Aaa.. Awak tuan rumah ni ke? Aaa.." Lelaki yang memakai suit hitam itu melihat surat yang dipegang olehnya.

"Awak Nur Nizamudin kan?"

"Hmm.. Yelah. Sapa lagi yang duduk sini selain aku.." Kata aku lagi tetapi kali ini menggaru perut pula dalam keadaan mamai lagi.

"Kalau macam tu, saya nak cakap sikit dengan.."

"Stop.." Aku terus memotong ayatnya sambil menunjukkan tapak tangan pada dia.

"Bagi aku siap dulu baru boleh cakap. Kau duduk kat luar ni kejap."

"Tak nak bagi saya masuk ke?"

"Eh, tak payah.. Bukan muhrim." Kata aku dalam keadaan lemah lalu terus tutup pintu itu.

Pelik lelaki itu dibuatnya.

Sibuknya datang rumah orang jantan ni.. Gerutu aku dalam hati sambil itu siap untuk segarkan diri.

25 minit kemudian, aku buka balik pintu rumah itu untuk berjumpa dengan lelaki yang nak jumpa dengan aku tadi.

"Ha, nak cakap dekat mana ni?" Soal aku dalam keadaan berlagak.

"Kalau dekat rumah ni boleh.."

Dipotong lagi ayatnya oleh aku.

"Dekat luar jelah.. Lagipun aku tak makan lagi. Berlanja aku, tau!" Aku tutup pintu dan kunci pagar yang sama besar pintu itu.

Kemudian, tinggalkan lelaki itu tujuan untuk pergi ke keretanya.

Bukan aku tak kenal lelaki ni.. Bekas secretary ayah!

+++

"SUKAR untuk saya nak cakapkan. Rupanya, arwah Encik Nahmar ada hutang dengan syarikat lain." Kata lelaki itu.

Tiada satu pun reaksi yang aku lakukan bila dengar berita itu.

"Lepastu?" Jawab aku selamba.

"Salah satu cara nak langsaikan hutang arwah ialah dengan menjual rumah yang awak duduk sekarang ni."

Aku tergelak apabila dia cakap macam tu.

"Gila ke apa nak jual rumah yang aku duduk tu semata-mata nak bayar balik hutang bapak aku tu?! Aku nak duduk mana? Rumah kau yang kecik tu pun dengan ada anak bini tak mampu nak support aku nanti."

Sakit hati lelaki itu mendengar apa yang aku cakapkan tadi. Kalau boleh dia nak aje letak cili dekat mulut aku.

"Arwah ada buat surat untuk penjagaan awak sebelum dia meninggal. Kalau boleh arwah cakap nak lelaki bujang. Sebab senang. Baik kan arwah dulu?" Katanya lembut.

"Siapa lagi kalau bukan.." Ayat aku terpotong dengan lelaki yang aku amat benci sekarang ni.

Tiba-tiba pulak terserempak kat sini dah kenapa? Gerutu aku dalam hati.

"Saya boleh jaga dia." Kata Muzammil yang secara tiba-tiba duduk di sebelah aku.

"Hmm.. Awak siapa, ya?"

"Saya Muzammil. Kawan dia." Katanya sambil menunjukkan jari telunjuknya padaku.

"Eh, kau ni kenapa ha tiba-tiba datang sini? Aku tak perlukan kau. Ramai lagi orang boleh jaga aku selain kau!" Kata aku dalam suara yang agak tinggi. Rimas aku dibuatnya.

"So, saya kena interview awak dulu before awak nak kena jaga si Nizam, ya. Besok boleh tak jumpa saya dekat office untuk interview tu? Sebab Nizam ada seminggu lagi nak keluar dari rumah tu. Syarikat yang arwah hutang tu bagi tempoh seminggu je."

"Hei!" Aku sudah meninggikan suara aku.

"Kau ingat rumah flat yang kecik tu boleh langsai ke hutang bapak aku tu?!"

"Saya rasa boleh sebab bukannya banyak pun arwah hutang kat syarikat tu. Aaa.." Lelaki itu beralih pulak pada Muzammil.

"Muzammil, ni card number saya. Papehal awak terus call saya as soon as possible."

Muzammil angguk tanda faham. Meluat aku dibuatnya!

"Kalau macam tu, saya pergi dulu, ya."

Apabila lelaki itu hendak bangun, aku bersuara.

"Hei! Siapa nak hantar aku?!"

"Muzzamil kan ada." Lelaki itu senyum sinis pada aku.

Bodohlah, mamat ni! Kata aku dalam hati sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

"So, nak pergi mana?" Soal Muzammil...

M.N.N : ANTAGONIS (#5)Where stories live. Discover now