Bab 1

70.1K 2.2K 57
                                    

DAMIA pandang alat ujian kehamilan di tangannya. Tidak berkelip matanya memandang dua jalur yang tertera di situ.

Positif!

Dia mengandung. Kolam matanya sudah bertakung air mata dan seketika setitis demi setitis air mata gugur membasahi pipi mulusnya. Ya, itu adalah air mata kegembiraannya.

"Mia? Sayang! I'm home!"

Damia tersentak. Pantas dia mengelap wajahnya dengan belakang tangan. Alat ujian kehamilan dimasukkan ke dalam poket seluar palazo yang dipakainya. Terus dia berlari kecil keluar dari bilik air dan mendapatkan encik suaminya yang pastinya baru balik dari kerja. Damia menghampiri Ziyyad yang sedang menutup pintu rumah. Tersengih-sengih dia dihadapan Ziyyad.

"Yang awak tersengih-sengih ni kenapa? Seronok sangat ke nampak saya balik kerja?" Ziyyad mengusik. Hidung mancung Damia dicuit kasih.

"Mesti lah seronok. Suami saya ada depan mata saya," Damia rangkul lengan Ziyyad lalu mereka berdua berjalan beriringan ke ruang tamu. Briefcase dan blazer hitam milik Ziyyad diletakkan di atas sofa. Ahmad Ziyyad, merupakan seorang arkitek yang kini sedang meningkat naik.

"Awak ada good news ke nak share dengan saya?" soal Ziyyad dengan dahi yang berlapis-lapis. Sebenarnya dia pelik dengan tingkah laku isterinya itu. Nampak happy lain macam! Damia terdiam lama sebelum dia menggeleng yakin kepalanya. Dia tak mahu bagitahu Ziyyad berita gembira itu lagi. Dia nak tunggu malam nanti, baru best. Baru romantik!

"Sure?"

"Betul lah. Takde apa-apa, saya cuma happy je dapat tengok muka awak. Rindu," manja Damia lentokkan kepalanya di bahu Ziyyad. Ziyyad gelak halus sambil mengusap tangan Damia di lengannya.

"Dah, badan saya dah melekit-lekit ni. Bagi saya mandi dulu, lagipun dah nak Maghrib." Tutur Ziyyad membuatkan Damia melepaskan rangkulan. Segaris senyuman dihulurkan buat Ziyyad sebelum mereka berdua berjalan beriringan menuju ke arah kamar yang berada di tingkat dua banglo itu.

*****

TERSENYUM puas Damia memandang lauk pauk makan malam yang terhidang di atas meja. Akhirnya, makanan kegemaran Ziyyad siap juga!

"Mesti suami aku suka bila aku masak makanan favourite dia. Dan.. tak sabarnya aku nak bagitahu good news tu dekat dia!" gumam Damia sendiri dengan senyuman mekar tersungging di bibir nipisnya. Tak lama kemudian, Ziyyad yang segak berbaju melayu dan berkain pelikat muncul dari tingkat atas lalu menghampiri meja makan. Hampir terjatuh rahangnya memandang juadah di atas meja. Terus wajah bersih Damia dipandang lama.

"Awak masakkan makanan favourite saya?" soal Ziyyad. Seleranya semakin memuncak tatkala ayam masak merah kegemarannya itu terhidang di depan mata. Ditambah lagi dengan bauan makanan itu. Allahu, sungguh menggoncang nafsu makannya!

Damia angguk kepala dengan senyuman segaris.

"Suka tak?"

"Mestilah suka. Tak sabarnya nak makan," Ziyyad tarik kerusi lalu dia melabuhkan duduknya di situ. Damia mengambil tempat berhadapan dengan suaminya. Lantas dia mencedok nasi dan diletakkan ke dalam pinggan.

"Awak nak lauk apa?" soal Damia.

"No, it's okey. Biar saya ambil lauk sendiri." Pinggan di pegangan Damia bertukar tangan. Penuh semangat dan teruja Ziyyad mengambil lauk kegemarannya lalu diletakkan di atas pinggan. Usai membaca sepotong doa makan, nasi putih bersama lauk itu disumbat masuk ke dalam mulut. Terpejam mata Ziyyad dibuatnya.

"Macam mana rasa dia?" Damia yang sedari tadi memerhati menyoal.

"Perfect, sayang. Perfect! Pandai betul awak masak." Puji Ziyyad. Damia sengih segan lalu dia mula menjamah makan.

Habis sahaja menikmati makan malam special itu, Ziyyad dan Damia bergerak menuju ke arah ruang tamu. Rutin harian mereka setiap malam, pasti akan menonton televisyen selepas makan malam sambil menunggu masuknya waktu solat Isyak. Kadang, bukan tengok tv sangat pun. Mereka berdua lebih gemar berkongsi cerita yang berlaku pada hari itu. Ziyyad pula seronok bercerita tentang kerjanya sebagai seorang arkitek.

"Err awak,"

"Ye?"

Ziyyad menoleh memandang Damia di sebelah. Keningnya dijongket.

"Saya ada benda nak bagitahu awak.." Damia menunduk bermain dengan hujung lengan baju melayu Ziyyad.

"Cakap lah apa dia," gesa Ziyyad.

"Ziyyad.. Saya.."

"Awak apa?"

"Saya... mengandung."

Masing-masing terdiam. Tak berkelip Ziyyad memandang Damia yang sudah tersenyum-senyum segan.

"Are you serious Nureen Damia? Awak.. mengandung?"

"Serius lah. Saya mengandung, Ziyyad."

Tubuh Damia ditarik ke dalam pelukan. Perasaannya bercampur baur. Gembira ya, kurang gembira pun ya jugak. Astaghfirullahalazim, Ziyyad! Damia mengandungkan anak kau. Takkan kau tak happy?

"Saya.. saya tak sangka awak mengandung Damia." Pelukan dirungkaikan. Ziyyad memegang kedua-dua belah bahu Damia yang jelas terpancar riak kegembiraan di wajahnya. Ziyyad gigit bibir bawah.

"Dah berapa.. bulan?"

"Saya tak tahu, Ziyyad. Saya baru check tadi guna pregnancy test. Esok kita pergi klinik buat check-up eh? Awak temankan saya eh?" Damia capai tangan Ziyyad di bahunya lalu digenggam. Ziyyad senyum segaris sambil menganggukkan kepalanya berkali-kali. Seketika Damia tersedar sesuatu. Reaksi Ziyyad. Bukan reaksi ini yang dia mahukan daripada Ziyyad. Bukan balasan ini yang dia harapkan!

"Ziyyad. Awak.. awak okay? Kenapa awak macam tak.."

"Shhh. Stop talking nonsense, Nureen Damia. Saya happy bila awak mengandung. Saya bersyukur sangat-sangat. Awak mengandungkan anak saya, takkan saya tak happy?" Ziyyad ukir segaris senyuman lalu tubuh Damia kembali ditarik ke dalam pelukan. Belakang tubuh isterinya itu ditepuk beberapa kali lagak seperti bayi.

Damia hela nafas lega. Mungkin hormon mengandung membuatkan dia berfikir yang tidak-tidak.

"Saya sayang awak, Ziyyad."

Ziyyad terdiam. 

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now