Bab 31

23K 1.3K 44
                                    

PERCUTIAN selama tiga hari dua malam terasa begitu cepat berlalu. Esok mereka semua akan pulang ke Kuala Lumpur semula. Malam terakhir di Pulau Redang, mereka mengadakan aktiviti barbeque di tepi pantai. Meriah malam itu dengan suara gelak tawa mereka. Asap berkepul-kepul naik ke atas bila mereka membakar sate, ayam dan juga sosej.

   Redza sibuk mengipas dan membalik-balikkan sate di atas bara sambil berborak rancak dengan beberapa orang lelaki di situ. Aktiviti barbeque merupakan salah satu aktiviti yang digemarinya dari dulu lagi. Lain pula dengan Damia. Dia sendirian berjalan menyelusuri gigi air sambil mengambil angin pantai. Hujung tudungnya yang ditiup angin dipegang erat. Mahu ambil angin malam di sini puas-puas sebelum pulang ke ibu kota esok.

   Penat berjalan, Damia duduk di atas lantai pasir beralaskan seliparnya. Kedua-dua belah lutut dipeluk erat. Jauh dia lontarkan pandangan pada hamparan laut. Cahaya dari bulan membuatkan air laut nampak begitu cantik dan bersinar-sinar. Damia senyum sendiri.

   Takdir. Mengajar dia untuk terus kuat. Untuk terus bangkit. Tipu lah kalau dia sudah lupakan sepenuhnya peristiwa pahit yang dilaluinya. Diuji dengan kecurangan seorang suami, diceraikan di saat dia sedang hamil dan kemudiannya diuji dengan keguguran. Tuhan, sakit sangat rasanya. Terasa berat dugaan itu. Nafas ditarik lalu dihela beberapa kali. Sedih, tapi tiada air mata yang keluar. Sudah penat menangis, meratap. Sekalipun dia meraung sehingga hilang suara, semuanya tak akan kembali seperti dulu.

   Jadi, dia harus kuat. Nureen Damia harus terus memandang ke hadapan. Dia tak perlu menoleh memandang ke belakang lagi. Ziyyad dan semuanya adalah masa silam. Ziyyad dan semuanya adalah sesuatu yang tak perlu dikenang lagi.

   "Jauh termenung,"

   Teguran dari Redza buat Damia tersentak. Terus dia mendongak memandang Redza sebelum lelaki itu tanpa dipinta mengambil duduk di sebelahnya. Damia diam, tak membalas. Dia kembali memandang ke hadapan.

   "Nah, makan lah sikit." Huluran dari Redza buat Damia toleh ke sisi. Pinggan kertas yang berisi beberapa cucuk sate dan dua ketul ayam itu dipandang sebelum tangannya menyambut huluran lelaki itu.

   "Terima kasih."

   "Sama-sama. Tadi saya cari awak tak ada, ingatkan awak berehat dalam bilik. Rupanya, awak dekat sini." Ujar Redza. Damia capai secucuk sate lalu dibawa ke mulutnya. Sedap! Kalau dapat cicah dengan kuah kacang lagi sedap ni.

   "Kenapa doktor cari saya?" soal Damia sambil menikmati sate yang diberikan Redza tadi.

   "Well, ni kan malam last kita dekat sini. Saya ingatkan awak tak sihat, berehat dalam bilik. Lagipun, rugi kalau tak join barbeque malam ni." Jawab Redza, jujur. Damia angguk sambil menikmati makanannya itu.

   "Saya saja ambil angin dekat sini. Tak tahan bau asap,"

   "Oh. I see,"

   "Doktor Redza..."

Redza menoleh memandang Damia dari tepi sebelum wanita itu memandang ke arahnya. Mata mereka bertaut seketika sebelum Damia sendiri melarikan pandangan.

   "Saya nak minta pendapat doktor, boleh?" pinta Damia.

   "Pendapat pasal apa?" Redza jongket sebelah kening.

   "Saya nak sambung belajar,"

   "Oh really? Bagus lah. Dekat mana? Bila?"

Damia habiskan seketul ayam di dalam pinggan sebelum kembali bersuara selepas itu.

   "Kanada."

   "What?!"

Terhinjut sedikit bahu Damia bila suara Redza separuh menengking begitu. Terus dia pandang Redza yang dah membulat matanya. Seketika Redza tersedar lalu mengawal riak wajah terkejutnya.

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now