Bab 2

35.8K 1.8K 53
                                    

"MORNING, Doktor Redza."

Jururawat yang memakai tag nama Dahlia itu menegur mesra. Redza membalas senyuman Dahlia yang sudah dikenalinya hampir tiga tahun itu.

"Morning too, Kak Dahlia." Balas Redza. Beza umurnya dan Dahlia adalah dua tahun. Ainul Dahlia, seorang jururawat berusia 30 tahun dan mempunyai 2 orang cahaya mata yang comel-comel belaka.

Pintu bilik kerjanya ditolak dari luar. Kerusi empuk di meja kerjanya dihampiri lalu dia menghenyakkan punggungnya di situ. Belum pun panas punggung, Dahlia melangkah masuk dengan fail di tangan.

"Cepatnya Kak Dahlia masuk." Seloroh Redza. Tersengih-sengih Dahlia lalu meletakkan fail rekod di atas meja kerja Redza.

"Jangan nak curi tulang pulak eh, Doktor Redza."

Terjuih bibir Redza lalu membuka rekod fail yang diberikan Dahlia tadi. Wajahnya kembali serius tatkala menatap helaian-helaian kertas di dalam fail tersebut. Dahlia masih setia berdiri di hadapan meja kerja Redza, menanti arahan doktor kacak itu.

"Okey. So, Imani macam mana?" soal Redza. Wajah Imani, pesakitnya yang berusia 12 tahun itu bermain di minda. Imani, penghidap Anoreksia Nervosa. Sejenis penyakit yang tidak mahu makan dan sering mengatakan bahawa dirinya gemuk sedangkan badannya sudah seperti mayat hidup. Kurus kering!

"Macam tu lah, doktor. Asyik-asyik cakap badan dia gemuk. Bila saya dengan nurse lain cakap yang badan dia macam ranting kayu, habis disemburnya kami. Dimaki lah. Itu lah, ini lah." Tergeleng-geleng kepala Dahlia bila memikirkan pesakit muda yang ditahan di wad.

"Dia makan tak?"

"Tak. Tapi kalau Doktor Redza pujuk, mesti dia makan."

"Eh kenapa pulak?"

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula Doktor Redza kesayangan alam ni!" balas Dahlia, menjeling Redza dengan hujung mata. Redza gelak halus sebelum dia bangun dari duduknya. Kepalanya tergeleng-geleng.

"Mengarut aje lah pagi-pagi ni, Kak Dahlia. Dah la, saya nak pergi tengok patient saya." Redza melangkah keluar dari bilik kerjanya menuju ke arah wad yang menempatkan pesakit-pesakitnya. Dahlia mengekor dari belakang.

Seorang kanak-kanak perempuan berambut pendek sedang duduk memeluk lutut di atas katil. Termenung jauh dia memandang ke arah tingkap yang terbuka sedikit. Redza menghampiri lalu dilabuhkan duduknya di birai katil kanak-kanak perempuan itu.

"Selamat pagi, Imani. How are you today?" sapa Redza, mesra.

Imani toleh memandang Redza. Tertutup rapat bibir keringnya, tidak membalas sapaan Redza. Redza hela nafas pendek.

"Imani dah sarapan?" soal Redza. Imani menggeleng.

"Kenapa tak nak sarapan? Sarapan tu penting tau Imani. Kalau tak sarapan macam mana kita nak ada tenaga?" soal Redza lagi, cuba memancing Imani untuk berbual. Keningnya dijongketkan memandang Imani yang sedang merenungnya.

"Imani tak nak makan," senafas Imani membalas.

"Makan sikit pun jadi lah. Doktor Redza temankan Imani sarapan okay? Kak Dahlia, bawak breakfast untuk Imani." Arah Redza dan buru-buru Dahlia melangkah pergi dari situ. Tajam Imani memandang ke arah Redza.

"Doktor ni tak faham bahasa ke? Imani cakap tak nak makan!" marah Imani.

"Kenapa tak nak makan? Malam tadi pun dia orang cakap Imani tak nak makan."

"Imani diet,"

Terlepas tawa kecil dari bibir Redza.

"Diet?"

Redza tarik tangan Imani. Lengan baju hospital yang dipakai Imani diselak hingga ke siku. Jari Redza mula menarik-narik kulit lengan kanak-kanak perempuan tersebut. Wajah tegang Imani dipandang.

"Diet? Kenapa nak diet kalau awak dah kurus macam ranting kayu? Tengok ni. Doktor Redza boleh tarik-tarik lagi kulit lengan awak. Sekarang awak tengok lengan saya," Redza menyinsing lengan kemejanya.

"Berbeza kan?" soal Redza. Imani menjeling lalu membuang pandang ke arah lain. Tak mahu tengok apa yang sedang ditunjukkan Doktor Redza di hadapannya sekarang. Redza hela nafas pendek buat kesekian kalinya.

"Awak dah kurus, Imani. Tersangat kurus. Awak tak kesian kan diri awak ke?" lembut Redza menyoal.

"Doktor yang patut kesiankan diri doktor. Buta. Orang gemuk, dikatanya kurus. Doktor buta. Doktor gila!" balas Imani tanpa memandang Redza. Redza diam tidak membalas Cuma matanya sahaja tunak ke wajah Imani.

"Doktor Redza," Dahlia muncul dengan dulang makanan.

"Imani, makan sikit please? Sikit je. Janji nanti lunch awak tak payah makan." Pujuk Redza. Imani diam tak berkutik. Masih di posisi yang sama, memeluk kedua-dua belah lututnya. Redza mencapai pinggan yang berisi mee goreng lalu diletakkan di atas ribanya. Garfu dipegang dan mula memusing-musingkan mee di dalam pinggan.

"Doktor Redza suapkan awak eh? Bismillahirrahmanirrahim. Buka mulut awak, aaaa.." Redza mendekatkan garfu ke mulut Imani. Laju Imani melarikan wajahnya.

"Imani, awak kena makan. Kalau tak, nanti awak pengsan macam mana? Sikit je," pujuk Redza.

"Tak nak!" bentak Imani.

"Imani..."

"Imani tak nak makan! Imani dah gemuk!"

"Imani tak gemuk lah. Percaya cakap saya. Saya kan doktor. Doktor takkan menipu," Redza bermain kata. Imani diam lagi. Redza memandang Dahlia. Keluhan dilepaskan.

"Imani nak makan apa? KFC? Pizza Hut? Doktor Redza boleh belikan untuk Imani janji Imani makan." Redza memancing.

Kepala Imani tergeleng ke kiri dan ke kanan.

"Imani tak nak makan! Tak faham bahasa ke?!" pekik Imani lagi.

Sabar Redza, sabar.

"Okey, Doktor Redza takkan paksa awak. Tapi, kejap lagi Doktor Redza akan datang balik untuk paksa awak makan. Kalau awak tak nak makan juga, Doktor Redza terpaksa kurung awak dalam stor. Awak nak?" Redza mengugut. Dia sudah tidak punya cara lain!

Imani perlahan-lahan memandang ke arah Redza. Kepalanya digelengkan perlahan. Terbit senyuman kemenangan di bibir nipis Redza.

"Kalau awak tak nak kena kurung dalam stor, awak kena makan. Dah cepat," Redza angkat garfu di dalam pinggan lalu didekatkan di bibir Imani. Lambat-lambat Imani membuka mulutnya.

"Kalau Imani gemuk lagi macam mana?" soal Imani, lirih. Dia menunduk memandang tubuhnya yang kecil dan jelas timbul tulang belulangnya. Wajahnya juga semakin cengkung. Kering.

"Awak takkan gemuk, Imani. Percaya cakap doktor awak ni," jawab Redza. Mata Imani mula berkaca-kaca memandang Redza.

"Saya tak nak gemuk. Saya takut gemuk, doktor.."

Redza senyum kelat lalu dia memandang Dahlia. Mereka berdua saling bertukar pandangan dan menggelengkan kepala. Imani sudah berendam air mata.

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now