Bab 41

27.6K 1.4K 52
                                    

PINTU kereta ditutup sebelum dia melilaukan pandangan ke sekeliling. Dah lama betul dia tak datang sini selepas kejadian pahit itu. Masih terakam kemas lagi kejadian yang membuatkan dia kehilangan nyawa di dalam rahimnya dulu. Damia hela nafas berat. Kuat, Damia!

   "Assalamualaikum!" salam dilaung. Beberapa saat menunggu, Puan Rafidah melangkah keluar dari rumah. Wajahnya berkerut seribu melihat kehadiran Damia ke teratak rumahnya ini. Lengan baju yang disingsingnya tadi diturunkan. Salam Damia dijawab perlahan.

   "Kau buat apa datang sini?" soal Puan Rafidah, kasar.

   "Saya datang nak jumpa mak cik." Jawab Damia, mendatar. Puan Rafidah menjeling memandang Damia. Tak ingin nak jemput Damia untuk masuk ke dalam rumah. Semak!

   "Bagus lah kau datang jumpa aku. Aku pergi rumah mak kau, kau takde."

   "Saya dah kahwin. Mesti lah saya duduk dengan suami saya." Sengaja Damia menekan perkataan 'kahwin' dan 'suami' biar orang tua itu sedar yang dia sudah berkahwin dan dia tak terkejar-kejarkan Ziyyad.

Puan Rafidah menjeling lagi.

   "Saya tak nak lah buang masa saya lama-lama dekat sini. Saya datang sini sebab saya nak jelaskan beberapa perkara. Pertama, tak perlu rasanya mak cik datang buat kecoh dekat rumah mak saya. Mak cik tak diundang pun ke situ. Kedua, tuduhan mak cik mengatakan yang saya ni dah bomohkan Ziyyad sama sekali tak berasas. Tak masuk akal. Mak cik ingat saya ni perempuan jenis apa yang terkejar-kejarkan lelaki yang dah buang saya lima tahun yang lepas? Sekali dia buang saya, sepuluh kali saya takkan terima dia balik." Damia berjeda, memeluk tubuh.

   "Perempuan macam kau ni, memang pandai berselindung di sebalik muka polos kau tu. Setiap hari Ziyyad akan cakap pasal kau aje. Sikit-sikit Damia, sikit-sikit Damia. Eh, memang betul kan kau dah bomohkan anak aku?" Puan Rafidah cekak pinggang. Damia diam, mengucap panjang.

   "Kalau lah saya ni jahat, dari dulu lagi saya dah bomohkan Ziyyad. Tak payah tunggu sekarang."

Puan Rafidah gelak sinis.

   "Tengok. Memang betul kau dah bomohkan Ziyyad sampai dia dah berani tengking aku. Dah pandai lawan cakap aku! Aku ni mak dia!"

   "Tak payah lah mak cik nak fitnah saya macam tu. Besar dosanya, mak cik."

   "Eh, tak payah nak berceramah lah dengan aku! Dasar perempuan tak tahu malu!"

Sabar Damia, sabar. Inhale, exhale!

   "Tak kesah lah mak cik nak cakap apa pun dekat saya. Saya cakap apa pun, bukan mak cik nak dengar kan? Saya dengan Ziyyad memang tak ada apa-apa hubungan lagi lepas Ziyyad jatuhkan talak ke atas saya. Kalau mak cik kata Ziyyad selalu cakap pasal saya, bermakna bukan saya yang cari dia. Dia yang cari saya walaupun sekarang ni saya dah bergelar isteri orang. Suami saya seribu kali lebih baik nak dibandingkan dengan Ziyyad. Kenapa saya nak terkejarkan Ziyyad sedangkan saya sekarang ni dah cukup bahagia? Buang masa tau mak cik." Damia senyum nipis. Rasa puas hatinya bila muka Puan Rafidah dah berubah. Mungkin terasa dengan apa yang diperkatakannya.

   "Kau tak payah nak megah sangat lah lepas kau kahwin! Kau dengan mak tu perangai sama je. Perampas!"

Damia gelak. Sekadar menyakitkan hati Puan Rafidah.

   "Perampas? Sudah-sudah lah mak cik nak ungkit balik masa silam tiga puluh tahun yang lalu. Lama-lama hati mak cik yang akan bermasalah sebab tak boleh nak move on. Tak boleh terima hakikat yang apa yang dah berlaku sebenarnya salah mak cik sendiri. Mak saya bukan perampas, jauh sekali pembunuh macam apa yang mak cik dah canang dekat semua orang."

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now