Bab 25

24.2K 1.4K 60
                                    

DAMIA hela nafas lega. Akhirnya! Urusan penceraiannya dengan Ziyyad sudah selesai. Dia dan Ziyyad sudah tidak ada apa-apa hubungan selepas Ziyyad sendiri yang jatuhkan talak. Kawan? Mungkin tidak. Dia tak akan sesekali mengakui kewujudan Ziyyad dalam hidupnya. Rasa kecewanya buat Ziyyad tak berkurang sedikit pun.

"Ehem!"

Damia yang baru sahaja masuk ke dalam kereta tersentak. Wajah didongak memandang empunya suara yang menegurnya. Lihat sahaja Ziyyad yang berdiri di sisi keretanya membuatkan Damia merengus perlahan. Terus dia kembali keluar daripada kereta, menghadap Ziyyad yang ketika itu bersongkok hitam.

"Nak apa lagi? Ada apa-apa yang kau nak tuntut dari aku ke?" soal Damia. Dipandang Ziyyad yang sedang merenungnya. Wajah lelaki itu nampak cengkung. Jambang yang tumbuh meliar di wajah Ziyyad membuatkan Damia rimas. Eh shave hilang ke sampai tak rasa nak cukur segala benda dekat muka tu? Rasa nak dicukur aje jambang tu biar bersih sikit muka! Rimas.

"Dah semakin agresif kau eh sekarang ni?" Ziyyad menyindir. Agak terkejut juga bila Damia berkata seperti itu kepadanya. Sungguh, dia ingatkan Damia akan hadir di mahkamah dengan riak wajah sedih dan pilu seperti apa yang difikirkan. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Damia hadir siap dengan senyuman lagi. Langsung tak terbias kesedihan di wajah bersih itu. Dan sekarang, Damia sudah pandai menggunakan bahasa kasar dengannya. Satu perubahan yang mengejutkan!

"Agresif? Tak, aku tak rasa aku agresif sekarang ni. Dah memang ini diri aku yang sekarang," balas Damia, mencebikkan sedikit bibirnya. Ziyyad pandang Damia, lama. Ya, Damia bukan perempuan penuh santun seperti dulu.

Damia menjeling Ziyyad yang langsung tak buka suara selepas itu. Pandangan tajam Ziyyad padanya buat Damia rasa rimas. Rasa menyampah dan menakutkan. Nafas ditarik dan dihela panjang.

"Kau nak apa dari aku sekarang ni, Ziyyad? Cakap cepat apa yang kau nak cakap. Aku ada hal yang lagi penting dari nak melayan kau." Sambung Damia lagi bila Ziyyad cuma membisu. Kedengaran helaan nafas Ziyyad.

"Kau happy dengan penceraian kita ni?"

Soalan Ziyyad buat Damia rasa nak gelak berdekah. Rasa nak berguling-guling atas jalan sekarang ni. Terus wajah Ziyyad dipandang.

"Soalan bodoh apa yang kau tanya sekarang ni, Ziyyad? Mesti lah aku happy. Happy sangat-sangat sampai rasa aku ni perempuan paling bahagia sekarang ni." Damia gelak kecil. Rasa nak menyanyi lagu 'Wanita Terbahagia' daripada Bunga Cinta Lestari. Nak berjoget sikit depan Ziyyad! Muka Ziyyad berubah. Rasa nak marah sekarang ni. Tapi tak tahu nak marahkan siapa. Marahkan Damia? Atau marahkan diri sendiri? Entah.

"Sudah lah, Ziyyad. Kalau kau takde apa-apa lagi nak cakap, aku nak balik." Damia berura-ura mahu masuk ke dalam kereta sebelum Ziyyad menahan. Berlapis-lapis dahi Damia melihat Ziyyad sekarang ni.

Apa yang Ziyyad nak sebenarnya dari dia ni?

"Kau nak pergi jumpa jantan tu kan?" Tajam mata Ziyyad memanah ke arahnya. Damia ketap bibir bawah.

"Apa yang kau tengah merepek ni? Dengan siapa pun aku nak jumpa, takde kaitan dengan kau. Kau takde hak nak halang aku untuk jumpa dengan sesiapa pun. Antara kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Kau lupa ke?" balas Damia,geram.

Ziyyad diam. Yang kedengaran cuma deruan nafas lelaki itu yang turun naik menahan rasa. Damia cuba mengawal rasa. Kalau ikutkan, memang dah dimaki Ziyyad berbakul-bakul sebab dah menganggu dia.

"Lepas je kau jatuhkan talak atas aku, bermaksud kau bukan sesiapa dalam hidup aku. Aku dah tak kenal kau siapa. Jadi tolong, jangan kacau aku lepas ni. Jangan pernah muncul depan aku lagi. Assalamualaikum," Damia tolak sedikit tubuh Ziyyad yang menghalang laluannya. Pintu kereta ditutup sedikit kasar sebelum dia lekas-lekas memasukkan gear meninggalkan perkarangan mahkamah syariah. Sempat dijeling Ziyyad melalui cermin pandang belakang dengan hati yang sebal. Sungguh dia berharap dia tak akan jumpa lagi Ziyyad selepas ini.

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now