Bab 32

22.5K 1.3K 68
                                    

LUGGAGE yang sudah diisi dengan pakaian-pakaiannya itu diletakkan di hujung katil bersama beberapa buah beg yang sudah dikemaskan. Esok dia akan meninggalkan bumi Malaysia untuk jangka masa yang begitu lama. Separuh hati terasa berat untuk pergi, separuh lagi dia sudah tak sabar-sabar mahu pergi. Tak sabar mahu memulakan kehidupan yang baru di negara orang.

   Bunyi ketukan pintu membuatkan Damia menoleh. Terjengul kepala Dahlia di sebalik pintu kayu.

   "Boleh Kak Lia masuk?" pinta Dahlia.

   "Masuk aje lah. Macam tak biasa pulak," balas Damia, kemudiannya menghenyakkan punggungnya pada birai katil. Diliarkan matanya ke sekeliling kamar yang sudah dikemas rapi. Bersih.

Dahlia melangkah masuk lalu mengambil tempat di sebelah Damia pada birai katil. Dia juga turut meliarkan mata ke sekeliling kamar kemudian terhenti pada hujung katil memandang beg-beg pakaian Damia.

   "Betul ke keputusan Mia nak pergi Kanada?" soal Dahlia, perlahan. Wajah adiknya itu dipandang sayu. Damia gelak.

   "Kak Lia, Mia dah kemas barang dah pun. Esok dah flight." Jawab Damia sambil ketawa kecil.

   "Lima tahun tu, lama Mia."

   "Lama? Kak Lia... lima tahun tu kejap aje."

Dahlia tarik nafas lalu dihela perlahan.

   "Mia jaga diri dekat tempat orang. Dekat sana, kita tak ada kenalan. Nak mintak tolong pun susah nanti. Mia kena pandai jaga diri, jangan ikut sangat budaya barat. Apa orang kata, culture shock. Ingat kita orang semua dekat sini, jangan lost contact dengan kita orang. Kita orang risau sangat tau bila Mia buat keputusan nak sambung belajar dekat Kanada," tutur Dahlia bernada sebak.

Damia senyum. Tangan Dahlia digenggam.

   "Insya-Allah, Mia akan jaga diri Mia baik-baik. Mia takkan lupa asal usul Mia, agama Mia. Mia pergi sana sebab nak sambung belajar dan Mia nak cuba lupakan kenangan-kenangan pahit dekat sini. Nanti Mia balik sini, Mia akan jadi Nureen Damia yang baru. Kak Lia jangan lah risaukan Mia sangat-sangat, nanti lagi Mia susah hati." Damia berjeda.

   "Kak Lia jaga mak untuk Mia, okay? Sentiasa cakap dekat mak supaya jangan pernah risaukan Mia dekat Kanada tu nanti,"

   "Macam mana mak tak risau kalau anak dia duduk jauh dari dia, Mia."

   "Mia tahu tapi... Mia tetap dengan keputusan Mia. Maafkan Mia sebab dah buat semua orang risau. Sebab buat semua orang susah hati disebabkan Mia. Percaya lah Kak Lia, Mia takkan lupakan semuanya dekat sini. Izinkan Mia," luah Damia, turut terasa sebaknya. Air matanya sudah bergenang. Lantas Dahlia menarik tubuh Damia ke dalam pelukan. Digosok-gosok belakang tubuh adiknya itu.

   "Pergi lah, Mia. Kalau Mia rasa ini yang terbaik untuk Mia. Kak Lia tak boleh nak halang sebab Kak Lia tahu... Mia takkan dengar apa kata Kak Lia. Mia degil,"

Damia gelak.

   "I'm sorry," Damia renggangkan pelukan selepas itu.

   "Mia akan balik. Mia takkan jadi Nureen Damia yang lemah macam sekarang ni."

*****

DAMIA tersentak apabila telefon bimbitnya yang terletak di atas meja solek itu berdering nyaring. Dia yang baru sahaja selesai solat Isyak bangkit mencapai telefon bimbitnya itu. Melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbit, membuatkan Damia mengeluh dulu. Lambat-lambat panggilan itu dijawab.

   "Helo, Damia." Ziyyad terlebih dahulu menyapa tatkala panggilan bersambung.

   "Hmm..."

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now