Bab 23

27.5K 1.6K 82
                                    

BUNYI tangisan bayi yang agak bingit membuatkan Damia terjaga dari tidurnya. Keadaan kamar yang gelap dan cuma disimbahi lampu koridor luar membuatkan pandangan Damia terbatas. Meliar matanya mencari-cari punca datangnya suara bayi itu. Semakin lama semakin kuat pula bayi itu menangis.

Damia melangkah turun daripada katil lalu perlahan-lahan menapak mencari bayi yang sedang menangis. Dibawa langkah ke arah koridor, tiada. Bawah katil, tetap juga tiada. Damia pandang ke arah daun pintu bilik air yang sedikit terbuka. Walaupun takut, dihampiri juga bilik air tersebut. Pintu ditolak perlahan dari luar.

"Allahuakhbar!" Damia menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan. Matanya membulat memandang seorang perempuan sedang bersandar pada tab mandi dengan keadaan yang sangat lemah dan berlumuran darah. Mata Damia jatuh ke arah susuk tubuh bayi kecil yang sedang menangis.

"To.. tolong.. anak.. saya.." Lemah wanita itu bersuara. Wajahnya terlindung di sebalik rambut hitamnya. Lama Damia pandang bayi comel yang masih merah itu. Menangis tak henti-henti di antara kedua belah betis si ibu. Baru sebelah kaki Damia mahu menampak menghampiri, ada seorang perempuan sudah duduk mencangkung di hadapan bayi tersebut. Dahi Damia mula berlapis-lapis.

Cepatnya. Dari mana perempuan tu datang? Dan.. siapa perempuan tu?

Damia panik. Tambahan lagi dia sudah tak dengar lagi bunyi bayi tersebut menangis. Senyap. Sepi. Yang kedengaran hanya lah suara tangis si ibu.

"Jangan bunuh.. anak saya. Tolong.." Wanita itu angkat wajah. Lihat sahaja wajah pucat itu, Damia rasa skru lututnya tercabut. Wanita itu adalah dia dan bayi itu... mungkin anaknya? Damia semakin panik. Perempuan itu mahu membunuh anaknya!

"Jangan bunuh anak aku! Dia tak bersalah!" Damia menjerit tiba-tiba. Berdegup laju jantungnya bila matanya terpandangkan jasad bayi yang sudah tidak bergerak. Bayi tu tak bergerak. Anak aku.. dah mati ke?

"Tak! Tak! Dia tak mati! Anak aku masih hidup!" Damia menjerit lagi. Kedua-dua belah tangan naik menekup kedua belah telinga. Kepala tergeleng-geleng ke kiri dan ke kanan.

"Damia?"

Air mata Damia mengalir deras. Terkumat-kamit bibirnya mengulang ayat yang sama.

"Damia? Bangun, Mia. Mia!"

Masih seperti itu.

"Damia!"

Mata Damia terbuka luas. Segera dia bangun dari pembaringan lalu membuang pandang ke sekeliling. Nampak sahaja pintu bilik air yang terbuka luas, Damia laju menghampiri. Kosong. Apa yang dia lihat tadi semuanya hilang. Tiada bayangannya sendiri, tiada anaknya, tiada darah dan tiada perempuan misteri tadi. Mana semuanya tadi?!

"Mia, Mia okey? Kenapa ni Mia? Mia mimpikan apa tadi?" Dahlia sentuh bahu Damia. Damia menoleh, memandang Dahlia dengan pandangan yang berbalam-balam.

"Anak Mia.. Anak Mia tak mati kan, akak? Dia.. dia tak bunuh anak Mia kan?" Soal Damia, mencengkam sedikit pergelangan tangan Dahlia. Dahlia pandang wajah Damia yang sudah comot dengan air mata.

"Apa Mia mengarut ni? Bunuh anak Mia?"

"Betul, akak. Mia... Mia nampak ada perempuan bunuh anak Mia dalam tandas ni. Anak Mia.. anak Mia mana Kak Lia?"

Dahlia terdiam. Bungkam, tak tahu mahu membalas apa. Sudahnya tubuh Damia ditarik ke dalam pelukan. Tangannya naik membelai rambut panjang Damia dan menepuk belakang tubuh adiknya itu. Sesekali dia melantunkan zikir penenang ke telinga Damia.

"Itu cuma mainan mimpi, Mia. It's just a nightmare," Tutur Dahlia.

"Tapi, semuanya berlaku depan mata Mia." Balas Damia.

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now