Bab 4

25.3K 1.6K 24
                                    

REDZA berlari menuju ke arah wad pesakit. Wad yang menempatkan Imani. Sewaktu dia sedang lunch di kafe hospital, dia menerima panggilan daripada Dahlia. Imani pengsan tak sedarkan diri dalam tandas.

Sampai sahaja di wad, langkah dilajukan lagi ke arah katil Imani. Kelihatan beberapa orang jururawat dan doktor bertugas mengelilingi katil Imani. Turun naik nafas Redza dek terlampau laju berlari dari kantin menuju ke arah wad. Melihatkan Redza, beberapa orang jururawat memberi ruang kepada lelaki itu.

"What's happend?" soal Redza. Imani yang terbaring dengan wajah pucat itu dipandang. Wajah gadis berusia 12 tahun itu cengkung. Badannya kurus kering seakan-akan mayat hidup. Redza menahan pilu.

"Tadi, Imani pergi tandas sorang-sorang. Then, lepas lima belas minit dia masih tak balik ke katil. Saya cuba cari dia dekat tandas dan saya nampak dia dah terbaring pengsan. Saya rasa dia cuba muntahkan kembali breakfast pagi tadi sebab saya nampak ada sisa muntah dalam sinki," jururawat yang memakai tag nama Zubaidah itu menjawab.

Redza memejam matanya.

"Doktor Redza, jantung Imani lemah. Kita dah..."

Belum pun sempat seorang doktor bertugas menghabiskan ayat, mesin defribrilator mula berbunyi nyaring. Jalur yang terpampang pada skrin mesin sudah tidak teratur. Turun naik. Kadar degupan jantung Imani mula menaik mendadak.

"Doktor Redza!" masing-masing sudah berpandangan. Dada Imani sudah berombak kasar. Pantas kedua-dua belah tangan menekan bahagian dada Imani dengan berhati-hati agar tidak menyakiti gadis itu. Sudah lah badan kurus kering, jelas timbul bentuk tulang belulang di tubuhnya. Rawatan CPR diberikan.

Sehinggalah..

Tittttt.... Jalur yang turun naik sudah tidak kelihatan lagi. Yang dilihat hanya garis jalur yang bergerak mendatar.

"Doktor Redza.."

"No, she's not dying!" Redza masih menekan-nekan dada Imani.

"Doktor Redza, enough.." seorang doktor lelaki yang bertugas menarik tubuh Redza ke belakang. Menjauhi jasad Imani yang sudah tidak bergerak. Sesak nafas Redza memandang gadis yang sudah tidak bernyawa itu. Dada Imani juga sudah tidak beralun.

"Waktu kematian 1:51 minit tengahari,"

Seorang jururawat meletakkan kedua belah tangan Imani di atas perut seolah-olah qiam. Kemudian selimut putih ditarik menutup sekujur tubuh kurus itu. Redza menunduk memandang lantai. Kedua-dua belah tangan naik meraup wajah. Seketika kedengaran alunan ayat Al-Quran memenuhi ruang wad tersebut.

"Imani..."

*****

ZIYYAD menyentuh bahu Damia yang berbaring membelakanginya.

"Mia.. Are you sleeping?" soal Ziyyad. Lambat-lambat Damia menyelak selimut nipis yang menutupi separuh tubuhnya lalu dia duduk menghadap Ziyyad. Rambutnya disikat dengan jari.

"Dah puas menyembang dengan perempuan tu?" sinis soalan Damia. Sungguh dia terasa hati dengan Ziyyad. Boleh pulak suami sendiri berborak dengan perempuan lain sedangkan isteri sendiri makan hati.

Ziyyad mengeluh.

"Mia, please? Saya tak nak gaduh.."

"Then awak ingat saya nak ke bergaduh dengan awak?" Damia peluk tubuh. Pandangan dilemparkan ke arah tingkap yang terbuka luas.

"Okey. I'm sorry. Saya minta maaf sebab tinggalkan awak. Tapi, Mia.. Jasmin kan tetamu. Takkan saya nak tinggalkan dia macam tu je? Lagi-lagi mama ada.." Ziyyad mula memberi alasan. Damia diam tidak membalas. Hanya tawa sinis sahaja yang keluar dari mulutnya. Menyedari balasan Damia, Ziyyad terus mencapai kedua-dua belah tangan Damia. Dielus dan dikucup perlahan.

"I'm sorry, okey? Please jangan marahkan saya?" suara Ziyyad bernada manja. Damia menunduk memandang tangannya yang berada di dalam genggaman Ziyyad. Senyuman nipis mula terbentuk di bibirnya.

Ya Allah, kenapa cepat sangat hati ni tersentuh?

"Hmm okey.."

"Macam ni la isteri saya," dahi Damia dicium sekali.

"Ziyyad.."

"Ye sayang?"

"Awak dah bagitahu mama tentang berita kehamilan saya?" soal Damia. Ziyyad terdiam. Lambat-lambat dia menggelengkan kepalanya.

"Be.. belum." Jawab Ziyyad.

"Kalau belum, jom lah kita bagitahu mama sekarang." Bingkas Damia melangkah turun daripada katil. Terkebil-kebil mata Ziyyad memandang Damia yang sedang membetul-betulkan blouse yang tersarung di tubuhnya.

"Sekarang ke?" soal Ziyyad pula.

"Yalah. Jom lekas," tangan Ziyyad ditariknya keluar dari bilik. Damia menggigit bibir bawah. Reaksi Ziyyad benar-benar mencalarkan hatinya. Kenapa Ziyyad seperti tidak mahu memberitahu berita gembira ini kepada Puan Rafidah? Macam mengandung tu sesuatu yang salah pula.

Puan Rafidah yang kebetulan melangkah keluar dari dapur itu dihampiri. Berlapis-lapis dahi Puan Rafidah memandang anak menantunya itu. Wajah Damia terlorek dengan senyuman manakala wajah Ziyyad sebaliknya pula.

"Ha, kenapa?" acuh tak acuh Puan Rafidah menyoal. Damia pandang Ziyyad di sebelah.

"Err mama.." panggil Damia.

"Apa?"

"Mia.. Mia mengandung. Dah empat minggu, ma." Ujar Damia. Sungguh dia berharap Puan Rafidah akan gembira dengan berita itu. Dia tak kisah kalau Puan Rafidah tak terima dirinya, tetapi sekurang-kurangnya Puan Rafidah menerima anak dalam rahimnya ini. Tajam mata Puan Rafidah memandang ke arah Ziyyad.

"Ziyyad? Apa ni?" soal Puan Rafidah sambil mengancing gigi.

"Mama.. Betul lah apa yang Mia cakapkan tadi. Mia mengandung, ma. Anak Ziyyad.."

"Ahmad Ziyyad!" suara Puan Rafidah sudah naik seoktaf. Terhinjut bahu Damia. Dia memandang dua beranak itu dengan dahi yang berlapis-lapis. Kenapa begini balasan yang diterima atas berita kehamilannya?

Rengusan kasar keluar dari mulut Puan Rafidah. Dia memandang ke arah Damia.

"Kau nak mengandung ke, tak mengandung ke.. bukan hal aku! Lantak kau lah!" Puan Rafidah berlalu dari situ. Sempat dilanggarnya bahu Ziyyad sebelum pergi dari situ. Damia memandang sayu langkah mak mentuanya itu.

Ziyyad yang sedang tunduk memandang hujung jari kaki itu dipandang.

"Awak.. hina sangat ke kalau saya mengandung sampai mama tak boleh terima?" lirih suara Damia. Ziyyad tarik nafas panjang.

"Mia, jom balik. Dah petang ni," Ziyyad berlalu mencapai kunci kereta dan barangan peribadinya di atas meja kopi. Tanpa menunggu Damia, dia berlalu keluar daripada rumah kampung itu.

Damia menyeka air matanya yang bila-bila sahaja akan tumpah. Sekali lagi hatinya benar-benar terguris. Sakit hati.. 

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now