Bab 27

23.8K 1.3K 57
                                    

"MIA! Kak Lia ada emergency sekarang ni dekat wad, boleh tak Mia tolong ambilkan Jiha dengan Danial dekat sekolah? Abang Khairil meeting. Boleh tak Mia?" baru sahaja panggilan bersambung, Dahlia dah menyatakan asbab dia menghubungi Damia tengahari itu.

"Waalaikumussalam. Boleh, Kak Lia." Damia memerli. Sengaja!

Kedengaran Dahlia gelak malu.

"Hehe. Maaf lah, Kak Lia nak cepat ni. Tolong ambilkan Jiha dengan Danial eh? Lepastu bawak dia orang pergi makan. Barang dapur dekat rumah dah habis, esok baru nak keluar beli."

"Takpe, biar Mia pergi belikan barang dapur alang-alang nak keluar ni."

"Betul ni? Terima kasih, Mia. Nanti claim duit dekat akak."

"Okey, Kak Lia." Talian diputuskan selepas itu. Damia mula menukar pakaian apabila jam sudah hampir menginjak ke angka 1 tengahari.

Kereta kecilnya itu dipandu menuju ke sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah bandar. Najihah yang berumur 5 tahun itu merupakan murid prasekolah manakala Danial berumur 8 tahun. Tiba sahaja di sekolah, Damia menuju ke arah pondok pengawal. Lihat sahaja Najihah, Damia tersenyum. Waktu pulang pelajar prasekolah sememangnya lebih awal dari waktu pulang pelajar yang lain.

"Jiha!" Damia menggamit. Pantas Najihah menggalas beg sekolahnya lalu menghampiri Damia dengan sebatang ais krim di tangan.

"Uchu ambil Jiha dengan abang hari ni?" soal Najihah.

"Haah. Mama dengan abah ada kerja sikit. Abang Danial tak keluar lagi?" Damia menjeling jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan kanannya. Lagi lima minit sebelum waktu sekolah tamat.

"Kejap lagi keluar lah." Sambut Najihah sambil menggigit nikmat ais krim di tangan. Tengahari macam ni memang nikmat sangat lah nak pekena ais krim. Lima minit menunggu, loceng sekolah kendengaran menandakan tamat waktu persekolahan. Jeritan murid-murid jelas kedengaran. Damia senyum sendiri, menggamit nostalgia zaman sekolah dulu. Pantang dengar bunyi loceng sekolah memang tiba-tiba bersemangat. Seketika Danial muncul dengan wajah masam mencuka.

"Aik, balik sekolah pun muka masam ni kenapa?" soal Damia. Tangan Najihah dipimpin lalu berjalan keluar melepasi pagar sekolah. Danial yang berjalan mendahului di hadapan mengeluh dulu.

"Cikgu kasi kerja sekolah banyak! Mana Danial larat nak siapkan," sampai di kereta baru lah Danial menjawab. Damia geleng kepala lantas membukakan pintu kereta buat Danial dan Najihah. Danial di hadapan manakala Najihah duduk di belakang.

Enjin kereta dihidupkan. Dengan penuh berhati-hati Damia memulakan pemanduan.

"Biasa lah tu. Cikgu nak kasi Danial pandai, sebab tu dia bagi kerja sekolah banyak." Damia memujuk.

"Tapi banyak sangat lah, Uchu. Kalau kerja sekolah Danial tak siap, nanti dia rotan!"

"Takpe. Malam ni Uchu tolong Danial siapkan homework, okey?"

"Yelah-yelah."

"Okey, sekarang ni Danial dengan Jiha nak makan apa? Uchu tak masak dekat rumah, jadi kita pergi makan dekat luar." Danial dan Najihah sudah menjerit keseronokan. Macam-macam nama makanan yang keluar dari mulut mereka berdua.

"Pizza Hut?" Najihah mencadang.

"Tak nak lah! Tak kenyang! Hmm apa kata kalau kita pergi makan KFC? Kita dah lama tak makan KFC kan adik?" Danial menoleh ke belakang memandang Najihah. Najihah angguk kepala beberapa kali.

"Haah la, Uchu. Apa kata kita pergi makan KFC!"

Damia gelak mendengar perbalahan kecil dua beradik itu. Haih, comel!

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now