Bab 22

25.8K 1.6K 96
                                    

DAMIA menyandar selesa tubuhnya pada kepala katil sambil matanya terhala ke arah tingkap yang sedikit terbuka. Sudah dua hari dia ditahan di hospital atas sebab-sebab yang tertentu. Dia pun tak tahu dapat keluar bila. Hendak ditanya, tapi malas. Malas nak ambil tahu apa-apa selepas dia kehilangan bayinya. Perlahan-lahan, Damia mengusap perut kempisnya. Masih tidak percaya bahawa dia keguguran.

Rasa macam baru semalam dia mendapat khabar gembira bahawa dia mengandung. Rasa sekejap sangat Allah tumpangkan nyawa di dalam rahimnya.

Bunyi pintu ditolak dari luar langsung tidak membuatkan Damia mengalihkan pandangan. Beberapa jam yang lepas, Puan Anisah datang menjenguk. Sebak dadanya bila emaknya itu menangis kerananya. Masih terasa pelukan hangat Puan Anisah dan kata-kata semangat wanita itu untuknya. Mengingatkan emaknya, kolam mata Damia terasa panas. Ada air mata yang mula bertakung di situ. Damia gigit bibir bawah. Bukan niatnya mahu membuatkan emaknya itu menangis kerananya! Dia benci.

"Patutlah menyepi. Dekat sini kau rupanya."

Damia tersentak. Pantas dia menoleh memandang empunya suara yang datang menjenguk dan menegurnya. Menggigil bibir Damia memandang Ziyyad. Lelaki itu berdiri memandangnya tepat sambil memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar.

"Ziyyad..." Damia memanggil perlahan. Setitis air matanya yang keluar membuatkan dia cepat-cepat mengesatnya. Dia tak mahu Ziyyad lihat dia menangis walaupun sudah setitis air matanya tumpah di hadapan lelaki itu.

Rahang Ziyyad bergerak-gerak. Dia tak tahu kenapa dia boleh sampai ke sini untuk menjenguk Damia alias bekas isterinya itu. Atas dasar kesian? Atau tanggungjawab? Atau rasa bersalah? Atau..

Sekadar mahu menyakitkan hati?

"Aku dengar kau keguguran. Betul ke? Tapi bila tengok kau atas katil macam ni, maknanya betul lah. Kau keguguran," Lancang ayat-ayat yang keluar dari mulut Ziyyad. Langsung tak rasa bersalah sedikit pun walaupun anak yang pernah dikandung Damia itu merupakan benihnya sendiri. Entah lah. Dia tak punya rasa kesian buat wanita yang pernah menghuni ruang hatinya itu. Sudah hilang rasa kasihan dan sayangnya buat Damia.

Damia genggam selimut yang menutup separuh kakinya itu. Terasa sakit sangat hati bila Ziyyad mengeluarkan kata-kata itu.

"Kenapa awak datang sini?" Damia menyoal tanpa nada. Wajah Ziyyad tidak dipandangnya.

"Entah. Mungkin sebab aku rasa macam perlu untuk aku datang jenguk kau. Kang nanti ada orang kata aku tak pedulikan kau. Gugur, tapi bekas suami tak datang tunjuk muka. Aku ni takde la kejam sangat nak tengok kau sedih sorang-sorang." Jawab Ziyyad, gelak sinis. Damia ketap bibir.

"Awak tak datang pun, takde orang kesah. Pergi balik lah, antara kita dah takde apa-apa." Meskipun perit, itu lah hakikat yang harus ditelannya. Dia dan Ziyyad sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Anak yang menjadi bukti hubungan yang pernah terjalin di antara mereka berdua juga sudah tiada.

Kedengaran suara gelak sinis Ziyyad.

"Well.. memang tepat keputusan aku ceraikan kau. Memang betul apa yang mama cakap, kau bukan perempuan baik pun. Buktinya, lepas je aku ceraikan kau.. kau gugur. Nampak sangat kau sengaja gugurkan anak tu. Kenapa? Takut sangat nanti anak tu tak berbapa?" Pedas! Pedih balasan lelaki itu membuatkan seluruh tubuh Damia menggigil. Damia menjeling Ziyyad.

"Jaga sikit mulut kau tu, Ziyyad!" Sudah tiada lagi awak-saya di bibir Damia. Rasa geram dan bencinya buat Ziyyad kini semakin menggunung. Ziyyad tayang muka tak berperasaan. Masih bergayutan senyuman sinis di bibirnya.

"Bukan aku sengaja gugurkan kandungan ni. Kalau diingatkan balik, siapa yang menjadi punca aku hilang anak aku kalau bukan kau dengan mak kau? Kalau mak kau tak tolak aku, mesti aku takkan jatuh dan gugur. Kalau kau tak endahkan aku waktu tu dan bawa aku ke hospital, mungkin anak aku boleh diselamatkan. Jadi, salah siapa? Atau aku patut cakap kau dengan mak kau.. pembunuh?"

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now