Bab 20

25.7K 1.5K 70
                                    

HANDBREAK ditarik saat pacuan empat roda yang dipandunya itu berhenti di hadapan rumah kampung Puan Rafidah. Damia mengenggam stereng apabila kereta milik Ziyyad terpakir elok di bawah garaj. Dia mengumpul kekuatan sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Kaki dibawa menuju ke arah pintu yang terbuka. Salam dilaung. Tak sampai beberapa saat, muncul Puan Rafidah.

"Assalamualaikum, mama.." Damia cuba memaniskan wajah. Tangannya dihulur untuk bersalam namun tidak disambut.

"Err mama sihat?" Damia menyoal.

"Siapa mama kau? Eh, kau tak sedar diri lagi ke yang Ziyyad dah ceraikan kau? Bila Ziyyad dah ceraikan kau, secara tak langsung kau dah takde hubungan apa-apa lagi dengan keluarga aku. Kau bukan lagi menantu aku dan kau dah tak diundang ke sini lagi." Balasan Puan Rafidah buat hati Damia yang tadinya sedikit tenang kembali remuk. Riak wajahnya berubah sayu.

"Mia nak jumpa dengan Ziyyad. Tolong lah, bagi Mia jumpa dengan Ziyyad." Damia merayu. Tujuannya ke sini untuk bertemu dengan Ziyyad. Dia mahu menjelaskan segala-galanya kepada Ziyyad.

"Aku tak izinkan! Kau pergi balik sekarang!"

"Ma, tolong lah. Mia nak sangat jumpa dengan Ziyyad. Mia nak jelaskan semuanya dekat dia. Mia tak salah apa pun," Air mata Damia mula menitis. Ah, murahnya air mata kau Nureen Damia!

"Jelaskan apa lagi? Dah terang lagi bersuluh kau curang dengan anak aku. Kau ni, memang pandai berselindung di sebalik muka polos kau tu kan? Dengan tudung kau tu. Kau tahu tak, hati kau tu lebih busuk dari bangkai. Isteri derhaka!" Puan Rafidah mengherdik. Dia memeluk tubuh. Geram bila tengok muka innocent Damia yang sedang berendam air mata. Baginya, itu semua hanya lakonan!

"Mia tak curang pun. Ziyyad salah faham.. Ma, tolong lah. Mia nak jumpa dengan Ziyyad, sekejap je." Rayu Damia lagi. Tangan Puan Rafidah cuba dicapai namun ditepis kasar. Terundur sedikit dia ke belakang.

"Salah faham apanya?! Dia nampak dengan mata kepala dia sendiri. Kau tak payah lah nak tegakkan benang yang basah!"

"Sumpah demi Allah, Mia tak buat benda tu!"

"Eh, tak payah main sumpah-sumpah lah!"

"Apa bising-bising ni?"

Perbalahan Puan Rafidah dan Damia terhenti apabila Ziyyad muncul. Wajah lelaki itu tegang. Seulas senyuman pun tiada di bibir lelaki itu. Damia tersenyum memandang Ziyyad. Lega bila Ziyyad keluar dari rumah itu.

"Ziyyad.. Saya nak jumpa awak. Kita cakap sekejap, boleh?" Ujar Damia.

"Kau nak cakap apa, Damia? Kita dah takde apa-apa ikatan lagi kan? Tunggu je lah surat dari mahkamah, kenapa susah sangat kau ni?" Ziyyad sudah mahu marah-marah. Sakit hati bila Damia tiba-tiba muncul. Lagi sakit hati bila wajah Redza tiba-tiba muncul di mindanya. Hesy!

"Ziyyad, saya tak pernah curang dengan awak. Tak pernah terdetik pun dalam hati nak berlaku curang dengan lelaki lain. Ziyyad, percaya lah. Saya dengan Doktor Redza tu takde apa-apa hubungan. Kebetulan je, masa kejadian dia tegur saya dekat parking lot. Awak yang salah faham." Ujar Damia. Dia tahu dia sedang letakkan egonya di bawah telapak kaki sendiri, tapi dia mahu bersihkan namanya. Dia tak mahu dituduh isteri curang sampai bila-bila.

Ziyyad cekak pinggang.

"So? Apa yang aku perlu buat sekarang ni? Rujuk balik dengan kau? Tak akan! Aku tak akan terima kau balik." Balas Ziyyad.

"Saya tak harapkan awak kembali pada saya, tapi saya nak awak tahu yang saya tak pernah berlaku curang dengan awak. Saya nak bersihkan nama saya balik. Itu je," Damia pandang wajah kosong Ziyyad. Lelaki itu menganggap dia seperti halimunan di situ.

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now