Bab 5

24.7K 1.6K 206
                                    

TELEFON bimbit jenama Samsung itu dicapai. Damia menggesek ibu jarinya pada skrin gadjet sebelum gadjet tersebut dilekapkan ke telinga kanannya. Penuh sabar dia menanti panggilannya berjawab.

"Helo, assalamualaikum.." kedengaran suara perempuan memberi salam.

"Waalaikumussalam, Kak Lia.." balas Damia.

"Aik, kenapa tiba-tiba call ni?" Dahlia menyoal pelik. Jarang adiknya itu menghubunginya ketika waktu berkerja.

Damia hela nafas pendek.

"Mia bosan duduk rumah sorang-sorang. Ziyyad kerja.."

"So?"

"Kak Lia, jom lunch sekali nak? Mia datang hospital jemput akak."

Beberapa saat pelawaan Damia tidak dibalas.

"Okey lah. Waktu rehat akak pukul satu, so kalau Mia dah sampai Mia call akak.."

"Okey, Kak Lia. Mia nak bersiap-siapa dulu."

"Yelah."

Talian diputuskan. Damia menghantar kiriman Whatsapp kepada Ziyyad, mengatakan dia mahu keluar lunch bersama Dahlia. Tak menunggu balasan suaminya, Damia melangkah menuju ke kamar. Dia mahu bersiap-siap.

*****

PERBUALAN rancak Ziyyad dan juga Jasmin terhenti apabila telefon bimbit Ziyyad berbunyi 'beep' menandakan ada kiriman Whatsapp masuk.

"Sorry," Ziyyad membuka aplikasi hijau itu.

Mia:
Saya nak keluar lunch dengan Kak Lia.

Laju dia membalas.

Ziyyad:
Okey.. Take care.

Ziyyad meletakkan kembali telefon bimbitnya ke atas meja makan. Jasmin dihadapan kembali dipandang.

"Siapa?" soal Jasmin.

"My wife," jawab Ziyyad. Tersungging senyuman kelat di bibir Jasmin. Cemburu bila perkataan 'my wife' meniti di bibir Ziyyad.

Ziyyad yang perasan perubahan wajah Jasmin mengerutkan dahi.

"What's wrong with your face?" soal Ziyyad. Jasmin menggeleng sebagai jawapan.

"Abang Ziyyad.. dah lama ke kahwin dengan wife abang tu?" soal Jasmin lagi.

"Almost one year. And sekarang dia tengah pregnant," jawab Ziyyad. Memikirkan bahawa Damia sedang berbadan dua, membuatkan dia keliru mahu berperasaan apa. Nak kata seronok, mesti lah. Damia mengandungkan benihnya. Nak kata tak seronok, entah lah. Kadang-kadang dia akui yang dia belum bersedia mempunyai anak. Bukan kerana dia masih belum puas enjoy, tetapi kerana 'amaran' mamanya.

Haih.. entah lah nak.

"Oh.. Pregnant. Congrats," hati Jasmin sedikit tercalar.

"So, Jasmin pula? Takkan tak kahwin-kahwin lagi?" seloroh Ziyyad. Gelas minuman dicapai lalu dia mula menyedut minuman menggunakan straw. Wajah Jasmin dipandang minat. Jasmin terlalu cantik di matanya.

Jasmin pandang mata Ziyyad.

"It's not easy to forget my first love, Abang Ziyyad.." mendalam jawapan yang diberikan Jasmin sehingga membuatkan Ziyyad hampir tersedak.

"Wh... what are you talking about?" Ziyyad tak senang duduk. Sebetulnya, dia sedikit teruja mendengar jawapan gadis itu.

Jasmin menunduk malu.

Beautiful Path ✔Where stories live. Discover now