"Apa daddy?!!" Kedua anak gadis Andrew menjerit kuat setelah mendengar kata-kata yang disampaikan oleh ayah mereka sebentar tadi. Andrew menekup telinga dengan kedua tangannya.Suara jeritan anak gadisnya itu benar-benar memekakkan telinganya.
"Jadi apa keputusan daddy?" Soal Elaine anak pertama Andrew, berumur 23 tahun.
"Daddy belum bagi jawapan pada dia lagi. Dia bagi daddy masa seminggu untuk memikirkan keputusan daddy."Jawab Andrew.
"Jadi daddy nak turutkan ke kemahuan lelaki tu?" Elysa anak kedua Andrew pula menyoal. Berumur 20 tahun.
"Entahlah. Daddy pun tak tahu. Tapi pada masa yang sama daddy rasa permintaan dia tu ada logiknya juga. Cuma tak tahulah anak-anak daddy setuju atau tidak."
"Alah daddy, ell tak nak lah daddy. Lagipun ell dah ada Marcus. Daddy sampai hati ke nak pisahkan ell dengan Marcus?"Elaine bersuara. Tangannya memegang lengan Andrew lembut, berharap agar dirinya terlepas dari permintaan lelaki yang langsung tidak dikenali oleh sesiapa pun itu.
"Lisa pun tak nak daddy. Kalau daddy terfikir nak gunakan lisa, memang lisa takkan maafkan daddy sampai bila-bila. Dan kalau daddy berkeras juga nak jadikan lisa sebagai kambing hitam, i will run away from here. I mean it daddy."Elysa berkata tegas. Matanya tajam memandang Andrew yang sedang memandangnya. Gila ke apa nak ikut permintaan lelaki itu. Teman lelakinya nak campak mana pula? Dah lah tak pernah kenal.
"Kalau korang tak nak, macam mana daddy nak bagi jawapan pada dia?"Andrew memandang kedua anak gadisnya bersilih ganti. Sungguh, kalau nak diikutkan dia sendiri pun tak nak buat macam tu. Pada masa yang sama...
Pintu utama terbuka dan masuklah seorang gadis berpakaian seragam sekolah. Dengan segera gadis itu berlari dan memeluk Andrew sebaik melihat kelibat Andrew yang sedang duduk di ruang tamu bersama dua orang kakaknya.
"Daddy!! What a surprise!I miss you so much daddy. Dah empat bulan tak jumpa daddy. Nana rindu daddy sangat-sangat." Pelukan dileraikan dan pipi Andrew dikucup sayang.
Rindu kepada ayahnya dan ahli keluarganya akhirnya mampu dilepaskan setelah empat bulan berhempas pulas belajar untuk menghadapi peperiksaan akhir. Dan kini setelah semuanya berakhir, dia sudah pulang kembali ke rumahnya. Senyuman gembira tidak lekang di bibir Eryna. Namun senyuman itu tidak berlangsung lama bila Andrew menceritakan permintaan yang dibuat oleh presiden The Empire Group.. Elaine dan Elysa hanya berdiam diri. Namun keduanya tidak lepas dari perasaan lega sebaik melihat adik bongsu mereka itu. Kejamkah mereka?
Seolah mendapat satu petunjuk, Eryna sedar ada kemungkinan dirinyalah yang akan dihantar untuk menjadi isteri kepada Presiden The Empire Group yang langsung tidak dikenali itu. What????? ISTERI??? Eryna mengeluh lemah. Apa ni? baru je habis peperiksaan besar di sekolah, sekarang dia kena hadapi satu lagi ujian ke? Baru nak rasa merdeka, dah rosak.
"Nana okey ke? Kalau nana tak nak, bagi tahu daddy je. Nanti daddy bincang dengan dia, mana tahu dia boleh bertimbang rasa dengan daddy." Andrew memandang Eryna dengan pandangan sayang dan simpati. Simpati kepada anak bongsunya itu kerana dia sebagai ayah langsung tidak berdaya untuk menghalang keinginan seorang lelaki yang ingin mengahwini salah seorang anak gadisnya kerana urusan perniagaan . Entah, apa niat sebenar lelaki itu, dia sendiri tidak pasti. Entah betulkah kerana perniagaan atau ada sebab lain?
"Tak apa daddy, nana okey. Kalau dah itu yang lelaki tu nak dari daddy, nana akan turutkan semua keinginan dia. Nana tak nak susahkan daddy berhadapan dengan masalah hanya disebabkan tidak ada salah seorang dari kami yang mahu berkahwin dengan lelaki tu. Jadi, demi daddy dan keluarga kita, tak lupa juga 'bisnes' daddy, nana setuju jadi isteri dia." Eryna menjawab mantap. Perkataan bisnes sengaja ditekan. Andrew garu kepala. Elaine dan Elysa menunduk sambil menguis kaki. Sentap.
YOU ARE READING
He And His Bride
Teen FictionEryna Aurelia Laurence, gadis berambut coklat dan bermata biru yang merupakan anak bongsu keluarga Laurence memilih untuk menyelamatkan keluarganya dengan menyetujui hasrat lelaki bangsawan yang terkenal kejam di setiap pelusuk dunia perniagaan untu...