Chapter 32 ~ Aydan's Wrath

2.3K 111 6
                                    

Sepanjang perjalanan, Eryna gelisah dan tidak tentu arah. Aydan yang masih tertidur di bahunya dipandang dengan perasaan bercampur baur. Dia takut. Bagaimana kalau lelaki yang sudah menghancurkan hidup Aydan selama ini sedang menunggu peluang untuk melenyapkan aydan? Eryna genggam jemarinya sehingga kemerahan.

Memegang rahsia kelam seseorang dan berpura-pura tidak tahu bukan sesuatu yang mudah. Selama ini, Eryna selalu berusaha untuk tidak memikirkan masa lalu Aydan. Tapi tidak semudah itu. Jika bukan kerana amaran Edward, mungkin dia sudah lama memeluk Aydan dan memberitahu lelaki itu hal yang sebenar. Dia mahu Aydan tahu jika lelaki itu tidak sendirian. Eryna ada di sisinya. Tapi, dia tidak mungkin melakukan itu. Dia tidak mahu Aydan menjauhi dan menutup diri darinya lagi. Eryna mengeluh, egokah dia?

Dan bayang tadi? Siapa sebenarnya orang yang bersembunyi di balik pokok itu? Apa niatnya?

“Cik muda kita dah sampai.” Suara pemandu peribadi Aydan menyedarkan Eryna.

Bahu Aydan digoncang agak kuat sehingga lelaki itu terbangun. Aydan mengerutkan kening bila tidurnya terganggu. Dia berpaling ke tepi dan bertatapan secara langsung dengan Eryna yang sedang tersenyum hambar di sebelahnya.

“Kita dah sampai putera tidur.” Ujar Eryna dengan nada memerli. Aydan hanya membalas dengan sengihan sinis sambil mengangkat bahu.

Pintu kereta dibuka dan Aydan terus melangkah keluar. Eryna juga melakukan hal yang sama. Dia menghampiri Aydan lalu berdiri di sebelah lelaki itu. Patutkah dia beritahu Aydan perihal tadi?

“Okey tak kat sini?” Aydan bertanya.

Eryna memerhati sekeliling, ada ramai pengunjung yang berjalan ke sana ke mari di tempat tersebut. Ada yang bersama keluarga, ada juga yang berpasangan. Seperti mereka berdua. Tidak salahkan jika dia berfikiran seperti itu? Lagipun Aydan suaminya. Walaupun belum melangkah ke arah yang lebih jauh.

“Jom.” Aydan menarik tangan Eryna. Mereka berjalan sambil berpimpinan tangan melalui kerumunan orang ramai. Mereka masuk ke dalam metograph, movie theater yang bertempat di Chinatown New York City.

Selepas membeli tiket, popcorn dan minuman, mereka masuk ke ruangan teater. Sepanjang berada di dalam ruangan itu, Eryna hanya mendiamkan diri. Fikirannya tidak tertuju pada movie di hadapan.

“Kau okey?” Suara Aydan mengalihkan perhatian Eryna. Dia mengukir senyuman buat lelaki itu. Namun cukup hambar dan dipaksa di mata Aydan.

“Kau tak selesa? Nak keluar?” Aydan bertanya.

Eryna mengangguk. Aydan menghela nafas.

“Jom.” Tangan Eryna ditarik. Mujurlah mereka berada di barisan paling belakang. Jadi tidak akan menghalang pandangan orang lain.

Aydan membawa Eryna keluar dari tempat tersebut lalu mengajak Eryna masuk ke sebuah restoran yang agak tersembunyi. Mereka duduk berhadapan di tempat yang agak jauh dari pintu masuk dan tersembunyi dari pandangan orang ramai.

So, tell me what’s wrong.” Aydan terus menyoal Eryna dengan nada tegas. Dia bukannya bodoh. Sejak awal lagi dia sudah perasan dengan tingkah laku Eryna yang menurut Aydan sangat ganjil dan tidak seperti gadis itu sahaja.

Eryna resah. Dia membalas pandangan datar Aydan yang masih tertuju kepadanya. Apa yang dia nak jawab? Jika dia tersilap menjawab, Aydan akan tahu yang dia sudah tahu mengenai masa lalu lelaki itu. Dan jika dia tidak menjawab, dia yakin Aydan takkan berhenti selagi Eryna tidak berterus terang. Tiba-tiba Eryna teringat sesuatu.

“Saya rasa tak sedap hati.” Eryna akhirnya bersuara.

“Kenapa?”

“Saya rasa, kita sedang diperhatikan Aydan.” Ujar Eryna senafas.

He And His BrideWhere stories live. Discover now