Chapter 31 ~ Date

2.3K 100 3
                                    

“Tuan muda okey?” Edward menyoal Aydan ketika mereka berdua sudah masuk ke dalam bilik bacaan Aydan. Mereka terus masuk ke sana sebaik saja mereka sampai di Empire Mansion dengan alasan kerja agar Eryna tidak curiga.

Aydan diam tidak menjawab. Kot yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan lalu diletakkan ke atas sofa sebelum langkah diatur menuju meja kerjanya.

“Kau rasa aku okey?” Soalan Edward sengaja tidak dijawab. Sebaliknya dia mengembalikan soalan tadi kepada Edward yang kini hanya mampu mengeluh.

“Maafkan saya tuan muda.” Edward menunduk.

Aydan hanya diam tanpa berkata sepatah pun. Kerusi kerjanya dipusing menghadap cermin di belakangnya. Mata Aydan lurus memandang langit yang agak mendung saat ini. Semendung hatinya sendiri.

“Aku tak tahu apa yang sedang mereka rancangkan saat ini Edward. Tapi, melihat perempuan tu sanggup pergi ke jerman dan berpura-pura terserempak dengan aku kat sana, aku rasa mereka dah mula nak buat sesuatu. Hanya saja…” Aydan senyap. Membiarkan kata-katanya tergantung.

“Hanya saja?” Edward mengulang apa yang baru saja dikatakan oleh Aydan tadi.

Aydan mengeluh kasar. Rambut yang terjuntai ke dahi dikuak ke belakang lalu digenggam.

“Aku rasa tak sedap hati Edward. Aku takut, andai satu hari nanti aku kena berhadapan dengan situasi yang sama untuk kesekian kalinya.” Ujar Aydan dengan suara lirih.

“Dan aku takut, jika saat itu benar-benar berlaku… aku takkan mampu kawal diri aku lagi.” Aydan menyambung.

Edward genggam penumbuk. Hatinya sakit melihat Aydan dalam keadaan seperti ini. Kenapa Aydan? Kenapa bukan orang lain?

“Tuan muda nak berputus asa ke?” Edward menyoal dengan nada perlahan.

“Tak. Aku bukan nak berputus asa. Aku takkan pernah berputus asa Edward. Kau sendiri tahu, aku dah lama menunggu. Tapi, penantian merupakan satu penyiksaan bagi aku. Aku tak tahu, berapa lama lagi aku boleh bertahan untuk menunggu sedangkan mereka sudah mula melaksanakan rancangan mereka sedikit demi sedikit.”

“Dan gadis tu?”

“Aku tak kisah tentang perempuan tu. Kalau dia nak libatkan diri dalam masalah ni, maknanya dia sendiri yang nak jadi musuh aku.” Aydan genggam penumbuk. Raut wajah Rachel bermain di fikirannya.

“Walaupun dia pernah jadi sebahagian dalam hidup tuan muda.”

“Ya.” Aydan menjawab sepatah. Edward senyap seketika sebelum kembali bersuara.

“Bagaimana dengan cik muda?”

Aydan diam. Tidak memberi sebarang jawapan mahupun respon. Tapi Edward tahu, lelaki itu sedang berperang dengan fikirannya sendiri. Apa yang ada dalam fikiran Aydan saat ini tak siapa tahu selain Aydan sendiri.

***

Brakk!!

Prang!!

Bunyi barangan pecah dan dibaling bergema di dalam sebuah bilik di sebuah hotel bertaraf lima bintang. Bilik hotel yang tadinya bersih dan tersusun rapi kini tak ubah seperti kapal pecah yang baru sahaja dihempas badai. Selimut, bantal dan barangan lain yang ada di dalam bilik tersebut habis berselerak di atas lantai. Pasu kaca yang pada mulanya berisi bunga yang cantik tidak lagi nampak keindahannya kerana sudah selamat dihempas dan pecah di atas lantai bilik tersebut.

Rachel berdiri di tengah-tengah bilik tersebut dengan nafas yang turun naik. Hatinya sakit. Dia benci perempuan itu, dia benci senyuman yang terlukis di bibir Aydan ketika lelaki itu memikirkan perempuan yang sudah menjadi isterinya itu. Dia benci!! Lelaki itu tidak tersenyum untuknya sedangkan dia berada tepat di hadapan Aydan. Tapi hanya dengan memikirkan gadis itu, senyuman yang sudah sekian lama tidak dilihat olehnya terukir di bibir Aydan begitu saja. Rachel menggenggam penumbuk.

He And His BrideWhere stories live. Discover now