Chapter 4 ~ Part II

3K 94 0
                                    


"Next week, lima hari dari sekarang akan ada parti untuk memperkenalkan awak sebagai bakal isteri saya. Dan pada hari itu juga kita akan bertunang. Tiga bulan selepas bertunang kita akan berkahwin. Itu keputusan muktamad. Do you have any objection?" Aydan tekun memandang fail di mejanya. Sikit pun dia tidak memandang Eryna yang sedang memandangnya dengan wajah berkerut.

Okey yang tu Eryna rasa tak patut. Lelaki yang sedang menunduk membaca fail di depannya itu dipandang dengan perasaan berkecamuk. Kahwin tiga bulan dari sekarang? Okey itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana dia sudah tahu dari awal lagi tujuan dia dihantar ke sini adalah untuk menjadi isteri lelaki yang bernama Aydan D’ Calvin. Tapi masalahnya, Eryna tidak diberi peluang walaupun sedikit untuk menyuarakan pendapatnya, dan dia tidak suka itu. Dan itu keputusan muktamad? Itu satu lagi kenyataan yang harus Eryna telan. Dia memang tidak boleh bersuara.

Sedar yang Eryna tidak memberi sebarang jawapan, Aydan mengangkat wajahnya dan memandang Eryna. Keningnya diangkat, akhirnya Eryna mengalah dan mengangguk. Semua kata-kata bangkangan yang sudah dirangka dalam otaknya hilang begitu saja sebaik melihat mata helang Aydan yang sepertinya sudah siap untuk menelannya hidup-hidup.

"Kenapa?" Aydan bertanya. Seolah mengerti yang ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh gadis di depannya itu.

"Tak, takde apa. Cuma saya ingatkan awak akan terus jadikan saya isteri awak hari ini juga. Sebab awak sendiri yang nak saya pindah kat sini." Eryna menyuarakan kekeliruannya walaupun agak ragu dan sudah tentu sedikit malu. Alih-alih menyuarakan ketidakpuasan hatinya, kata-kata itu yang meluncur di bibirnya. Niatnya untuk membangkang dilupakan serta merta.

"Kenapa? Awak dah tak sabar nak kahwin dengan saya ke?" Aydan tersengih sinis. Merah padam muka Eryna.

‘Eh mamat ni, perasan juga eh. Aku tak hinginlah kahwin dengan kau.’ Eryna mengutuk. Bibir bawahnya digigit.

'Tulah,tanya lagi soalan bodoh nana. Kan dah kena dengan mamat dingin tu.' Eryna membebel dalam hati, kali ini mengutuk dirinya sendiri pula.

"Tak. Bukan macam tu. Saya cuma nak tahu kenapa awak nak saya pindah kat sini sedangkan perkahwinan kita pun masih lama lagi. Kenapa tak biarkan saya tinggal dengan keluarga saya dulu?"

"Saja. Awak tak perlu tahu." Jawapan Aydan buat Eryna terdiam.

"Kenapa awak nak kahwin dengan salah seorang anak daddy saya?" Eryna menyoal Aydan kembali. Sesungguhnya persoalan ini sudah lama bermain di mindanya sejak ayahnya memberitahu niat lelaki itu sebelum ini. Matanya tajam merenung Aydan, namun lelaki itu hanya beriak biasa. Langsung tidak merasa tergugat.

"No reason. Dan kalaupun saya ada sebab, saya takkan bagitahu awak. Now you may leave." Ujar Aydan siap dengan jemari menunjuk ke arah pintu. Aydan memanggil Edward yang setia berdiri di luar bilik tersebut, dengan tenang Edward masuk kembali dan menunduk di hadapan Aydan.

"I'm done talking to her, now take her to her room. Make sure there's someone who will take care of her." Ujar Aydan tanpa memandang Eryna mahupun Edward. Matanya tertumpu pada kertas di tangannya.

"Baiklah." Edward menjawab. Setelah itu dia mempersilakan Eryna keluar dan membawa Eryna naik ke bilik yang akan dihuninya di tingkat empat. Tingkat teratas di mansion tersebut. Bilik itu 3 kali ganda lebih besar dari bilik Eryna sebelum ini. Dengan katil bersaiz king, meja solek, walk in closet, dan Eryna juga mempunyai ruang tamu sendiri di dalam bilik itu. Lengkap dengan set Tv, dvd, mini speaker dan lain-lain. Rak untuk buku-buku juga tersedia di situ, siap dengan novel dan buku-buku berkaitan korporat yang entah akan dibaca oleh Eryna atau tidak.

Di bilik itu juga, sudah menunggu dua orang pembantu yang akan menguruskan pakaian dan penampilan Eryna. Nampaknya Aydan memang sudah merancang semuanya dengan rapi sekali tanpa meminta pendapat Eryna sedikit pun. Semua benda sudah ditentukan oleh lelaki itu tanpa memberi peluang kepada Eryna untuk bersuara. Sakit pulak hati Eryna. Tapi dia tidak berani bersuara, semua rasa tidak puas hatinya dibalut dan disimpan jauh-jauh ke dalam hati.

He And His BrideWhere stories live. Discover now