Eryna sedang duduk di tebing kolam renang dengan kedua kakinya berada di dalam air ketika suara maskulin Aydan kedengaran di telinganya.
"Kau buat apa kat sini?" Soal Aydan. Kakinya melangkah semakin menghampiri Eryna.
"Duduk. Tak nampak?" Balas Eryna. Tapi nada suaranya jelas kedengaran sinis.
Aydan berdiri di sebelah kanan Eryna. Wajah gadis itu dipandang dari tepi.
"And why are you acting like that? You look weird." Kata Aydan.
Eryna diam. Tidak berniat untuk membalas kata-kata lelaki itu. Tanpa sebarang suara dia berdiri. Kakinya yang basah tidak dipedulikan. Dia sudah berura-ura mahu meninggalkan lelaki itu seorang diri di sana ketika suara Aydan sekali lagi menyapa pendengarannya.
"Nak ke mana tu?" Suara Aydan kedengaran marah.
"Saya nak masuk dalam. Kejap lagi kelas saya nak bermula." Jawab Eryna. Dia hanya berdiri membelakangi Aydan sambil berpeluk tubuh.
"You're avoiding me." Ujar Aydan. Dan itu bukan soalan melainkan pernyataan.
Aydan boleh melihat dengan jelas tingkah laku Eryna saat ini. Gadis itu sedang berusaha untuk menghindarinya.
"No, I'm not! " Eryna membalas cepat dengan suara sedikit membentak.
Aydan tersenyum sinis. Cara gadis itu membalas kata-katanya saja sudah membuktikan yang gadis itu sedang mengelak darinya.
Gotcha!!
"Really? Tapi kenapa kau langsung tak nak pandang aku?" Aydan mula bermain kata, sengaja mahu membuat gadis itu serba salah.
Mendengar saja kata-kata yang keluar dari mulut Aydan, Eryna tiba-tiba rasa seram. Tangannya naik memeluk tubuh lalu dia pusing memandang Aydan yang hanya berjarak tiga langkah di depannya.
"Awak nak apa sebenarnya ni Aydan?" Eryna memandang lelaki di depannya dengan kerutan di dahi.
Di depannya kini lelaki yang baru saja menjadi tunangnya itu sedang berdiri dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Manakala ekspresi yang tertera di wajahnya adalah ekspresi datar yang selalu dia tunjukkan. Eryna tarik nafas dalam sebelum menghembusnya dengan sedikit kasar.
"Aku rasa, aku yang patut tanya kau soalan tu. Tak begitu Aurel?"
"And what do you mean by that?"
"Tak jelas lagi ke?" Aydan angkat kening. Wajah cemberut Eryna dipandang.
"Apa yang tak jelas? Saya dah kata tadi yang saya nak masuk dalam sebab kelas saya dah nak mula. Tu pun awak tak faham lagi ke?"
"Kau mengelak dari aku. Betul tak?" Aydan tidak membalas kata-kata Eryna. Wajah geram gadis itu dipandang sambil tersenyum sinis.
Eryna pula sedaya upaya tahan diri daripada bertindak mencakar wajah kacak Aydan. Tapi untuk bertindak sedemikian memerlukan keberanian yang banyak. Eryna tidak bodoh untuk bertindak tanpa memikirkan akibatnya nanti. Mengingat sikap lelaki itu, semua perasaan geramnya cuba ditahan sebaik mungkin.
"Jadi kenapa kalau memang betul? Awak sendiri yang nak saya buat macam tu kan. Awak tak nak saya libatkan diri dalam hal awak, dan sekarang saya buat macam yang awak nak. Apa lagi yang salah?"
Aydan tepuk tangan mendengar jawapan Eryna. Entah apa yang menarik, Eryna sendiri tidak tahu.
"Jawapan yang menarik. Tapi bukan tu yang aku nak dengar. Tapi takpe, kau boleh pergi."
Eryna mendengus mendengar kata-kata Aydan. Entah apa yang diinginkan oleh lelaki itu darinya, dia sendiri bingung.
"You're weird." Ujar Eryna perlahan sebelum meninggalkan Aydan sendirian.
YOU ARE READING
He And His Bride
Teen FictionEryna Aurelia Laurence, gadis berambut coklat dan bermata biru yang merupakan anak bongsu keluarga Laurence memilih untuk menyelamatkan keluarganya dengan menyetujui hasrat lelaki bangsawan yang terkenal kejam di setiap pelusuk dunia perniagaan untu...