Eryna membuka mata yang masih terasa berat. Benda pertama yang dia lihat adalah siling bilik tidurnya sendiri.Dia hanya diam dan merenung siling dengan rasa bingung. Apa yang dah berlaku?
Dia bermimpi ke?
Kejadian itu terlalu nyata untuk disebut mimpi. Tapi terlalu menyakitkan jika itu memang satu kenyataan.
Eryna mengangkat tangan untuk menyentuh kepala yang tiba-tiba pening. Mungkin dia terlalu banyak berfikir. Tapi rasa sakit pada siku kanannya membuat dia mendesis.
Selimut yang menutupi seluruh tubuhnya dialihkan ke tepi lalu dia menyandar di kepala katil. Tangan kanannya diangkat hanya untuk mendapati yang lengannya dibalut dengan kain kasa dari atas siku sampai ke pergelangan tangan. Kesan ubat juga kelihatan di bahagian luar pembalut luka terbabit.
Dia cedera ke? Adakah kejadian yang dia anggap mimpi tadi sebenarnya bukan mimpi?
Eryna menutup mata. Dia berusaha untuk meraih semula setiap memori yang mungkin sudah dia lupakan. Satu persatu memori itu kembali bagaikan kaset rosak, sampailah pada satu kejadian.
"Awak dah kenapa?!!" Jeritan Eryna mengundang perhatian orang yang lalu lalang di depan bangunan pusat membeli belah tersebut. Tapi dia tidak peduli.
Aydan seperti ingin melakukan sesuatu namun tiba-tiba mata lelaki itu terbeliak besar. Lelaki itu juga menjerit memanggil namanya dengan suara cemas dan mata dipenuhi rasa takut sebelum dia terus menerpa ke arah Eryna, dan menarik gadis itu dalam pelukannya lalu memutar tubuh mereka berdua, mengubah posisinya kini berada di posisi Eryna tadi. Dan...
Bang!!!
Bunyi tembakan kedengaran mengejutkan semua orang yang berada di kawasan tersebut. Orang ramai mula berlarian ingin menyelamatkan diri. Dalam pelukan Aydan, Eryna dapat melihat seorang lelaki tidak jauh dari tempat mereka berada sedang mengacungkan pistol ke arah mereka. Melihat senjata api dalam pegangan lelaki itu membuat kepala Eryna pening teramat sangat sebelum dia dan Aydan sama-sama terjatuh.
Sebelum kesedarannya hilang sepenuhnya, dia sempat mendengar Aydan berkata;
"You should have listened to me Aurel." Dan semuanya hilang ditelan kegelapan.
Eryna terus berdiri. Dia ingat semuanya. Itu bukan mimpi, tapi kenyataan. Aydan ditembak. Ya, Aydan ditembak kerana lelaki itu cuba menyelamatkan Eryna.
Di mana Aydan??
Eryna cemas. Perasaan cemas menguasainya. Dia mahu berjumpa dengan Aydan. Di mana lelaki itu? Aydan tak apa-apa kan??
Mengingat Aydan, air mata Eryna ingin mengalir. Sebab itu ke Aydan mengheretnya untuk segera kembali. Itu ke sebabnya?
Bunyi pintu ditolak dari luar menarik perhatian Eryna. Jenny dan Lily masuk dengan sebuah troli. Melihat Eryna yang sedang berdiri mengejutkan keduanya.
"Cik muda." Kata mereka serentak.
Tanpa sebarang amaran Eryna terus menerpa keduanya.
"Mana Aydan?!!"
Jenny dan Lily berpandangan. Keduanya dikuasai rasa serba salah.
"Cik muda." Jenny memegang tangan Eryna. Dia cuba untuk menenangkan Eryna.
"Kenapa awak tak nak jawab? Mana Aydan?!!" Sekali lagi suara Eryna bergema.
"Cik muda tenang dulu. Cik muda baru sedar kan. Cik muda rehat dulu." Lily bersuara.
YOU ARE READING
He And His Bride
Teen FictionEryna Aurelia Laurence, gadis berambut coklat dan bermata biru yang merupakan anak bongsu keluarga Laurence memilih untuk menyelamatkan keluarganya dengan menyetujui hasrat lelaki bangsawan yang terkenal kejam di setiap pelusuk dunia perniagaan untu...