Bunyi petikan gitar sayup-sayup kedengaran dari bilik Eryna. Ketika itu masa sudah hampir menginjak ke jam sebelas malam. Tapi gadis itu masih larut dalam dunianya sendiri, memainkan melodi indah dengan gitar dalam pegangannya.
Tidak ada yang akan menegur mahupun meminta dia berhenti kerana semua penghuni di kediaman itu tahu betapa dalamnya cinta gadis itu pada muzik. Bahkan Andrew sanggup membelikan piano terbaik yang harganya bukan alang-alang untuk anak bongsunya itu. Kerana apa?
Kerana dia sangat menyayangi Eryna.
Dan kerana Eryna mewarisi minat isterinya yang sudah tiada.
Muzik.
Sedang gadis itu kusyuk dengan gitar di tangan, telefon bimbitnya berbunyi. Gitar yang ada di tangan diletakkan ke sebelah lalu telefon dicapai.
Aydan's Calling.
Eryna tersengih gembira. Tanpa menunggu lama, panggilan diangkat.
"Hello."
"Oii budak pengacau, apa khabar? Sihat?" Suara sinis Aydan kedengaran di talian.
Eryna mencebik. Menyampah.
Bukan main seronok dia gelarkan aku budak pengacau. Takpe tunggu kau.
"Oii lelaki kayu, saya sihat je. Awak?" Eryna membalas tak kalah sinis disertai dengan tawa kecil.
Aydan yang berada di biliknya tersengih. Terasa semua beban dan penat yang dia rasakan dalam beberapa hari ini terangkat sedikit. Nampaknya pilihan dia untuk menghubungi Eryna berbaloi. Gadis itu selalu berhasil untuk membuat dia rasa tenang. Walaupun sepertinya masa ini bukanlah masa yang tepat untuk menghubungi gadis itu, mengingat masa yang sudah hampir ke tengah malam.
Awalnya dia ragu-ragu untuk menghubungi Eryna kerana bimbang akan mengganggu tidur gadis itu. Tapi mendengar suara Eryna yang bersemangat semacam, dia lega kerana dia tahu gadis itu belum tertidur.
"Aydan! Hello, are you there?" Suara Eryna kedengaran di talian.
Tindakan Aydan yang tiba-tiba saja mendiamkan diri buat dia gusar.
"Ya, aku kat sini. Tak pergi mana-mana pun." Aydan menyahut. Suara cemas Eryna sedikit sebanyak buat dia terharu.
"Awak ni buat saya risau jelah. Awak buat apa tadi?"
"I was in a deep thought just now. Sorry."
"Awak fikir apa?" Eryna menyoal dengan rasa ingin tahu yang menggunung.
"Aku rasa aku rindukan kau." Ujar Aydan dengan selamba.
Eryna mencebik. Kalaulah Aydan ada di depannya saat ini, memang dia akan hadiahkan lelaki itu dengan muka toya. Nak acah-acah sweet konon.
"Tak payah nak acah-acah sweetlah. But since you said so, i think i miss you too." Eryna membalas dengan nada sarkastik. Tidak mahu kalah.
Tapi, jauh di dasar hati dia memang rindukan lelaki itu. Rindukan sahabat, tidak salah kan?
"Kau tak tidur lagi?"
"Kalau saya dah tidur, tak adalah saya nak jawab panggilan awak ni." Eryna ketawa.
Aydan menggelengkan kepala. Sedar dirinya baru saja menyuarakan soalan bodoh tadi.
"Okey kau menang."
Eryna tertawa kecil. Puas hati dapat mengenakan Aydan.
"Kau tengah buat apa tu?"
"Tak buat apa-apa. Tapi sebelum awak call tadi, saya tengah bermain gitar."
YOU ARE READING
He And His Bride
Teen FictionEryna Aurelia Laurence, gadis berambut coklat dan bermata biru yang merupakan anak bongsu keluarga Laurence memilih untuk menyelamatkan keluarganya dengan menyetujui hasrat lelaki bangsawan yang terkenal kejam di setiap pelusuk dunia perniagaan untu...