Chapter 41 ~ Aydan D' Calvin

2.3K 89 3
                                    

Aydan masuk ke dalam bilik tidurnya dengan pandangan mata kosong. Suis lampu ditekan lalu seragam sekolah yang masih tersarung di tubuh ditanggalkan lalu dicampak sembarangan. Setelah itu, dia masuk ke bilik air. Pili air dipusing dan dia membiarkan tubuhnya disirami pancuran air.

Tangan yang tadinya masih berlumuran darah dibawa ke depan mata dan ditenung dengan pandangan kosong. Sedikit demi sedikit, darah merah di tangannya luntur bersama dengan air yang mengalir dan kemudian hilang secara perlahan-lahan.

Aydan sudah terbiasa seperti ini. Tidak lama selepas pembacaan wasiat Calvin, Aydan selalu diekori dan diperhati oleh orang-orang Carlos. Mulanya Aydan bimbang tapi lama kelamaan perasaan bimbang itu menjadi biasa. Kini dia tidak lagi peduli dirinya diperhatikan atau tidak, dia sudah tidak kisah lagi. Lagipula, semua orang suruhan Carlos akan berjaya ditangkap oleh pengawal peribadi yang menjaga Aydan. Mereka tidak kelihatan, tapi mereka selalu ada di sekeliling Aydan. Melindungi dan mengawasi Aydan tanpa sebarang bunyi.

Apa lagi yang harus dia takutkan??

Setiap kali orang-orang Carlos ditangkap, Aydan akan turut turun tangan memberi hadiah kepada mereka. Lama-kelamaan, semuanya tidak ubah seperti rutin buat dirinya.

Kerana dia sudah terbiasa.

'Bina empayar awak sendiri.'

Aydan mengetap gigi.

Betul. Semua kata-kata Eryna adalah betul. Jika dia ingin membalas perbuatan Carlos, dia harus bangkit dan mula membina empayarnya sendiri.

Empayar Aydan sendiri.

***

"Aku rasa aku kena jauhkan diri dari kau."

Eryna mengerutkan kening. Kata-kata yang baru saja terucap di bibir Aydan buat dia kebingungan.

"Awak cakap apa ni? Jauhkan diri? Kenapa pula?" Eryna menyoal berkali-kali.

Lelaki ni dah kenapa? Dah meluat sangat dengan dia ke sampai nak kena cakap macam tu pada dia?

Aydan Menggelengkan kepala. Dia dapat menangkap apa yang sedang bermain di fikiran Eryna. Perempuan, memang selalu penuh dengan imajinasi yang tak berfaedah.

"Kau tak payah nak fikir banyaklah. Aku cakap macam tu bukan sebab aku dah meluat tahap dewa pada kau. Well, sikit-sikit tu adalah." Aydan terkikik. Tiba-tiba rasa lawak dengan kata-katanya sendiri.

Eryna mencebik. Automatik tangan diangkat lalu bahu Aydan ditumbuk.

"Sakitlah Aurel."

"Padan muka. Lain kali bercakap tu elok sikit. Huh!" Eryna berpeluk tubuh. Wajah turut dipaling ke arah lain. Malas mahu memandang Aydan yang masih tersengih seperti orang hilang akal.

"Okey, sorry. Tapi apa yang aku cakap tadi tu betul tau."

"Yang mana?" Eryna memotong dengan laju. Mata turut dijegilkan kepada Aydan.

"Aku memang kena jauhkan diri dari kau." Aydan mengulang kata-katanya tadi.

Eryna menggigit bibir. Tiba-tiba ada suatu perasaan tidak rela menjelma di hati.

"Awak serius?" Eryna bertanya.

Aydan mengangguk.

He And His BrideWhere stories live. Discover now