Chapter 23 ~ Good night wish

2.4K 116 1
                                    


Rachel menatap gambar di tangannya sambil tersenyum.Gambarnya bersama kawan masa kecilnya dulu direnung tanpa berkelip. Senyuman di bibirnya semakin lebar bila pandangannya beralih pada majalah di atas meja kopi. Banyak artikel mengenai lelaki itu telah disiarkan di dalam pelbagai majalah dan surat khabar walaupun tidak ada satu pun gambar lelaki itu turut disertakan. Tapi dia tahu, orang itu adalah orang yang sama. Aydan D' Calvin adalah Aydan Gabriel Smith.

Gabby.

Dia tertanya-tanya juga bagaimana khabar lelaki itu selepas lima tahun tidak bertemu. Sejak kejadian itu...

Lelaki itu juga tidak pernah ambil tahu dan cuba menghubunginya. Sedikit sebanyak dia sebenarnya sedih. Mungkinkah lelaki itu sudah melupakannya? Tapi dia juga sedar yang dia turut bersalah. Dia yang menjauhkan diri dari lelaki itu kerana rasa takut kepada lelaki itu.

Tapi tidak mengapa, tidak lama lagi dia sendiri yang akan menemui lelaki itu. Selepas semua pekerjaannya di sini selesai. Dia sendiri yang akan datang kepada lelaki itu. Tak kisahlah, lelaki itu sudah bertunang atau tidak. Dia sudah terlebih dahulu hadir dalam hidup lelaki itu sebelum ini. Bukan perempuan yang tidak diketahui asal usulnya itu.

"I will come for you Gabby. Soon." Ujarnya sambil tersenyum gembira. Kopi di atas meja dicapai dan dihirup perlahan.

***

"What?? Seriously?" Eryna menyoal jenny dan Lily dengan suara seperti hampir tercekik. Keduanya mengangguk.

"No!!" Eryna menekup muka dengan bantal. Wajahnya jelas kelihatan merah menyala. Malu.

Mahu saja dia meraung kuat, namun niat sucinya itu dibatalkan. Nanti apa pula pandangan para penghuni di dalam rumah agam ini kepadanya kalau dengar suara jeritannya awal pagi macam ni. Dia malu, benar-benar malu. Sebaik bangun tadi, dia hanya menggaru kepala yang tidak gatal. Bingung kerana dia tiba-tiba boleh ada kat bilik. Hal terakhir yang dia ingat malam tadi adalah dia menari bersama Aydan. Macam mana dia boleh tiba-tiba ada kat bilik pula? Sebaik saja Jenny dan Lily ceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku, dia terlopong. Serta merta perasaan malu menguasai diri. Membayangkan situasi itu saja dia tidak sanggup.

Jenny dan Lily hanya tersenyum memandang reaksi gadis itu. Semua yang berlaku malam tadi telah diceritakan kepada Eryna. Dan penerimaan gadis itu membuat mereka geli hati.

"Tak ada apa-apalah cik muda. Perkara biasa je tu. Itu kan memang tanggungjawab tuan muda." Lily bersuara. Eryna hanya memandang Lily sesaat lalu tunduk kembali. Rambutnya yang kusut angkara tangannya sendiri tidak dipedulikan.

"Betul tu cik muda. Tak payahlah fikir sangat." Jenny pula memujuk.

Eryna angkat muka memandang Jenny.

"Mana boleh tak fikir. Mamat dingin tu angkat saya masuk bilik kot."

"Mestilah tuan muda buat macam tu. Takkanlah dia nak biarkan tunang sendiri tertidur kat studio tu." Jenny bersuara lagi. Mahu saja dia ketawa mendengar gelaran Eryna kepada Aydan.

"Saya malulah. Entah macam mana boleh terlelap masa tu. Alih-alih dah ada kat bilik." Eryna merungut.

"Cik muda penat sangatlah tu semalam. Sebab tu jadi macam tu." Ujar Lily.

"Tapi..."

"Dah, tak ada tapi-tapi lagi. Sekarang cik muda bangun. Mandi. Katil tu saya nak kemas." Potong Lily tanpa membiarkan Eryna menghabiskan kata-katanya. Nak tunggu gadis tu habis merungut, entah bila nak habis.

"Kejaplah. Awal lagi kot."

"Tak boleh, nanti Edward marahkan kami pula. Cik muda kena sarapan dengan tuan muda lagi nanti." Ujar Jenny.

He And His BrideWhere stories live. Discover now