Chapter 26 ~ The most painful memories

2K 88 0
                                    

“Jaga diri sayang, jangan lupa makan ikut masa ya. Dan ingat Ay, lepas ni Ay kena dengar semua cakap Edward tau. And no matter what, always trust him.” Andrea mencuit hidung Aydan. Aydan hanya tersengih mendengar nasihat ibunya. Seolah-olah itu hanyalah nasihat seorang ibu kerana bakal berjauhan dengan anaknya.

“Okey, Ay janji.”

That’s my boy. Here, give us a hug.” Aydan memeluk kedua orang tuanya dengan senyuman lebar. Calvin dan Andrea turut tersenyum melihat senyuman anak kesayangan mereka itu. Rasa risau yang melanda dibiarkan saja.

Remember Ay, you must take care of yourself. Anything, just ask Edward. And one more thing, no matter what happen, keep smiling like that.” Calvin pula bersuara. Aydan mengangguk mengiyakan. Sangkanya, ayahnya hanya mahu memberi kata semangat kepadanya. Tapi dia tidak sedar, pesanan itu sebenarnya memiliki maksud tersirat.  

Sebenarnya dia agak kecewa kerana ibu bapanya tidak dapat hadir melihatnya dalam pertandingan menembak di italy, kerana hari pertandingan tersebut sama dengan ulang tahun yang ke 13 syarikat yang dibangun oleh ayahnya. Dan Aydan cukup faham kalau syarikat itu juga merupakan harta yang sangat penting bagi ayahnya kerana syarikat itu dibangun dengan hasil titik peluh ayahnya sendiri. Dan Aydan berjanji yang dia akan memberikan kemenangannya dalam pertandingan menembak itu sebagai hadiah ulang tahun yang ke 13 syarikat ayahnya itu.

Okey daddy. See you in two weeks. I will come home with victory. I promise.” Janji aydan.

Dan akhir sekali dia memeluk kedua ibu bapanya dengan hangat sebelum mula melangkah masuk ke dalam balai berlepas bersama Edward dan jurulatihnya. Sempat dia berpaling memandang orang tuanya dan melambai ke arah mereka sebelum kelibatnya hilang dari pandangan mereka. Dia juga sempat melihat kesedihan di wajah ibunya, dan air mata juga sudah mengalir membasahi pipi Andrea. Namun dia hanya berfikir positif. Tanpa menyedari apa pun.

***

ITALY

Aydan bersorak gembira, kerana akhirnya selepas bertungkus lumus selama seminggu dalam pertandingan menembak itu, dia dinobatkan sebagai juara. Kini, janjinya untuk menghadiahkan kemenangannya dalam pertandingan itu kepada ayahnya tercapai. Selepas bersalaman dengan peserta yang lain, dia segera mencari Edward. Dari jauh dia dapat melihat Edward sedang bercakap di telefon. Dan wajah lelaki itu kelihatan terkejut dan air mukanya berubah keruh. Hairan dengan situasi itu, dia segera mendekati Edward.

Sebaik melihatnya, wajah lelaki itu semakin sugul dan lelaki itu kini memandangnya dengan pandangan sedih. Telefon bimbitnya dimatikan dan dimasukkan ke dalam kocek.

“Kenapa abang Edward?” Aydan menyoal tanpa mengesyaki apa pun.

“Kita kena balik sekarang tuan muda.”

“Kenapa? Flight kita esok kan?”

“Ada masalah berlaku. Dan saya dah percepatkan penerbangan kita. Kita akan balik dengan jet peribadi tuan Calvin.” Ujar Edward.

“Tapi..”

“Dah, kita dah tak ada masa. Saya dah suruh orang kemaskan barang-barang tuan muda. We’ll go back right now.” Sejurus itu Edward terus menarik tangan Aydan meninggalkan dewan pertandingan yang masih riuh dengan orang ramai tersebut. Sebuah kereta sudah menunggu mereka di luar dewan. Sebaik saja mereka masuk, kereta itu terus meluncur laju menuju ke lapangan terbang.

Sepanjang perjalanan itu, Aydan hanya mendiamkan diri. Dia mahu bertanya kepada Edward apa sebenarnya yang sudah berlaku, namun melihat wajah serius Edward, dia membatalkan niatnya. Perjalanan dari italy ke New york terasa begitu singkat. Mungkin kerana rasa teruja Aydan untuk menunjukkan trofi yang dimenanginya. Namun senyuman di bibir remaja itu hilang bila tempat yang mereka tuju bukannya banglo keluarga Smith, melainkan sebuah bangunan besar yang berwarna putih. Lebih tepatnya lagi, hospital.

He And His BrideWhere stories live. Discover now