Chapter 47 ~ The Day She Was Sold.

2.8K 115 20
                                    

Aydan pergi...

Remaja itu pergi meninggalkan semuanya di belakang tanpa menoleh untuk kedua kali. Semuanya ditinggalkan bersama tekad dan matlamat untuk menjadi lebih kuat.

Sementara itu, semenjak Andrew menerima nota itu, keadaan Laurence Group semakin memburuk. Satu demi satu pelabur dan rakan perniagaan mula meninggalkan dan membatalkan kontrak kerjasama yang terjalin sehingga menyebabkan nama baik yang selama ini dibangun oleh Laurence Group mulai tercalar sedikit demi sedikit.

Meskipun begitu, masih ada pelabur dari luar yang ingin menjalin kerjasama dengan Laurence Group tanpa mengendahkan situasi yang sedang dihadapi oleh Laurence Group. Andrew bersyukur, setidak-tidaknya syarikatnya masih selamat. Laurence Group masih mampu berdiri kukuh meski tidak semegah dulu.

Keadaan Eryna pula semakin membaik. Kesihatannya semakin pulih meskipun traumanya kepada gelap masih seperti dulu. Meskipun begitu, Andrew masih tidak berputus asa, dia masih berusaha untuk mencari pelbagai cara untuk memberi rawatan kepada Eryna agar trauma gadis itu tidak menjadi belenggu yang akan memakan gadis itu di masa depan.

Kerana bimbang keadaan mental Eryna semakin buruk, diam-diam Andrew memindahkan gadis itu ke sebuah sekolah elit yang terkenal di New york. Jika gadis itu bertanya, dia hanya perlu mereka sebuah cerita bagi menghapus sebarang kecurigaam Eryna.  Dia tidak mahu anak bongsunya itu melanjutkan persekolahan di Victoria High lagi, cukuplah. Setelah disiasat, Andrew akhirnya tahu jika anak bongsunya itu sebenarnya tidak memiliki sahabat di sekolah itu. Eryna seorang pelajar yang tertutup dan kurang bergaul dengan rakan sekelas. Dia hanya akan berkomunikasi dengan pelajar yang lain jika ada perkara menyangkut pelajaran yang harus dibincangkan, dan selebihnya gadis itu lebih suka menyendiri. Serba sedikit, Andrew bimbang jika ternyata sekolah itu juga punya kaitan dengan kejadian yang menimpa Eryna.

Pada hari kejadian itu juga, Andrew akhirnya tahu jika Eryna hanya menipu. Gadis itu berbohong jika dia ingin keluar bersama kawan-kawannya. Kenapa?? Pertanyaan itu bermain di fikiran Andrew, kenapa gadis itu berbohong? Sampai akhirnya dia menemukan satu petunjuk, Eryna ingin menjauhkan diri dari keluarganya sendiri.

Semuanya kerana rasa bersalah atas kematian ibunya selepas dia dilahirkan. Andrew rasa terpukul, kenyataan itu buat dia tidak mampu berkata-kata lagi. Dia sedar jika Eryna selalu ingin mengelak darinya, tapi dia sama sekali tidak tahu jika punca gadis itu menjauhkan diri adalah kerana kematian ibu kandungnya sendiri. Serba sedikit, ada penyesalan di benak lelaki itu. Kalau saja dia bersikap lebih tegas, mungkin Eryna tidak akan pernah beranggapan seperti itu. Kalau saja dia lebih memberi perhatian kepada anak bongsunya itu, mungkin Eryna tidak akan pernah berada dalam keadaan seperti sekarang.

'Daddy sayang nana. Tak pernah sekali pun daddy salahkan nana atas kematian mommy.' Hati Kecil Andrew berbisik.

Buku nota Eryna dimasukkan ke dalam kotak. Semua buku gadis itu disusun rapi di dalam kotak. Semua ini harus disembunyikan. Eryna tidak perlu melihat semua benda ini. Gadis itu bahkan tidak ingat di mana dia bersekolah sebelum ini, jadi tidak ada masalah jika Andrew mahu membuang semua ini. Eryna hanya perlu memulakan hidup baru di Flexy tanpa perlu mengetahui kewujudan benda-benda yang berkaitan dengan Victoria High. Biarlah gadis itu memulakan semuanya dari awal kembali. Bersekolah di sekolah baru dan mendapat kawan baru. Itu harapannya.

Dan ya, Andrew ingin menghentikan siasatan berkenaan kejadian yang menimpa Eryna. Dia juga tidak ingin lagi memaksa ingatan gadis itu dikembalikan. Selepas semua kenyataan yang dia ketahui, mungkin lebih baik jika gadis itu terus kehilangan ingatannya. Biarlah.

Biarlah orang yang sudah mencelakakan anak bongsunya itu berkeliaran di luar. Pihak polis juga sudah putus asa untuk menjalankan siasatan kerana tidak ada satu petunjuk pun yang dapat mereka temukan. Semuanya kosong. Maka itu, biarlah Andrew mengalah. Demi semua yang dia sayangi. Anak-anaknya dan Laurence Group.

He And His BrideWhere stories live. Discover now