Chapter 27 ~ The most painful memories (2)

2K 93 1
                                    

Edward masuk ke dalam bilik rawatan Andrea dengan niat untuk mengajak Aydan makan, tapi bila melihat remaja itu sudah terlelap di sisi ibunya, dia tidak sampai hati mahu mengejutkan Aydan dari tidurnya. Rambut Aydan diusap lembut. Kot di tubuhnya turut ditanggalkan dan diselimutkan ke tubuh remaja tersebut. Lalu dia keluar dari bilik rawatan vvip tersebut.

Sebaik berada di luar, dia menggamit dua orang pengawal yang sedang berdiri tidak jauh dari pintu bilik rawatan Andrea.

“Aku nak keluar sekejap, nak belikan makanan untuk tuan muda. Aku nak korang berjaga kat sini, jangan biarkan sesiapa yang mencurigakan masuk. Terutama sekali Carlos. Pastikan korang lindungi puan dan tuan muda dengan baik. Aku pergi sekejap je.” Suara Edward kedengaran tegas memberi arahan. Kedua pengawal tersebut mengangguk patuh.

“Pastikan korang buat kerja dengan baik. Aku pergi dulu.” Edward terus melangkah meninggalkan kawasan bilik rawatan yang menempatkan Andrea tanpa menyedari bahaya yang lain sedang mengintai peluang untuk beraksi.

Selepas kelibat Edward hilang dari pandangan mereka, kedua pengawal itu mula mengukirkan senyuman sinis. Salah seorang mengambil telefon di poket seluar dan menghubungi seseorang.

“Tuan boleh datang sekarang.” Ujarnya lalu panggilan dimatikan.

Tidak sampai sepuluh minit, Carlos tiba di depan pintu bilik rawatan Andrea. Di belakangnya turut ada empat orang lelaki yang berbadan sasa, dan juga doktor Harry. Kedua pengawal yang dipercayai oleh Edward tadi membuka pintu bilik rawatan Andrea lalu carlos masuk disusuli kesemua konco-konconya itu. Dia tersengih sinis melihat keadaan Andrea. Pandangannya teralih kepada Aydan yang masih terlena di sisi Andrea. Sengihannya semakin lebar. Dia memberi isyarat kepada dua orang pengawal tadi, dan keduanya yang faham isyarat dari Carlos itu segera menghampiri Aydan dan menarik anak muda itu.

Aydan yang tiba-tiba dikejutkan dengan cara seperti itu hanya mampu terpinga-pinga dan memandang kedua pengawal yang masing-masing memegang lengannya dengan hairan. Carlos mendekati Aydan. Melihat kelibat Carlos, serta-merta Aydan tersenyum gembira.

“Uncle Carlos.” Ucapnya riang. Namun Carlos hanya memandangnya tanpa perasaan. Melihat respon bapa saudaranya itu, Aydan semakin pelik. Dan kenapa kedua orang pengawalnya itu memegang lengannya?

“Tsk tsk tsk…” Carlos berdecit di depan Aydan. Langkah kakinya diatur mendekati katil Andrea. Pandangan pelik Aydan tidak dipedulikan. Lagipula, sekejap saja lagi anak muda itu akan tahu apa yang akan dia lakukan.

Jarum yang melekat di tangan Andrea dicabut, dan monitor yang menunjukkan detak jantung dan nadi Andrea turut dimatikan. Semua itu dilakukan perlahan-lahan. Melihat perbuatan Carlos, Aydan mula merasa tidak senang hati. Tangannya cuba ditarik untuk melepaskan diri dari pegangan kedua pengawalnya (Bekas pengawal sebenarnya) , namun pegangan mereka terlalu erat.

“Apa yang uncle nak buat tu?!” Aydan menyoal dengan nada agak tinggi. Tapi jelas nada takut dalam suaranya. Carlos hanya menjeling Aydan sekilas.

“Kenapa? Kau takut ke?” Alih-alih menjawab soalan anak saudaranya itu, Carlos menyoal Aydan sinis.

“Apa..apa maksud uncle?” Aydan gagap.

“Aku tak tahulah kenapa mak kau ni tak mampus terus. Nak koma bagai pulak, menyusahkan.” Carlos mencapai alat bantuan pernafasan Andrea. Alat itu ditarik dan dilepas sesuka hati seolah-olah itu adalah mainan. Melihat perlakuan bapa saudaranya itu, amarah mula menguasai Aydan.

Don’t do that to her!” Aydan menjerkah. Dia juga terus berusaha mahu melepaskan diri dari terus dipegang oleh kedua orang itu. Namun masih seperti tadi, usahanya hanya sia-sia.

He And His BrideWhere stories live. Discover now