Damn it.
Aku tersilap langkah pula kali ini. Entah mana silapnya aku terpegang pisau ini sampai boleh tertusuk indah di paha kanan aku. Nikmat sekejap gais.
"...appo."
Aku merintih perlahan saat aku memegang bahagian yang cedera.Pandangan diliarkan ke sekeliling.
Tiada orang langsung yang lalu di jalan ini.
Haih.
Sekarang aku nak balik macam mana?
Negnsot sampai ke rumah?
Fuh. Sempat paha aku haus dulu baru sampai ke rumah. Itupun kalau sampai lah.
"Macam mana ni?"
Aku berfikir sejenak.
Ada ke orang nak tolong lelaki psycho macam aku sekarang?
Aku hanya tersenyum nipis. Sudah semestinya jawapannya adalah TAK,bukan?
Ya.
Aku tahu aku tak layak untuk mendapat bantuan dari semua makhluk.
"Huh? Awak dah kenapa bersimpuh tengah jalan ni? Nasib saya tak tersepak."
Aku tersentak lantas mendongak memandang atas. Keadaan aku yang duduk di atas jalan kini,membuatkan aku terpaksa mendongak memandang gerangan yang menegur.
"Kau...."
Perempuan.
Cantik.
Dua perkataan yang dapat aku terangkan tentang imejnya sekarang.
"Awak....cedera?! Ommo! Yah! Kenapa tak cakap awal awal?! Ish!" Terus sahaja dia duduk bercangkung di sisi aku dan memerhati paha aku yang berlumuran darah.
"Boleh berjalan tak?"
Aku hanya diam dan memandang nya tajam. Soalannya aku endahkan. Sekarang ni persoalannya,kenapa....
Jantung aku.
Berdegup laju?
"Kenapa awak diam je? Sakit sangat ke? Kajja,pergi klinik."
"Aku tak nak. Dah,ka-kau boleh pergi!" Aku menolak nya jauh dari aku. Bukan apa,aku tak nak dia jadi mangsa aku keseterusnya nanti.
"Eo? Ish! Boleh tak ego tu buang sekejap? Nak tunggu diri awak kehilangan darah sepenuhnya dulu baru nak rawat cedera tu? Dah jom! Kita pergi klinik depan sana!"
Dengan berhati hati dia menarik tangan aku lalu letakkan di atas bahunya dan mula memapah aku dengan perlahan lahan.
"Sakit tak?"
"Erm..."
Aku hanya menggumam. Sakit tu sakit lah juga. Aku pun manusia biasa.
Wajahnya yang hanya diterangi cahaya bulan,aku tenung dalam diam.
Dia....nampak sempurna.
Si-siapa perempuan ni?
"...Nama saya,Song Ji Hyo. Tapi orang panggil Ji Hyo. Awak?"
Aku hanya diam dan masih menghayati wajahnya. Ke-kenapa aku rasa macam aku pernah jumpa perempuan ni?
"Hey? Awak hidup tak lagi ni? Ke mayat awak yang saya sedang papah sekarang? Roh awak masih ade tak ni?"
Aku tersentak. Dan memandangnya blur. "Ap-apa?"
Dia tergelak kecil.
Tergelak? Aku ada buat lawak sarkas ke tadi?
"Ish. Comel. Saya tanya,apa nama awak?"
Aku terus palingkan wajah ke arah lain. Malu duh!
"Je-jeon Jungkook."
"Jebon Jungkook?"
"Ish! Jebon aniyo! Jeon Jungkook! Jeon!" Aku mendengus geram.
Dia tahu tak dengan siapa dia bergurau sekarang ni?
Ish.
"Hahaha. Okey okey. Saya sengaja je. Saja nak buat awak marah. Sekurang kurangnya awak tak lah diam membisu je,sunyi saya tahu?"
Aku memandang nya tajam. Perempuan ni.....lain. Ya,itu saja yang dapat aku gambarkan nya sekarang. Dia bercakap dengan aku seakan akan dia sudah mengenali aku.
"Kajja,kita pergi klinik depan sana. Sikit je lagi,awak boleh tahan kan?"
Aku angguk sekilas.
"Kalau Sakit bagitahu. Jangan diam."
Aku angguk lagi.
Banyak pula perempuan ni bercakap.
+++++++++++++++++++++++
YOU ARE READING
[C] Little Star
Fanfiction❝ Kisah aku,tiada siapa perlu tahu. ❞ Dia,lelaki yang sukar untuk difahami.