Detum!!!
Detum!!!
Sesekali bahu aku terhinjut naik mendengar dentuman guruh di luar tingkap. Sekarang hujan lebat bersama kilat sambar menyambat di luar rumah.
Ak—aku....
Paling benci ki—lat...
Aku benci bunyi guruh...
Aku benci semua berkaitan dengan kilat guruh dan seangkatan dengannya.
Serius,dari kecil memang aku tak boleh dengar dentuman kilat tu...
Ak—aku takut.
Aku tahu mesti korang dah pandang aku ni pondan kan? Sebab kilat je pun,tapi aku takut.
No,dear.
Ada sesuatu perkara hitam terjadi dulu ketika waktu guruh kuat macam ni...dan perkara tu masih segar di ingatan aku.
Sampailah aku jadi macam sekarang.
Brontophobia.
Takut kepada guruh dan petir.
Detum!!!
Secara automatik tangan serta badan aku menggigil hebat...
Ja-jaebal....
Detum!!!
Detum!!!!
"BER—BERHENTI!!!"
Aku menjerit kuat seraya menutup kedua telingaku. Sungguh aku katakan aku fobia mendengar dentuman guruh tu! Ak-aku benci!!
Srittttt....
Walaupun aku menutup kedua telinga ku dengan tangan tetapi tetap sahaja aku dapat menangkap bunyi pintu balkoni aku dibuka.
Oleh seseorang.
Akibat suasana bilik ini yang agak suram dan gelap,pandangan aku menjadi terbatas. Aku langsung tak nampak siapa yang membuka pintu balkoni tersebut.
"Jungkook?"
Aku tersentak. Suara....perempuan.
Kau jangan cakap yang dia ni....
"So-Song Ji Hyo..."
Hanya nama itu saja yang terlintas di fikiran aku sekarang. Terasa di bahagian sisi aku ada seseorang mula duduk.
"...Jungkook,gwaenchana? Awak masih takut akan guruh?"
Aku hanya diam dan menunduk sambil menekup kedua telingaku seperti tadi. Wajahnya disisi langsung aku tak pandang.
"Jungkook? Awak okey tak? Kenapa diam ni? Kalau ada apa apa,cakaplah."
Lembut suaranya bertutur.Sekarang,otak aku sibuk berfikir tentang....
"Macam mana kau ma—masuk sini?"
"Pintu balkoni awak lah. Siapa suruh tak kunci."
"Aniyo. Macam mana kau boleh sampai sini sedangkan rumah aku ada pagar dan bilik aku pula di tingkat dua. Ma—macam mana kau boleh ada disini?"
"Panjat lah. Kebetulan saya lalu kawasan rumah awak tadi,saya terdengar awak menjerit. Itu yang saya terus je panjat sampai sini. "
Kenapa aku rasa macam dia ni...bukan manusia?
YOU ARE READING
[C] Little Star
Fanfiction❝ Kisah aku,tiada siapa perlu tahu. ❞ Dia,lelaki yang sukar untuk difahami.