Aku berjalan jalan di sekitar bandar Seoul. Dah lama tak ambil udara segar.
Disini,ramai manusia yang sedang ,sibuk mengejar kerjaya masing masing. Ada yang bergelak ketawa dengan rakan rakan,dating dengan pasangan dan banyak lagi.
Itu diorang.
Aku disini,..
Keseorangan.
Hanya mampu memandang kebahagiaan orang dari sudut ini.
Seorang diri.
"Huhh...." keluhan berat aku lepaskan.
Bila lah agaknya aku nak tersenyum bahagia macam diorang?
Sejak tadi kaki tidak henti melangkah. Melanglah dan melangkah tanpa hala tuju.
Setiap kedai di sini aku perhatikan.
Woah~ dah banyak kedai moden dibuka disini. Tak sangka negara aku terlalu maju sekarang hohoho. Bangga 5 saat.
Tiba tiba mata aku tertangkap akan sebuah butik pengantin. Terdetik di hati untuk mendekati kedai tersebut.
Perlahan lahan aku menuju ke arah butik pengantin itu.
Di bahagian hadapan butik ini....terdapat sehelai dress putih paras lutut. Untuk seketika,aku terpegun melihatnya. Cantik. Cantik sangat.
[contoh dress tu : abaikan model cantik tu okey :)]
Lama aku perhatikan dress tersebut.
Jika dilihat dengan teliti,dress ni nampak seperti aku pernah melihatnya. Ta—pi....dekat mana...?
"Saya tak suka dress labuh. Saya nak dress ni je,singkat dan simple! Cantik pulak tu! Heheheheh~~"
Aku tesentak. Su-suara siapa tu?!!
Terus aku memandang sekeliling. Tapi tiada siapa siapa langsung yang ada disebelah aku.
Habistu...suara siapa....?
Ke-kenapa suara tu macam....familiar?
Aku pandang hadapan semula,iaitu pada butik tersebut.
"Eh? Mr Jeon!"
Aku berpaling ke belakang,memandang gerangan yang memanggil aku. Terkedek kedek dia berlari ke arah aku.
"Huh? Kau kenal aku?" Soal aku dingin. Macam mana dia kenal aku sedangkan aku langsung tak kenal dia?
Isanghae...."Apa yang kau mengarut ni Mr Jeon? Mestilah kenal! Kau kan pelanggan yang pernah datang ke butik ni dulu. Haih...dah nyanyuk ke apa? Usia masih muda tapi otak pula yang semakin dimamah usia."
Aku mengerutkan dahi. Duh,apa yang dia cakap ni? Aku pernah datang sini? Bila masa?
Dan....untuk apa aku datang butik pengantin ni?
"Erk? Bila masa aku datang sini? Kau silap orang kot?"
Kelihatan dia mula keliru. Digaru dagunya sambil memerhati wajah aku. K,kenapa dengan mamat ni? Pelik semacam dia tengok aku.
Tahu lah aku lebih kacak dari dia tapi...tak perlu rasanya tengok aku macam ni sekali.
"Kau tengok apa huh?"
"Betul lah kau,Jeon Jungkook."
"So? Kenapa dengan aku? Ada masalah?" Dingin aku membalas.
"Kenapa kau tak ingat aku erk? Pelik ni pelik."
Aku memutarkan mata ke atas. Menyampah. Pelik apa nya. Dia tu yang pelik.
"...wait a minute. BINGO!" Tiba tiba dia menjerit lalu memetik jarinya. Terjeku aku disini. Tahi sungguh manusia zaman sekarang. —_—
"Dulu...kau pernah kemalangan kan?"
"Apa yang kau merepek ni mangkuk? Bila masa pula aku kemalangan? Kau silap orang ni." Aku mendengus kasar lalu terus berlalu dari situ. Makin lama hadap muka mamat tu,makin menyampah aku dibuatnya.
Aku tak kenal dia pun ,suka hati cakap aku pernah kemalangan. Nak je aku felip dia sampai galaxy sana tadi aih.
Aku berpaling ke belakang sekilas memandang bayangan nya.
Dan yes. Dia masih ada di hadapan butik sambil.....tersenyum? The hek?
Terus aku pusing hadapan semula. Lama lama pandang muka dia,seram juga. Sama macam perempuan dress putih tu,suka sangat muncul tiba tiba lepastu cakap kia—Wait.
Dress putih paras lutut....
Dress putih?
Dress?
Song Ji Hyo pun pakai dress putih kan?
Parasa lutut kan?
Ja-jakkaman....
Tak sampai tiga langkah,Aku berpaling ke belakang semula ingin melihat kelibat lelaki itu.
Bwo?
Sekejap nya dia hilang.
Kemana dia pergi duh? Kalau nak cakap dia masuk butik,ada tak logiknya sebab pintu butik terkunci dan tertutup rapat tadi. Jika dia buka pintu tu,mesti aku dapat dengar bunyi geseran pintu nya dari sini. Tapi...aku langsung tak dengar apa apa bunyi pelik tadi.
K Jungkook. Just think positive. Dia lari pecut kot? Sebab tu kau tak sempat nak tengok dia.
Ha'ah. Dia lari.
Kenapa aku rasa semakin hari semakin pelik apa yang aku alami?
Ak—aku ada terlepas apa apa yang......penting ke selama ni?
Nak cakap hidup aku kosong,memang sentiasa kosong dah.Itu lah perasaan yang sentiasa hantui aku selama ini.
Tak tahu apa yang kurangnya.
Yang aku tahu hanyalah....
Aku sunyi. Terasa diri ini tak lengkap sepenuhnya.
++++++++++++++++++++
🌸
Semakin banyak chap,semakin banyak misteri yang terbongkar. :)
Btw,comel lah korang ni. 😂 sanggup komen siapa Ji Hyo tu. HAHAHA. Serius aku tergelak bila baca pendapat sorang sorang tentang Ji Hyo. Comel gila korang aish😭🌸💕😂
Thanks tau sudi komen+vote ff ni!
Sincerely,
Taehyung wife in Neverland.
YOU ARE READING
[C] Little Star
Fanfiction❝ Kisah aku,tiada siapa perlu tahu. ❞ Dia,lelaki yang sukar untuk difahami.