Jungkook. 9%

3K 375 12
                                    

Aku memandang sekeliling.

Taman?

Kenapa aku ada disini?

Dan kenapa taman ni nampak—suram?

Aku mula berjalan tanpa hala tuju ke hadapan dengan harapan dapat keluar dari taman yang pelik ini.

Bunga bunga disini kebanyakkan berwarna putih. Daun daun pula hijau kehitaman.

Taman apa ni?

Kaki sejak tadi tidak berhenti melangkah sehingga aku ternampak seorang gadis berdress putih pendek sedang berdiri di tengah tengah taman ini.Dirinya dikelilingi bunga ros putih.

Wajahnya langsung aku tak dapat lihat kerana dia memakai topeng putih menutupi seluruh mukanya.

"Si—siapa...dia?"

Hati aku memberontak ingin mendekatinya tetapi ditahan terlebih dahulu. Lama aku perhatikan gadis itu.

Dari arah belakangnya,seperti aku pernah melihatnya. Tapi siapa...?

"...Jungkook."

Aku tersentak. Kenapa dia panggil nama aku? Dia kenal aku?

"Jeon Jungkook."

Kali ini ia kedengaran lebih jelas dan kuat. Aku memandang sekeliling. Si-siapa dia?

"Siapa yang panggil aku?"

"...saya."

Tiba tiba gadis bertopeng tadi berada berdekatan denganku. Tak begitu jauh dan tak bebgitu dekat.

"Ka-kau siapa?"

"Awak tak ingat saya,Jeon Jungkook shi?"

Aku menggeleng laju.

"Awak tahu awak ada di mana sekarang?"

Aku menggeleng lagi. Suaranya...seperti aku pernah dengar.

"Kisah silam awak."

"Ap-apa?"

"Semua yang berada di taman sunyi ini adalah sebahagian daripada kisah silam awak. Cuba awak petik sekuntum bunga mawar putih tu."

Tanpa teragak agak aku memetik bunga mawar putih yang berdekatan denganku.

"Cuba awak cium baunya dan tutup mata untuk seketika. "

Aku turutkan sahaja lalu dibuat apa yang disuruh. Dicium bau bunga mawar itu lalu mata dipejam rapat.

************

"Yah Jebon! Jangan lah macam ni. Makan lah walaupun sikit ubat ni. Kang nanti awak makin sakit,kesian saya takde orang nak teman pergi shopping."

"Andwae! Ubat tu tak sedap! Kau makan lah kalau nak! Aku tak nak!"

"Ish makan je lah! Bukan nya mati pun makan ubat! Cepat makan sekarang!"

"Tak nak! Tak nak! Tak nak!"

"Makan! Makan! Makan! Kalau tak,saya kiss awak kang! Cepat makan!"

"Tak nak! Kiss laa—

Chup!

Sebuah ciuman hangat mendarat di pipi kanannya. Gadis itu tersenyum puas lalu terus menyumbat dua biji pil ke dalam mulut nya.

"Ap-apa—URGHH!!! OXIJEONNN!!! AK-AKU TERCEKIK !"

Dirampas air dari tangan gadis itu dan diteguk rakus. Usai minum dia memandang gadis itu dengan wajah yang masih terkejut.

"WOI KAU NAK MATI KE KATAK?! KAU SUMBAT MACAM TU JE UBAT DALAM MULUT AKU...Da-Dan...Ka-kau betul betul kiss?"

"Hump! Saya buat semua ni pun sebab sayangkan awak okey! Bye! Jangan lupa datang kedai bunga saya ambil tempahan awak tu!" Ucapnya sebelum pergi meninggalkan bilik jejaka itu.

Dia tersenyum sendirian disitu sambil memegang pipi kanannya.

*********

Terus aku membuka mataku dan melihat bunga mawar yang ku pegang ini. Me—memori apa tu? Kenapa aku dengan gadis tu nampak macam...mesra?

"Awak ingat tak siapa gadis tu?"

"...dia...suara dia familiar. Ta-tapi muka dia aku tak nampak jelas."

"Gwaenchana. Dia sentiasa ada disisi awak sekarang. Jangan risau."

"Huh? Maksud kau?" Aku memandang gadis bertopeng ini bingung.

"Awak akan tahu suatu hari nanti. Sekarang,kembali lah ke alam nyata."

Tiba tiba badannya mengeluarkan cahaya putih yang sangat terang sehinggakan aku langsung tak dapat melihat apa apa dek silauan nya yang terlalu terang.




+++++++++++++++

+ Double updt gais. Enjoy!

[C] Little Star Where stories live. Discover now