CERMIN 1

468 22 2
                                    

"krriiiingggg!!!...", kedengaran loceng elektrik berbunyi nyaring menandakan waktu persekolahan pada hari itu telah pun tamat. darrell masih tertidur lena di atas meja studynya. "adedeh... budak ni... orang dah nak balik dia masih tidur lagi atas meja dia...", edry menggeleng gelengkan kepalanya ketika dia melihat rakan sekelasnya itu masih berdengkur di atas mejanya. felix ketawa kecil di sebelahnya. "woiiiiii!!!!... bangunlah!!!!....", jerit edry di telinga rakannya itu. "opocot... mak kau terberak... mak kau terkencing....", darrell melatah sebaik saja dia di kejutkan dengan jeritan di telinganya. "hahahahaha....", edry dan felix ketawa sebaik saja mereka melihat rakan mereka yang satu itu melatah macam mak nenek pula. "korang ni kan memang teruklah... ada ke patut kejutkan orang dari tidur macam tu...", marah darrell dengan wajah yang masam mencuka. "itulah... lain kali awak jangan tidur dalam kelaslah... nasib baik kami kejutkan awak dari tidur tadi... kalau kami tidak kejutkan awak tadi sudah tentu awak akan tertidur sorang sorang di dalam kelas ni sampai pagi esok... hahaha...", tutur edry sambil ketawa. "yelah tu....", darrell bersuara sambil memuncungkan bibirnya. edry dan felix ketawa sebaik saja mereka melihat rakan mereka yang satu itu memuncungkan bibirnya macam itik. "lix... ada itik lah dalam kelas kita ni... quackk... quacckkk... quackkkk....", edry bersuara sambil mengajuk bunyi itik. felix semakin kuat ketawa sebaik saja dia terdengar perkataan edry itu. darrell bangun sambil mengangkat beg sekolahnya. kemudian dia bergegas pergi dari situ. edry dan felix terus melangkah di sebelah rakan mereka itu. "janganlah marah... itu pun marah ke?", soal edry sambil meletakkan tangannya di atas bahu rakannya darrell. darrell tidak bersuara. dia masih merasa bengang pada dua orang rakannya yang asyik mentertawakannya itu. "awak ni kan... sikit sikit marah... sikit sikit marah... tak coollah macam tu...", giliran felix pula bersuara di sebelah darrell.

"siapa tak rasa marah?... korang asyik mentertawakan saya saja...", getus darrell cukup bengang sekali. "alah... rilekslah geng.... tak baik marah marah tau... kita gurau saja... senyumlah sikit...", edry bersuara sambil mencuit pipi kiri rakannya itu. "ya... betul cakap edry tu... awak patut senyumlah kawan...", sampuk felix. mahu tidak mahu darrell tersenyum. itu pun senyuman yang di buat buat. sekali lagi edry dan felix ketawa di sebelah pemuda tersebut. "aku senyum pun korang ketawa...", getus darrell sedikit bengang. "habis tu... awak senyum macam badut sebab itulah kami ketawa... hahaha...", balas edry sambil ketawa. "kalau macam tu saya tak mahu senyumlah...", darrell kembali memuncungkan bibirnya macam bibir itik. edry memberi signal pada felix agar menggeletek pinggang rakan mereka yang satu itu. felix yang mengerti signal yang di berikan oleh pemuda melayu itu hanya menganggukkan kepalanya. mereka berdua terus menggeletek bahagian pinggang dan perut darrell sehingga pemuda itu ketawa kegelian. "hahahahahaha... gelilah.... hahahaha...", darrell ketawa sambil menggeliat kegelian. "hahahaha....", edry dan felix turut ketawa sebaik saja mereka melihat darrell menggeliat macam cacing kepanasan. tiba tiba, "apa yang korang ketawa ketawa tu?", tegur suatu suara. serentak dengan itu edry, darrell dan felix terus berhenti ketawa. kelihatan mr gary guru disiplin mereka berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. rupa rupanya mereka ketika itu berada di dekat pintu bilik guru. mereka terpaksa diam macam tikus yang takutkan kucing. "er... maafkan kami cikgu... kami tumpang lalu sekejap...", perlahan lahan mereka berlalu pergi dari situ.

sebaik saja mereka berada jauh sedikit dari kawasan bilik guru tersebut mereka pun kembali ketawa tak henti henti. mereka kini sudah melangkah meninggalkan kawasan sekolah yang mulai lengang itu. mereka berjalan kaki pulang ke rumah sambil bergurau senda. "hahaha... darrell menggeliat kegelian macam cacing...", edry bersuara sambil menyambung tawanya yang terhenti tadi. "tak... darrell menggeliat macam pondan... hahahaha...", sampuk felix sambil ketawa pula. "hish... korang ni kan asyik mentertawakan saya saja... tak bestlah kawan dengan korang ni...", darrell bersuara separuh geram. "mulalah dia marah lagi....", usik edry sambil ketawa. felix ketawa mengekek di sebelahnya. darrell mempercepatkan langkah kakinya. edry dan felix terpaksa mengekorinya dari belakang. "wei... kau marah lagi ke tu?... wei....", edry bersuara. "marah apa pula?... aku tak marahlah...", dalih darrell. "kalau tak marah apasal kau jalan laju sangat?", soal edry kehairanan. "saya nak balik cepatlah...", balas darrell dengan wajah yang serius. "kalau awak nak balik cepat kita ikut lorong belakang sebelah sana tu...", felix bersuara sambil menjuihkan bibirnya ke arah yang di maksudkannya. darrell terus berhenti melangkah. "lorong?... maksud awak lorong lama yang tidak di gunakan orang tu ke?", soal darrell ingin tahu. "ya...", balas felix sepatah. "boleh juga kita ikut lorong tu...", darrell menganggukkan kepalanya tanda setuju. "kalau macam tu baguslah kita ikut lorong tu...", tegas felix. "nanti dulu kawan... buat apa kita ikut lorong tu? bukankah lorong tu sudah lama di tutup?", soal edry separuh memprotes. "memanglah sudah lama di tutup tapi saya rasa macam nak 'explore' saja lorong tu hari ni...", tutur felix seraya tersenyum lebar. "tapi tak baiklah kalau kita jalan ikut lorong tu...", edry meluahkan pendapatnya. "apa?... awak takut ke?", soal darrell separuh mengusik. "bukan takut... cuma aku...", belum pun sempat edry menghabiskan perkataannya. "alah... cakap sajalah awak tu takut... pengecut...", perli darrell pula. "weh... aku bukan pengecutlah...", sanggah edry dengan nada suara yang serius. "habis tu kenapa awak tak mahu lalu ikut lorong tu?... awak tak berani, eh?", perli darrell. "saya beranilah...", balas edry. "kalau macam tu awak mesti ikut kami ke lorong tu....", tutur felix pula. "tapi...", belum pun sempat edry menghabiskan perkataannya felix segera menarik tangannya supaya mengekori mereka dari belakang. mahu tidak mahu edry terpaksa mengekori mereka berdua.

mereka kini tiba di lorong yang kecil itu. suasana di kiri kanan lorong tersebut begitu sepi sekali. kawasan hutan di tepi lorong itu kelihatan tenang tenang saja. seperti tidak ada binatang lain di situ. yang kelihatan cuma burung burung yang berkicauan riang. mereka melangkah sambil menyandang beg sekolah masing masing. "awak yakin sangat ke lorong ni selamat untuk di lalui?", soal edry sambil matanya leka memerhatikan keadaan di sekelilingnya. "jangan bimbang... ianya selamat lorh...", balas felix. ketika mereka sedang melangkah di lorong tersebut tiba tiba saja darrell ternampak sebuah rumah banglo lama yang terbiar di pinggir hutan itu. "wei... cuba korang tengok sana tu... ada rumah banglolah...", kata darrell sambil menjuihkan bibirnya ke arah yang di maksudkannya. "eh... betullah ada banglo kat sana tu...", felix bersuara sambil memandang ke arah rumah banglo yang di kelilingi semak samun itu. "saya dengar rumah tu berpuaka lorh...", tutur edry dengan wajah yang serius. "macamana awak tahu rumah tu berpuaka?", soal darrell dengan dahi yang berkerut. "ayah saya yang cakap macam tu... dia kata ada satu keluarga ni tinggal kat dalam rumah banglo tu sepuluh tahun yang lalu tiba tiba saja hilang dari dalam rumah tu... kata ayah saya mungkin mereka di makan oleh puaka dalam rumah tu...", kata edry. "ah.... saya tak percayalah dengan perkataan awak tu...", darrell bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "eh... saya cakap yang betullah... ayah saya cakap ramai orang telah hilang sebaik saja mereka masuk ke dalam rumah tu...", kata edry dengan pantas. "ya meyh?...", darrell memandang ke arah rumah yang terbiar itu. "iya...", balas edry sepatah. "eh... saya ada nampak seorang perempuan dari jendela bilik tingkat atas tu lah...", tiba tiba darrell bersuara dengan wajah yang serius. "mana dia?... mana dia?", soal felix ingin tahu. "tu sana... tu...", darrell menudingkan jari telunjuknya ke arah yang di maksudkannya. "eh... memang betullah ada perempuan kat bilik tu... apa kata kalau kita pergi ke banglo tu...", cadang felix pula. "thats a bad idea my friend... tak payahlah korang pergi ke sana...", larang edry tapi kawan kawannya tidak mendengar larangannya. malah mereka terus saja mengorak langkah menuju ke banglo yang terbiar itu. "hey... tak payahlah korang pergi ke sana lorh...", sekali lagi edry melarang rakan rakannya tapi mereka tidak mendengar perkataannya. malah mereka masih juga pergi ke arah banglo tersebut. edry lihat kawan kawannya memanjat pagar banglo tersebut tanpa menghiraukan larangannya. "haish... memang dasar keras kepalalah diorang ni... langsung tak nak dengar nasihat orang... damn it...", gerutu edry cukup marah. ingin saja dia pergi dari situ tapi bila dia memikirkan keselamatan kawan kawannya dia pun tidak jadi pergi dari situ. dia terpaksa mengorak langkah menuju ke rumah banglo yang di katakan berpuaka itu.

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now