CERMIN 19

30 4 0
                                    

"kenapa aku di ikat di atas katil ni?", soal leona ketakutan. dia menggerak gerakkan kedua pergelangan tangannya yang terikat dengan rantai besi itu. "sebab aku nak menikmati tubuh kau yang gebu ni...", tutur dewa cermin sambil tersenyum jahat. "oh... jangan mengapa apakan aku... aku merayu pada kau... tolonglah...", rayu leona. "owhh... janganlah takut... aku tak akan berkasar dengan kau... aku akan lakukannya dengan lembut...", balas dewa cermin lagi. perlahan lahan dia mendekatkan wajahnya ke wajah leona. "you know what? you are the most beautiful creature i ever seen... aku nak kau akan jadi milikku malam ni....", tutur dewa cermin separuh berbisik. "tidak... aku tak akan jadi milik kau... aku benci kau... makhluk sialan... puihhh!....", leona meludah tepat ke atas wajah dewa cermin. air liurnya jatuh tepat di atas hidung dewa cermin. perlahan lahan dewa cermin mengelap air liur gadis itu dengan kain perca miliknya. "celaka betul kau ni kan... aku cakap baik baik dengan kau tapi kau ludah muka aku pula... tapi tak apa... aku maafkan kau... asalkan kau sanggup menjadi teman tidurku malam ini...", kata dewa cermin seraya tersenyum lebar. dia mendekati leona yang terikat di atas katil itu. "gulp...", leona hanya mampu menelan air liurnya. tubuhnya menggeletar ketakutan...

sementara itu kelihatan edry sedang melangkah masuk ke dalam istana dengan menyamar menjadi salah satu daripada ahli tentera di situ. ketika dia berjalan menuju ke balairung seri dalam istana itu tiba tiba pergelangan tangan kirinya di genggam erat oleh seseorang dari belakang. "hei... kau ahli tentera yang datang dari mana ar?... kau tak ada sayap pun...", tegur salah seorang ahli tentera pari pari yang ada di situ. "oh... sayap aku sudah patah ketika aku berumur 5 tahun...", dalih edry pula. "boleh percaya ke cakap kau ni?... kau macam bukan ahli tentera kat sini lorh...", tutur ahli tentera itu lagi macam tidak percaya akan perkataannya. "oh... aku memang ahli tentera kat sinilah...", balas edry cepat cepat. belum pun sempat ahli tentera tersebut bersuara tiba tiba saja, "lepaskan dia... dia memang ahli tentera di istana ini... sayapnya tidak ada sebab sayapnya sudah patah ketika dia terjatuh dari gaung beberapa tahun yang lalu... anyway, dia ialah salah satu pengawal penjara di bawah tanah....", kata suatu suara. cepat cepat edry mengalihkan perhatiannya ke arah datangnya suara itu. kelihatan atuk nara lengkap berpakaian ahli tentera datang ke situ. edry tersenyum gembira apabila dia melihat atuk nara menyamar jadi seorang ahli tentera di situ demi menyelamatkan dirinya yang hampir saja 'tertangkap' oleh ahli tentera itu.

"oh... begitu...", perlahan lahan ahli tentera itu melepaskan genggaman tangannya dari pergelangan tangan edry. ahli tentera itu meninggalkan mereka di situ. atuk nara segera menghampiri edry. "oh nasib baik atuk datang... kalau tidak...", belum pun sempat edry menghabiskan perkataannya atuk nara segera membisikkan sesuatu di telinganya. "no time for that... sekarang atuk nak kau pergi selamatkan kawan kawan kau yang di tahan di dalam penjara bawah tanah istana ni... atuk dapat rasakan yang mereka di tahan di dalam penjara bawah tanah tu...", edry memandang wajah atuk nara. "tapi aku tak tahu di mana penjara bawah tanah tu...", bisik edry. "kau gunakan tongkat atuk ni... tongkat sakti atuk ni akan menunjukkan jalan ke arah penjara bawah tanah. jika ada yang cuba menghalang kau gunakan tongkat sakti atuk ni... ianya akan dapat membantu kau kelak...", bisik atuk nara perlahan lahan. "tapi macamana dengan leona pula? dia pun harus di selamatkan...", tutur edry dengan dahi yang berkerut. "kau jangan bimbang tentang leona... tahulah atuk mencarinya... kau pergi selamatkan kawan kawan kau tu sekarang juga...", kata atuk nara dengan wajah yang serius. "baiklah...", edry pun segera beredar dari situ. bagaikan tahu apa yang di fikirkan oleh edry tongkat yang di pegangnya terus saja menunjukkan arah ke mana yang harus dia tempuhi.

tidak lama kemudian dia sampai di pintu masuk ke penjara bawah tanah. kelihatan dua orang pengawal sedang duduk di tepi pintu masuk ke penjara bawah tanah sambil bermain terup. "hey... kawan boleh tak kalau aku join sekaki dengan korang?... aku pun nak main daun terup...", edry bersuara sambil menghampiri mereka yang sedang duduk di atas kerusi masing masing. "wei... kau siapa ar?... kami tak pernah pun nampak kau sebelum ni... mana perginya sayap kau?... kau pari pari ke atau manusia biasa?", soal salah seorang ahli tentera yang ada di situ. edry tersenyum lebar. "aku tentera seperti korang jugalah tapi bezanya sayap aku sudah patah semasa aku masih kecik lagi...", dalih edry pula. "oh yakah?...", perlahan lahan ahli tentera tersebut berdiri sambil memerhatikan edry dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. "aku macam tak percayalah yang kau ni tentera pari pari seperti kami... jangan jangan...", belum pun sempat lelaki tentera itu bersuara tiba tiba tongkat di tangan edry bergerak lalu ianya memukul kepala lelaki tersebut dengan kuat sekali. lelaki pari pari itu jatuh tersungkur di atas lantai. dia tidak sedarkan diri lagi. "eh... apa yang kau buat pada kawan aku ni?... kau...", belum pun lelaki tentera yang seorang itu menghabiskan perkataannya tongkat di tangan edry terus bergerak sendiri lalu memukul kepala lelaki tersebut. sekali pukul saja terus jatuh terbaring lelaki itu di buatnya. edry lihat lelaki tersebut langsung tidak bergerak selepas itu. dia cepat cepat mengambil segugus anak kunci dari pinggang lelaki tersebut. dia segera membuka pintu menuju ke penjara bawah tanah itu. dia berlari masuk ke bawah tanah. dia lihat begitu banyak pintu penjara bawah tanah tersebut. kelihatan beberapa manusia sedang berdiri dalam setiap penjara yang ada di situ. "felix!!!... darrell!!!... korang di mana sekarang?", soal edry sambil berjalan di ruang koridor yang agak kelam itu. "oh... edry ke tu???!... kami kat sini!... kami kat sini!...", kedengaran suara felix dan darrell bergema dari salah satu penjara yang ada di situ. edry cuba mengecam dari mana datangnya suara itu. tiba tiba tongkat di tangannya menunjuk ke arah salah satu pintu penjara yang ada di situ.

kelihatan kawan kawannya felix dan darrell sedang berdiri di dekat pintu besi penjara tersebut sambil melambaikan tangan mereka. cepat cepat edry pergi membuka pintu bilik penjara itu. sebaik saja pintu penjara tersebut terbuka luas felix dan darrell terus saja memeluk edry. "oh... syukurlah... kau datang untuk selamatkan kami... kami sangka kami akan mati dalam penjara ni tapi tak sangka pula kau datang selamatkan kami...", ucap felix dalam nada suara yang lega sekali. "yeah... kami gembira kau datang selamatkan kami...", ucap darrell pula. mereka memeluk edry erat erat. "er... you guys, aku susah nak bernafas ni...", kata edry dalam kepayahan. maklumlah dia di peluk erat erat oleh dua orang rakannya sampai nak bernafas pun susah. "oh... sorry... kami terlalu excited tadi... tu yang peluk kau erat erat tu...", kata felix serba salah. dia meleraikan pelukannya. begitu juga darrell. "its okay... sekarang mari kita tinggalkan tempat ini...", ucap edry perlahan lahan. "nanti dulu... macamana dengan nasib para tahanan yang lain tu?... mereka manusia yang terperangkap di alam ini... mereka pun perlu di selamatkan...", kata darrell pula. "kalau macam tu mari kita bebaskan mereka. kemudian kita tinggalkan tempat ini...", kata edry dengan pantas. "baiklah...", balas felix dan darrell sepatah. mereka segera membebaskan para tahanan yang lain. kemudian mereka bersama sama meninggalkan tempat itu.

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now