CERMIN 6

61 6 0
                                    

edry masih tertidur lena ketika bahunya di goncang orang secara perlahan lahan. "hmmmm.... jangan ganggu sayalah... saya nak tidur ni...", gerutu edry separuh mamai. dia masih menutup matanya biar pun bahunya di goncang orang secara perlahan lahan. belum pun sampai dua tiga minit dia berdengkur di situ tiba tiba, "busshhhhh!!!!....", kedengaran sebaldi air di simbah tepat di atas wajahnya. "oooohhhhh....", edry terus terjaga dan terbangun di atas katilnya sebaik saja wajahnya basah kuyup terkena simbahan air sejuk di waktu pagi. kelihatan atuk nara berdiri di depan matanya dengan wajah yang serius sekali. edry pun segera melompat keluar dari atas katilnya. dia berdiri di hadapan wajah lelaki tua itu dengan perasaan yang serbasalah. "eh... atuk nara... awalnya atuk datang ke sini....er, sorrylah saya terlalu nyenyak tidur tadi sehinggakan saya tak sedar yang...", belum pun sempat edry menghabiskan perkataannya atuk nara segera membentaknya. "edry... jikalau awak nak jadi anak murid saya, awak kena bangun awal di waktu pagi bukannya tidur mati macam mayat!....", bentak atuk nara dengan tegas sekali. "oh... ba... baiklah tuk... lain kali saya berjanji akan bangun awal di waktu pagi... by the way saya minta maaf pada atuk... saya harap atuk akan memaafkan kesalahan saya ni...", edry bersuara sambil menundukkan kepalanya. dia tidak berani menatap wajah lelaki pari pari yang sedang marah itu. "baiklah saya akan memaafkan kesalahan awak kali ni tapi ingat, lain kali jangan lambat bangun pagi... kalau lambat nahas awak saya kerjakan...", tekan atuk nara dengan wajah yang serius sekali. "baiklah tuk...", edry segera menganggukkan kepalanya. "mari kita pergi sarapan di dapur...", ajak atuk nara. tanpa banyak soal edry pun mengekorinya dari belakang.

sampai di ruang dapur kelihatan leona sedang sibuk menggoreng telur dadar untuk mereka bertiga. edry terkejut bila dia lihat saiz telur yang pecah itu begitu besar sekali. dia meneliti kulit telur yang pecah itu. "er... sebenarnya awak goreng telur apa ar?... besar juga saiz telur ni...", soal edry kehairanan. "oh... ini telur burung garuda....", jawap leona sambil tersenyum. "apa?... telur burung garuda?... eh... di sini ada burung garuda juga ke?", soal edry cukup terkejut. "ya... kenapa awak terkejut?... awak belum pernah nampak burung garuda ke sebelum ni?", soal leona. "ya... inilah first time saya dengar ada burung garuda di alam ini...", tutur edry perlahan lahan. tiba tiba, "ehemmmm....", kedengaran deheman panjang bergema di belakang mereka. edry tahu atuk nara marah sebab dia berbual sambil berdiri dekat dekat dengan cucunya. cepat cepat edry menjarakkan dirinya dari gadis pari pari itu. "duduk...", perintah atuk nara. perlahan lahan edry duduk di sebelah lelaki tersebut. leona pun menghidangkan telur dadar burung garuda itu di atas meja makan. pada mulanya edry tidak berani makan telur dadar burung garuda tersebut tapi bila dia lihat atuk nara dan leona makan telur itu dengan berselera sekali dia pun mencuba menelam sedikit makanan tersebut. edry rasa telur itu enak sekali. dia pun mula memakannya dengan penuh berselera. rasanya enak mengalahkan telur ayam yang biasa di makan di rumahnya sendiri. atuk nara bangun untuk mengambil garfu di dalam rak sudu. leona pantas memgerling ke arah edry. "so macamana? sedap tak?", bisik leona. "ya... sangat sedap...", balas edry separuh berbisik. mereka berbalas senyuman tapi senyuman mereka hilang bila atuk nara duduk semula di dekat meja makan itu. mereka mula menikmati sarapan pagi itu bersama sama.

setelah siap bersarapan pagi edry menghampiri atuk nara. "erm... macamana sekarang? apa latihan pertama yang akan saya pelajari dari atuk?", soal edry ingin tahu. dia berdiri di hadapan wajah lelaki tua itu. "okay, for the first lesson atuk nak awak lapkan cermin dalam bangsal di belakang rumah atuk ni dengan menggunakan sebelah tangan dulu. caranya macam ni...", atuk nara mengambil sehelai tuala kecil lalu dia menggosokkan cermin tingkap rumahnya dengan menggunakan tangan kanannya. dia menggilap cermin itu dari bawah ke atas. kemudian dia gunakan tangan kirinya pula untuk menggilap cermin itu dengan tuala di tangan. "awak kena gilap cermin ni dari bawah ke atas. satu kali gilap saja mesti tukar tangan. contohnya tadi awak gunakan tangan kanan kan sekarang giliran tangan kiri pula yang menggilap cermin ni secara silih berganti... awak tak boleh gilap cermin ni sesuka hati awak... awak mesti gunakan cara yang saya tunjukkan pada awak tadi... faham?", soal atuk nara dengan wajah yang serius. "faham...", balas edry sepatah. atuk nara pun menyerahkannya tuala dan sebaldi air. perlahan lahan dia pergi ke bangsal belakang rumah atuk nara. dia terkejut bila dia lihat bangsal itu di kelilingi tingkap cermin yang agak kotor. "awak boleh mulakan kerja awak dengan menggilap semua cermin bangsal ni sehingga bersih... jikalau masih berdebu dan kotor saya akan denda awak menggilap cermin ni sampai tengah malam nanti...", perintah atuk nara dengan tegas. "oh baiklah...", mahu tidak mahu edry terpaksa melakukan tugasnya dengan perlahan lahan. "buat kerja tu dengan bersungguh sungguh... bukan buat kerja sambil lewa!...", tegur atuk nara dari belakangnya. "yelah.... yelah...", balas edry dengan pantas. dia mula menggilap cermin itu dengan di perhatikan oleh atuk nara. jika ada cermin yang tidak sempat di gilapnya atuk nara segera mengetuk belakang bahunya dengan tongkat di tangan. "awak tak gilap cermin sebelah sini...", tegur atuk nara. mahu tidak mahu edry terpaksa menggilap cermin itu. "tangan tu mesti kuat dan pantas menggilap cermin tu...", sekali lagi atuk nara menegurnya. edry terpaksa menggilap cermin tersebut dengan hati yang sebal. apabila atuk nara meninggalkannya di situ dia terus duduk di atas kerusi untuk melepaskan lelah tapi bila atuk nara masuk ke dalam bangsal itu dia terus bangun dan mula menggilap cermin yang ada di situ.

apabila menjelang petang barulah dia selesai menggilap semua cermin itu. atuk nara mula memeriksa setiap permukaan cermin di situ. "hm... very good... semuanya sudah bersih... sekarang awak boleh pergi berehat....", akhirnya atuk nara membenarkan dia berehat. edry terduduk di atas kerusi dalam keadaan yang keletihan. maklumlah dari pagi tadi dia bekerja menggilap cermin tanpa henti. dalam diam dia rasa macam kuli batak pula. namun dia cuba untuk tidak bersuara biar pun dia rasa bengang semacam. "besok pagi awak kena bangun awal... kalau tidak awak akan di denda.... ingat tu...", atuk nara memperingatkannya. "ya... saya akan ingat tentang tu....", balas edry lemah. sebaik saja atuk nara beredar dari situ muncul pula leona di bangsal yang sunyi sepi itu. dia menghampiri pemuda yang keletihan di atas kerusi tersebut. "so macamana?... awak dapat mengikuti latihan hari ni dengan baik tak?", soal leona ingin tahu. "latihan apanyer?.... atuk awak suruh saya menggilap semua cermin dalam bangsal ni seharian.... tak ada pun dia mengajar saya ilmu kebatinan tu...", tutur edry separuh bengang. "awak kena bersabar... lambat laun atuk akan mengajar awak ilmu kebatinan tu kelak...", leona bersuara perlahan lahan. "yeah... whatever...", balas edry. belum pun sempat leona bersuara tiba tiba, "leona... awak di mana?", kedengaran suatu suara memanggilnya. "oh... saya di sini tuk...", balas leona dengan pantas. "awak buat apa lagi kat dalam bangsal tu? mari tolong atuk kat dalam dapur ni...", kedengaran atuk nara memanggil cucunya. "okay, i'm coming...", balas leona lalu beredar dari situ. tinggallah edry seorang diri di situ.

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now