CERMIN 15

47 4 0
                                    

pahlawan moriba pantas terbang sambil mengangkat pedangnya tinggi tinggi ke udara. dia terbang meluncur menjunam ke arah edry yang sedang berdiri tidak jauh dari situ. dia ingin menusuk kepala edry dengan pedangnya tapi ianya tidak mengenai sasaran. edry pantas terbang ke udara dengan menggunakan awan terbangnya. sempat lagi dia melibaskan pedangnya ke arah pahlawan moriba. libasannya mengenai sasaran. sayap pahlawan moriba terkena mata pedangnya. "aarrgghhhh...", jerit pahlawan moriba kesakitan. dia jatuh ke bawah bagaikan seekor burung yang kepatahan sayap tapi nasibnya agak baik sedikit sebab dia terjatuh di atas sebuah tanah datar yang bergerak perlahan di bawahnya. dalam kepayahan dan kesakitan, pahlawan moriba berseru memanggil awan terbangnya. kelihatan segumpal awan putih turun menghampirinya. dengan sisa kudrat yang masih ada dalam dirinya dia pun segera naik di atas awan terbang tersebut. dia kini sedang berdiri di atas awan itu. perlahan lahan dia merenung wajah edry dan atuk nara silih berganti. "i'll be back...", begitu katanya. kemudian dia terus terbang bersama awan terbangnya menuju ke arah barat. edry ingin mengejarnya tapi dia di halang oleh atuk nara. "biarkan dia pergi...", kata atuk nara perlahan lahan. mahu tidak mahu edry pun terpaksa membiarkan lelaki pari pari jahat itu beredar dari situ

"mari kita pulang...", ajak atuk nara padanya. tanpa banyak soal edry mengikut saja ajakan lelaki tua tersebut. dia terbang bersama atuk nara menuju ke pondoknya yang terletak di atas langit itu. kedatangan mereka di sambut oleh leona. sebaik saja atuk nara masuk ke dalam pondok itu untuk berehat leona dan edry mula berbual bual. itu pun dalam nada suara yang perlahan sedikit. "wah... kau sudah begitu pandai terbang menggunakan awan terbang, eh?", tegur leona sambil tersenyum. "yeah... atuk kau yang ajar... pada mulanya aku tak pandai menggunakannya tapi last last aku pandai juga menggunakannya...", balas edry sambil tersengih macam kerang busuk. "oh... baguslah kalau kau sudah pandai sekarang... sekurang kurangnya kau mengawal awan tu dengan menggunakan kuasa minda kau sendiri... so macamana ujian terakhir hari ni? kau sudah berjaya melepasi ujian terakhir tu tak?", soal leona ingin tahu. "yeah... aku merasa gembira sekali sebab akhirnya aku berjaya melepasi ujian terakhir tu... anyway, masa kami balik tadi ada seorang pahlawan pari pari ni namanya pahlawan moriba. dia datang menyerang kami tapi aku menentang dia habis habisan. sayap kirinya terluka kerana terkena pedangku tadi. dia kata dia akan kembali... selepas itu dia terbang dengan awan terbang miliknya menuju ke arah barat...", cerita edry panjang lebar.

"oh tidak!... pahlawan moriba!?... buat pengetahuan kau, dia tu pahlawan kesayangan dewa cermin tau... dia pasti akan datang bersama bala tentera lain untuk menangkap kau...", kata leona cukup terkejut. "huh... aku tak takut lorh... dia bawa berpuluh bala tentera pun aku tak gentar...", balas edry pula. "hish... kau ni... berani cakap besar pula... wei... bala tentera dewa cermin tu semuanya pandai menggunakan senjata tau... kalau mereka datang menangkap kau sudah tentu kau tak cukup tangan hendak menentang mereka semua tu...", tekan leona dengan pantas. "aku ada otak so pandai pandailah aku menentang mereka tu semua...", balas edry sambil menunjukkan bahagian kepalanya. "yelah tu... macamlah...", belum pun sempat leona menghabiskan perkataannya tiba tiba atuk nara muncul di dekat mereka. terus leona tidak jadi bersuara lagi. "apa lagi yang korang bualkan ni?... leona cepat siapkan minuman petang untuk kita...", tutur atuk nara pada cucunya. "baiklah tuk...", ceapt cepat leona beredar masuk ke dalam pondok kecil itu. perlahan lahan atuk nara membawa edry ke luar pondok kecil tersebut. mereka duduk di bawah sebatang pokok sena yang tumbuh merendang di situ. "atuk nak berikan awak sesuatu...", tutur atuk nara perlahan lahan. dia menunjukkan satu pedang yang sangat cantik reka bentuknya. "pedang ni ialah pedang milik atuk.... sebenarnya pedang ni adalah milik nenek moyang kami. ianya di serahkan kepada anak cucu keturunan kami. sebenarnya pedang ini adalah milik anak lelaki atuk tapi memandangkan anak lelaki atuk telah pun kecundang ketika dia menentang dewa cermin beberapa tahun yang lalu jadi pedang ni sudah tidak ada lagi pemiliknya... so atuk pun menghadiahkan pedang ini pada kau....", tutur atuk nara pada edry. dia menyerahkan pedang tersebut pada pemuda itu

"apa?... atuk menghadiahkan aku pedang ni ke?", soal edry cukup terkejut. dia memegang pedang yang di saluti sarung pedang yang cantik sekali. "yalah... pedang ni hanya untuk kau seorang saja...", balas atuk nara sambil tersenyum lebar. edry merasa sungguh gembira sebab dia mendapat hadiah istimewa seperti itu. dia pun menarik pedang tersebut dari sarungnya. kelihatan mata pedang cantik bersinar di bawah sinaran mentari di waktu senjakala itu. edry mula berlatih menggunakan pedang itu sambil di perhatikan oleh atuk nara. atuk nara tersenyum lebar di saat dia melihat edry mula berlatih menggunakan pedang tersebut. nampak gayanya edry begitu menyukai hadiah pemberiannya. leona muncul di situ lalu di letakkannya dulang berisi sebiji teko air milo beserta sepiring kuih popia dan tiga biji cawan di atasnya. dia tersenyum lebar ketika dia melihat edry berlatih menggunakan pedang itu. "atuk hadiahkan edry pedang papa tu ke?", soal leona ingin tahu. "ya... lebih baik pedang itu di milikinya daripada pedang itu tergantung saja di dinding macam tu...", balas atuk nara perlahan lahan. bila leona melihat pedang yang di gunakan oleh edry itu dia terkenangkan arwah papanya. papanya ialah seorang yang mahir menggunakan pedang. dia boleh menentang musuh dengan hanya menggunakan pedang itu tapi malang bagi papanya bila dia tidak berjaya menumpaskan dewa cermin. maklumlah dewa cermin adalah makhluk yang kebal terhadap senjata. jadi papanya kecundang di tangan dewa cermin yang tidak berguna itu. bila dia teringatkan semuanya itu dia merasa sakit hati dan dendam pada dewa cermin. kalau bukan kerana makhluk tersebut sudah pasti papanya masih hidup sehingga ke hari ini. dalam diam dia berharap sangat semoga edry dapat menumpaskan dewa cermin yang tak guna itu. jikalau sekiranya dewa cermin dapat di tumpas sudah pasti dia akan bersorak keriangan. dia berharap sangat semoga impiannya itu tercapai di suatu hari nanti. perlahan lahan dia duduk di sebelah atuk nara sambil matanya leka memerhatikan edry. dalam diam dia mengakui yang edry mempunyai kemahiran menggunakan pedang sama seperti arwah papanya. ini membuatkan dia merasa sungguh teruja dan dia merasa tidak sabar lagi hendak melihat saat saat di mana dewa cermin akan di tumpaskan oleh pemuda tersebut.

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now