CERMIN 2

155 12 0
                                    

sampai saja di depan pintu pagar yang tinggi itu edry terpaksa melemparkan beg sekolahnya di tepi pagar, kemudian dia memanjat pintu pagar itu dengan berhati hati. sebaik saja dia berada di dalam kawasan rumah banglo tersebut dia pun terus melompat ke tanah. perlahan lahan dia bingkas bangun dan mengorak langkah menuju ke arah banglo yang terbiar itu. dia lihat darrell dan felix sudah masuk ke dalam rumah tersebut melalui jendela yang pecah itu. dia terpaksa masuk ke dalam banglo tersebut dengan memanjat melalui jendela itu. sebaik saja kakinya mencecah di atas lantai rumah tersebut matanya mula meliar mencari bayang kelibat dua orang kawannya. "darrell!... felix!... korang di mana?", laung edry ingin tahu. laungannya tidak di balas. dia mula merasa tak sedap hati. dia terpaksa mencari kedua orang rakannya dengan berjalan perlahan lahan di dalam ruangan yang kusam dan kelam itu. suasana di dalam rumah tersebut agak kotor dan berdebu. di sana sini ada sarang labah labah menempel di atas dinding. itu tandanya rumah tersebut sudah lama di tinggalkan orang. ada juga kerusi dan meja kat situ tapi ianya sudah patah dan rosak. edry terpaksa melangkah sambil tangannya cuba membuang sarang labah labah yang menghalanginya. "darrell!.... felix!.... korang di mana?", sekali lagi edry bersuara memanggil nama rakan rakannya itu. "kami di sini... kat tingkat atas...", kedengaran suatu suara bergema dari tingkat atas. edry mendongakkan kepalanya ke tingkat atas. dia lihat ada bayang kelibat darrell dan felix di situ. cepat cepat dia melangkah menuju ke tingkat atas melalui anak tangga yang terletak tidak jauh dari situ. sampai saja di tingkat atas langkah kaki edry terhenti. dia lihat darrell dan felix berdiri di hadapan sebuah cermin dinding yang besar dan cantik bingkainya. "cantik kan bingkai cermin ni...", felix bersuara sambil matanya terpaku ke arah cermin besar itu.

"yalah... cermin ni sangat cantik...", balas darrell di sebelahnya pula. "hey... tadi korang kata ada perempuan kat tingkat atas ni, kan... jadi ke mana perginya perempuan tu?", soal edry dengan dahi yang berkerut. "entahlah... sudah puas kami mencarinya tapi dia tak ada pun kat tingkat atas ni... tiada siapa yang tinggal dalam rumah ni... kami hanya menjumpai cermin dinding ni saja...", balas darrell dengan jujur. "eh... pelik betul kan... mana perginya perempuan tu pula?", soal felix dengan dahi yang berkerut. "oh... mungkin korang salah lihat kot... sudahlah tu, jom kita balik....", ajak edry. dia menarik tangan darrell dan felix supaya tinggalkan tempat tu tapi rakan rakannya masih juga tidak mahu berganjak dari situ. "nanti dulu ed.... saya rasa macam tertarik pula dengan cermin ni...", darrell kembali menumpukan perhatiannya ke arah cermin di dinding. "apa pula yang awak membuatkan merasa awak tertarik pada cermin tu?.... itu cuma cermin biasa saja lorh... tak perlulah di fikirkan sangat. jomlah kita balik...", sekali lagi edry bersuara tapi dua orang rakannya masih berdiri di situ. "haish... kenapa korang tercegat kat situ lagi?... marilah kita balik ke rumah....", ajak edry separuh jengkel. darrell dan felix tidak menghiraukan perkataannya. malah mereka mendekati cermin besar itu sambil merenung tepat ke arah cermin tersebut. "wei....korang belum pernah nampak cermin dinding ke sebelum ni?", soal edry cukup jengkel sekali

"pernah... tapi cermin yang satu ni agak unik juga lorh.... cuba awak tengok bingkai cermin ni... ianya di perbuat daripada kayu jati dan di ukir dengan cantik sekali....", komen darrell seraya menyentuh ukiran di atas bingkai cermin besar itu. "betul cakap darrell tu... cermin ni sangat unik. ukirannya saja sudah cukup membuatkan orang terpesona... ini adalah hasil seni yang sangat istimewa tau...", felix bersuara seraya menyentuh ukiran di atas bingkai cermin itu. "itu ukiran biasa saja lorh... cepatlah, kita balik ke rumah...", gesa edry lagi. sebenarnya dia merasa tidak selesa apabila dia berada di dalam rumah yang di ceritakan oleh ayahnya berpuaka itu. dia takut apabila dia teringatkan cerita ayahnya bahawa ramai orang telah hilang sebaik saja mereka masuk ke dalam rumah berpuaka itu. "hey guys, check this out....", darrell bersuara dengan pantas. felix dan edry terus memandang ke arah rakan mereka itu. darrell meletakkan telapak tangannya di atas permukaan cermin tersebut. tiba tiba saja tangannya tembus ke dalam cermin itu. "woah!!!!....", darrell segera menarik tangannya. "korang nampak tak tadi?... tangan saya boleh tembus ke dalam cermin ni...", darrell bersuara dengan penuh rasa terkejut dan takjub. "biar saya pula yang cuba...", kini giliran felix pula yang meletakkan telapak tangannya di atas permukaan cermin itu. mereka merasa semakin terkejut tatkala tangan felix terus tembus ke dalam cermin itu. felix terus menarik tangannya keluar dari dalam cermin tersebut. "man... this is weird...", felix bersuara perlahan lahan.

sekali lagi darrell dan felix meletakkan telapak tangan mereka ke dalam cermin itu. sekali lagi tangan mereka tembus ke dalam cermin itu. "ed.... awak harus mencubanya... this is so cool...", darrell bersuara sambil menggerak gerakkan tangannya di dalam cermin itu. "check this out...", felix bersuara seraya meletakkan kaki kirinya di atas permukaan cermin. kaki kirinya pun terus tembus di dalam cermin. edry hanya terpinga pinga di saat dia melihat semuanya itu. dia macam tidak percaya dengan apa yang di lihatnya saat itu. pada saat mereka sedang bermain main di depan cermin tersebut tiba tiba ada sesuatu yang menarik tangan mereka sehingga tubuh mereka hampir saja masuk ke dalam cermin besar itu. "oh... tolong kami, ed.... ada sesuatu yang menarik tangan kami ke dalam cermin ni.... tolong kami....", darrell bersuara dengan cemas sekali. tubuhnya sudah separuh masuk ke dalam cermin itu. begitu juga dengan felix. cepat cepat edry cuba menarik kedua belah tangan rakan rakannya tapi tangannya licin kerana basah dengan peluh. akibatnya kedua orang rakannya terus saja masuk ke dalam cermin puaka itu. "oh tidak!.... darrell!.... felix!....", edry menjerit dengan cemas sekali. edry mula melangkah sambil mundar mandir di hadapan cermin puaka itu. "what i should do now?.... think faster edry...", dia bersuara pada dirinya sendiri. otaknya ligat berfikir apakah yang harus dia lakukan saat itu. jikalau dia melaporkan kejadian itu pada pihak polis yang dua orang rakannya hilang di dalam cermin tersebut sudah pasti tidak ada orang akan mempercayai perkataannya. mereka pasti akan mentertawakannya. edry terpaksa membatalkan niatnya untuk melaporkan kejadian tersebut di balai polis. dia kembali merenung cermin puaka di depan matanya itu. kawan kawannya sudah hilang di dalam cermin tersebut dan dia harus menyelamatkan mereka. edry terpaksa mengambil keputusan untuk menyelamatkan kawan kawannya dengan masuk ke dalam cermin itu. hanya itu saja cara yang terbaik fikirnya...

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now