CERMIN 18

26 5 0
                                    

sampai di rumah, atuk nara terus saja menyuruh edry berehat di dalam bilik tidurnya. tanpa banyak soal edry pun masuk ke dalam bilik tidurnya. baru saja dia melelapkan matanya dia terdengar bunyi bising di luar rumah mereka. "atuk tolong!!!!....", kedengaran jeritan leona bergema dengan nyaringnya. edry  pun cepat cepat bangun dari atas katilnya. dia bergegas keluar biliknya. kelihatan atuk nara sedang bergelut dengan seorang lelaki pari pari tentera di ruang tamu rumah tersebut. leona pula sedang bergelut dengan seorang lelaki pari pari tentera yang lain. baru saja edry hendak datang menolong, tiba tiba salah seorang lelaki pari pari tentera di situ mennusuk bahu kiri atuk nara dengan pisau di tangannya. perlahan lahan atuk nara rebah di atas tanah. "atukk!!!!...", jerit edry cukup terkejut. dia pun terus berlari menuju ke arah lelaki tua tersebut. Pada waku itulah dua orang ahli tentera pari pari tersebut melarikan diri dengan membawa leona bersama mereka. "atuk... atuk tak apa apa ke?", soal edry cukup cemas sekali. dia lihat darah merah mengalir perlahan membasahi bahu kiri lelaki tua tersebut. "atuk tak apa apa edry... cuma luka kecil saja ni... kau pergilah selamatkan leona... mungkin mereka dah bawa leona ke istana dewa cermin...", tutur atuk nara perlahan lahan. dia bersandar di dinding sambil cuba membalut luka di bahu kirinya dengan kain tuala yang ada di situ.

"tapi tuk saya tak tahu pun di mana istana dewa cermin tu berada....", balas edry. "macam ini sajalah... biar atuk yang hantar kau ke sana... atuk tak nak kau tersesat pula...", atuk nara segera menahannya. dia pun bangun dari atas lantai secara perlahan lahan. "atuk masih kuat ke?", soal edry ingin tahu. "ya... atuk masih kuat lagi... mari atuk hantarkan kau ke istana dewa cermin tu...", balas atuk nara perlahan lahan. bahunya tidak berdarah lagi sebab dia sudah balutkannya dengan kain tuala. tidak lama kemudian mereka pun berangkat bersama sama. atuk nara terbang dengan sayapnya. manakala edry pula terbang dengan awan terbangnya. setelah bebeberapa minit dalam perjalanan akhirnya mereka pun sampai di tempat yang di tuju. dari jauh lagi mereka dapat melihat beberapa ahli tentera dewa cermin sedang berjaga di dekat tembok istana raja yang kelihatan agak kelam dan menyeramkan itu. ianya bagaikan istana count dracula yang biasa di lihat dalam cerita drakula di TV pula. "biar atuk yang menarik perhatian mereka dulu. bila mereka mengejar atuk, kau terus masuk ke dalam istana ya...", bisik atuk nara setelah mereka hampir dekat dengan istana lama itu. "baiklah...", balas edry sepatah.

atuk nara pun terus terbang menuju ke depan pintu gerbang istana itu. manakala edry pula bersembunyi di sebalik semak samun yang tumbuh di sekeliling istana lama tersebut. atuk nara pantas menembak salah seorang ahli tentera di situ dengan menggunakan busur dan anak panahnya. ahli tentera tadi terus jatuh tertiarap di atas tanah. ahli tentera lain segera berlari ke tempat kejadian. "hei... orang tua... kenapa kau tembak kawan kami hah?", soal salah seorang ahli tentera yang ada di situ. "sebab aku benci dengan ahli tentera macam korang... korang ahli tentera yang tidak berguna... sial... keparat nak mampus!!... ", bentak atuk nara dengan beraninya. "hei... orang tua, berani beraninya kau datang menyerang kami di sini... kami akan tangkap kau sebab membunuh rakan sekerja kami...", bentak lelaki tersebut dengan marahnya. "kalau kau berani kau kejar dan tangkaplah aku... aku tak takut dengan ugutan korang tu...", kata atuk nara. serentak dengan itu dia terbang meninggalkan tempat itu. semua ahli tentera yang berjaga di situ segera mengejarnya dari belakang. edry terus berlari masuk ke dalam pintu gerbang yang terbuka sedikit itu. dia melangkah melewati sebuah jembatan besar menuju ke pintu istana dewa cermin. jembatan itu di perbuat daripada cermin berkilauan. dia lihat dinding istana tersebut di bina daripada cermin. di mana mana saja dia dapat melihat biasan dirinya di dalam cermin itu. namun edry cuba untuk tidak menghiraukan biasan dirinya di atas cermin. dia lebih menumpukan perhatiannya ke arah pintu istana dewa cermin yang besar itu.

dia lihat ada beberapa orang lelaki berpakaian tentera sedang berjaga depan pintu istana tersebut. edry terpaksa bersembunyi di dekat satu sudut istana yang agak tersorok tidak jauh dari situ. dia lihat ada seorang ahli tentera sedang meronda di luar istana. perlahan lahan edry mengambil busur dan anak panahnya. dia melepaskan anak panahnya ke arah lelaki tersebut. anak panahnya mengenai sasaran. lelaki itu terus rebah di atas tanah sebaik saja anak panah edry melayang lalu menembusi belakang kepalanya. cepat cepat edry pun berlari menuju ke arah ahli tentera yang terkujur kaku itu. dia melucut semua pakaian ahli tentera tersebut dengan tergesa gesa. setelah dia berjaya melucut semua pakaiannya dia pun terus memakai pakaian ahli tentera tersebut. dia terpaksa menyamar menjadi seorang ahli tentera di situ sebab itu saja caranya dia dapat masuk ke dalam istana itu.

sementara itu kelihatan leona baru saja tersedar dari pengsannya. dia terkejut sebaik saja dia melihat yang dirinya berada di dalam sebuah bilik tidur yang besar. ada rantai yang membelit leher dan kakinya. dia di ikat dengan rantai di atas sebuah katil yang empuk. yang lebih memeranjatkan lagi bila dia lihat yang dirinya hanya memakai seluar dalam hitam dan bra hitam saja. semua pakaiannya yang lain sudah tidak ada di tubuhnya. "oh apa yang telah terjadi ni?...", soal leona cukup terkejut. dia cuba memikirkan apa yang telah terjadi. tidak lama kemudian barulah dia ingat apa yang terjadi pada dirinya. dia di tangkap oleh ahli tentera dewa cermin semasa dia sedang melangkah masuk ke dalam rumah atuknya. mereka menangkapnya dan atuknya sedang berusaha hendak menyelamatkannya. akhir sekali dia nampak atuknya di pukul dan di tikam dengan pisau oleh salah seorang ahli tentera yang kejam itu. dia ingin melepaskan diri dari cengkaman ahli tentera yang menangkapnya tapi dia gagal berbuat demikian. malah lelaki tentera itu telah menutup mulut dan hidungnya dengan sehelai tuala di tangan. akhirnya dia jatuh pengsan tidak sedarkan diri. tiba tiba,

"oh... kau sudah sedar, eh?... baguslah kalau kau sudah sedar...", tegur suatu suara. leona segera mendongakkan kepalanya. kelihatan satu lembaga bertubuh sasa sedang berdiri di dalam kekelaman di satu sudut bilik tidur tersebut. "kau... kau... kau siapa, hah?", soal leona ingin tahu. "akulah dewa cermin... takkanlah kau dah tak kenal aku... aku kan penguasa di alam ini...", balas lembaga itu sambil melangkah menghampirinya. leona merasa terkejut di saat dia melihat dewa cermin berdiri di depannya saat itu. kelihatan segaris senyuman jahat menghiasi bibirnya yang berwarna hitam itu...

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now