CERMIN 10

52 6 3
                                    

awal pagi yang indah. edry bangun dari tidurnya dengan penuh semangat. dia tahu hari ini dia akan berlatih ilmu kebatinan bersama atuk nara. jadi dia bangun lebih awal lagi dari hari yang sebelumnya. ketika dia sedang bersiap di bilik kedengaran pintu biliknya di ketuk orang. dia pun segera membuka pintu bilik tidurnya. kelihatan atuk nara sedang menunggunya di luar pintu bilik tidurnya. "awak dah bersiap ke tu?...", soal atuk nara ingin tahu. "ya... tuk, saya sudah bersiap...", balas edry. "kalau macam tu awak mesti ikut saya berjogging pagi ni...", tutur atuk nara. "baiklah tuk...", balas edry. tanpa membuang masa mereka pun pergi berjogging bersama sama. edry cuba untuk tidak merungut di sepanjang masa. dia sebenarnya cuba mengubah dirinya. dia tidak mahu jadi seorang pemuda yang lemah. dia ingin bertenaga seperti atuk nara. walaupun sudah tua dia masih boleh berjogging mengalahkan orang muda pula. setelah selesai berjogging bersama sama atuk nara mengajaknya pergi ke sebuah tempat di mana dia dan atuk nara akan memulakan latihan mereka pada pagi itu. sampai di sana atuk nara pun mula mengajarnya untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi serangan musuh. selepas itu dia mengajar edry cara cara untuk mengelakkan serangan musuh dengan menepis tumbukan lawan dari hadapan, kiri dan kanan.

"awak masih ingat lagi tak cara awak mengelap cermin di bangsal tempohari?", soal atuk nara sambil memandang wajah edry. "ingat tuk...", edry bersuara sambil menganggukkan kepalanya. "kalau macam tu cuba awak tepis serangan atuk ni dengan menggunakan kedua belah tangan awak tu. ingat... awak hanya boleh menepis seperti cara awak mengelap cermin tingkap tu dari bawah ke atas...", tutur atuk nara. "baiklah tuk...", balas edry. atuk nara cuba menumbuk wajah edry tapi tangannya di tepis oleh edry. namun tepisannya terlalu perlahan akibatnya wajahnya hampor saja di tumbuk oleh atuk nara. nasib baik dia cepat mengelakkan wajahnya dari di tumbuk oleh lelaki tua tersebut. "tangan tu mesti kuat!... jangan lembutkan tangan tu apabila menepis serangan musuh...", atuk nara memberikan peringatannya. "baiklah tuk...", balas edry. "okay, kalau macam tu kita mulakan sekali lagi... awak buka 'kuda kuda' awak macam yang saya ajar awak tadi tu....", atuk nara memberikan arahannya. edry pun ikut apa yang di arahkan oleh lelaki tua tersebut.

atuk nara mula menumbuk wajah edry tapi edry segera menepis tangannya dengan menggunakan kedua belah tangannya. kali ini dia berjaya menepis tangan atuk nara dengan baik sekali. "bagus... awak dah dapat menepis serangan saya dengan baik. cuba awak menepis dengan menggunakan tangan sebelah kiri saja.... gunakan cara menepis yang sama, okay?", tutur atuk nara. "baiklah tuk...", balas edry. atuk nara cuba menumbuk bahagian dada kiri edry pula tapi edry cepat cepat menepis tangan atuk nara dengan menggunakan tangan kirinya. "very good... sekarang saya akan serang awak dari sebelah kanan pula... get ready, okay?", atuk nara bersuara dengan pantas. "baiklah...", edry menganggukkan kepalanya. atuk nara terus menumbuk dada kanannya tapi edry segera menepis tangan tua lelaki pari pari itu. "not bad... tapi selepas ni atuk akan serang awak dengan lebih cepat lagi. awak harus fokus pada serangan atuk dan awak harus bertindak dengan cepat, faham?", soal atuk nara sambil merenung wajah pemuda itu. "faham tuk...", balas edry. dia mula memasang kuda kudanya. atuk nara segera melancarkan serangannya tapi kali ini serangannya lebih pantas sekali. edry tidak sempat menepis dan mengelak. akibatnya wajah dan dadanya terkena tumbukan dari lelaki tua tersebut. edry terus terjatuh di atas tanah. "argghhh....", dia mengerang kesakitan. atuk nara hanya berdiri memerhatikannya. sedikit pun dia tidak menunjukkan rasa simpati pada pemuda itu biar pun dia tahu edry berada di dalam keadaan yang kesakitan. "bangun!...", bentak atuk nara. mahu tidak mahu edry pun terpaksa bangun. dia memegang dadanya yang terasa sakit akibat terkena tumbukan orang tua itu. "lain kali kalau awak di serang musuh, awak harus fokus pada serangan musuh... mata awak harus memerhatikan gerak langkah lawan serta gerak tangannya. awak harus mempersiapkan diri bagi menghadapi serangan musuh dan awak mesti bertindak pantas. jangan sekali kali awak menunggu serangan dari pihak musuh baru bertindak balas. itu sudah salah tu... awak mesti ingat tu...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius sekali. "baiklah tuk... saya akan ingat pesanan atuk tu...", balas edry sambil menahan kesakitan di dalam dadanya.

"baiklah... atuk akan serang awak tapi kali ini atuk nak awak fokus dengan serangan atuk. atuk nak awak menepis serangan atuk dengan cepat sebab atuk tak main main kali ini...", atuk nara memberikan arahannya. edry menganggukkan kepalanya. perlahan lahan dia membuka kuda kudanya. atuk nara mula menyerangnya tapi kali ini edry pantas bertindak balas. dia menepis semua serangan dari atuk nara dengan baik sekali. atuk nara tersenyum sebaik saja edry berjaya menepis semua serangannya. "baiklah... sekarang atuk akan serang awak dengan menggunakan kayu.... awak mesti menepis kayu ni dengan menggunakan tangan awak... caranya sama dengan apa yang atuk ajar pada awak sebentar tadi tapi kali ni awak mesti berawas sedikit sebab atuk menyerang dengan lebih pantas lagi. so you better get ready now...", tutur atuk nara. edry hanya menganggukkan kepalanya. kali ini dia mempersiapkan dirinya bagi menghadapi serangan seterusnya. dia membuka kuda kudanya. atuk nara mengambil tongkatnya. dia mula melancarkan serangannya. edry terpaksa menepis serangan yang di lancarkan oleh atuk nara dengan menggunakan kedua belah tangannya. jika serangan di lancarkan di sebelah kiri dia gunakan tangan kirinya. begitu juga dengan serangan yang di lancarkan di sebelah kanannya. dia menepis dengan menggunakan tangan kanannya. pukulan demi pukulan di tujukan ke arah edry. segala pukulan di tepis dengan baik sekali.

"very good... sekarang atuk akan menyerang awak dengan menggunakan kaki atuk pula... persiapkanlah dirimu untuk serangan yang seterusnya...", atuk nara bersuara dengan wajah yang serius. dia melemparkan tongkat kayunya di atas tanah. dia merenung wajah edry dengan renungan mata yang tajam sekali. edry terpaksa mempersiapkan dirinya bagi menghadapi serangan dari lelaki pari pari tersebut. dia membuka kuda kudanya. atuk nara kembali melancarkan serangannya. sepakan demi sepakan di tujukan ke arah edry. cepat cepat edry menepisnya dengan menggunakan kedua belah tangannya. atuk nara tersenyum bila dia lihat edry mulai tangkas ketika menepis serangan darinya. "not bad... awak dah mulai tangkas sekarang tapi atuk nak menguji ketangkasan awak lagi. atuk akan menyerang awak dengan menumbuk awak, memukul awak dengan menggunakan kayu dan juga menyepak awak dalam waktu yang sama... so, atuk harap awak mampu menepis serangan atuk tu dengan lebih tangkas lagi sebab atuk akan melancarkan serangan secara bertubi tubi... you better get ready now....", tutur atuk nara. edry menarik nafas berat. sebenarnya kedua belah lengan tangannya mula terasa sakit. maklumlah dari tadi dia asyik menepis serangan lelaki tua itu sehinggakan kedua belah lengan tangannya kelihatan lebam sana sini...








CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now