CERMIN 3

126 13 4
                                    

edry berundur ke belakang secara perlahan lahan. pandangan matanya kini tertumpu kepada cermin di dinding. demi kawan kawannya dia nekad hendak masuk ke dalam cermin itu biar pun dia tidak tahu apakah usahanya ini berjaya atau pun tidak. fikirnya dia mesti selamatkan rakan rakannya. setelah dia berada di jarak yang jauh sedikit dari cermin itu dia pun mula mempersiapkan dirinya untuk meluru masuk ke dalam cermin tersebut. "satu... dua.....", dia mengira perlahan lahan. "ti... ga!....", dia pun terus berlari masuk ke dalam cermin tersebut. sedar sedar saja dia sudah menembusi permukaan cermin itu. kakinya terus terpijak tanah yang bergerak perlahan di situ. "woahhh... woahh... woahh...", edry hampir saja terjatuh dari atas tanah yang di pijaknya. maklumlah tanah itu bergerak gerak dengan sendirinya. edry terkejut apabila dia melihat begitu banyak tanah daratan berterbangan di udara bagaikan awan di langit pula. dia lihat ruangan di alam itu agak kelam dan begitu banyak jurang gelap di sana sini. yang peliknya tanah daratan di situ berterbangan di udara bagaikan tidak ada graviti pula. nak di katakan dia berada di atas bulan tak juga. nak di katakan dia berada di angkasa lepas tak juga. edry lihat ada tanah daratan yang berlanggar dengan tanah daratan yang lain sehingga menyebabkan terjadinya sedikit reruntuhan tanah di bahagian tepi tanah yang terkena benturan tapi ianya masih berterbangan di udara bagaikan awan di tiup angin pula. edry merasa semakin pelik dengan apa yang di lihatnya saat itu. dia lihat ada bangunan lama yang berada di atas tanah daratan yang bergerak perlahan di depan matanya tapi bangunan itu sudah rosak sana sini. ianya seperti terkena ledakan bom pula. edry tidak tahu apa yang telah terjadi di alam yang pelik itu. yang lebih pelik lagi ada binatang merayap di atas tanah daratan yang berterbangan itu mempunyai rupa paras yang ganjil ganjil sekali. kepalanya seperti kucing tapi badannya pula besar seperti badan anjing. ada juga binatang melata seperti rusa tapi badannya seperti harimau. begitu juga dengan rupa binatang yang lain. pendek kata rupa mereka sungguh ganjil sekali. edry menggosok gosokkan kelopak matanya. dia tidak percaya dengan apa yang di lihatnya saat itu. fikirnya dia mungkin bermimpi tapi bila dia menampar pipi kirinya dia terasa sakit pula. barulah dia sedar yang dia tidak bermimpi saat itu. tiba tiba saja muncul seorang gadis cantik dan bersayap di depan matanya.

"woaaahhhh!!!!.....", edry terkejut bukan kepalang. maklumlah gadis cantik dan bersayap itu tiba tiba saja muncul di depan matanya. hampir saja dia terjatuh dari atas tanah tempat dia berdiri tapi gadis itu sempat meraih tangan kirinya. dia terus menarik edry agar tidak terjatuh dari atas tanah tersebut. "si... si... siapa awak ni?", soal edry cukup terkejut. "hai... nama saya leona dellon. saya ialah pari pari yang tinggal di alam ini. tentu awak ni manusia yang datang dari dunia luar tu, kan....", kata gadis itu dengan ramah sekali. dia berterbangan di sekeliling edry sambil memandang wajahnya dengan penuh minat. "pari pari?.... tapi kenapa badan awak besar?... biasanya pari pari berbadan kecil....", tutur edry kehairanan. "siapa cakap pari pari berbadan kecil? ada juga pari pari berbadan besar tau....", tutur gadis bersayap bernama leona itu. "ye ke? tapi dalam cerita dongeng tu pari pari berbadan kecil tau....", tekan edry. "itu cuma dalam cerita dongeng saja tapi dalam alam ini semua pari pari berbadan besar lorh...", balas leona dengan wajah yang serius. "ya meyh?... okay, tolong bagitahu saya di mana saya berada sekarang?....", soal edry dengan wajah yang serius. "awak berada di alam fantasian di mana semua benda halus nampak di mata awak... anyway, selamat datang ke alam fantasian encik.... er, siapa nama awak?", soal leona sambil memandang wajah edry. "edry hakimi.... just call me ed...", balas edry cepat cepat. "baiklah, encik ed... saya gembira dapat berjumpa dengan awak...", leona bersuara seraya menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan pemuda tersebut. edry memandang kiri dan kanan. dia cuba mencari bayang kelibat dua orang rakannya di atas tanah daratan yang bergerak di situ tapi bayang kelibat mereka tidak kelihatan. "mana pula perginya mereka berdua ni?", mata edry masih melilau ke sana ke mari. "awak cari siapa ni?", soal leona ingin tahu. "sebenarnya saya sedang mencari dua orang kawan saya yang di tarik masuk ke alam ini melalui cermin puaka tu...", balas edry. "oh... maksud awak dua orang pemuda yang mula mula datang ke sini tadi tu ke?", soal leona. "yelah... awak ada nampak mereka tak?", soal edry ingin tahu.

"oooh... mereka baru saja di tawan oleh tentera tentera dewa cermin tu...", jawap leona dengan wajah yang selamba. "apa?.... siapa dewa cermin tu ar?", soal edry cukup terkejut. "dewa cermin tu ialah penunggu cermin tu. dialah yang membuka pintu ke dunia luar melalui cermin puaka kesayangannya tu. sesiapa saja manusia yang menyentuh cermin puaka itu pasti akan terus di tangkap oleh para tenteranya dan mereka akan menjadi orang tahanan dewa cermin buat selama lamanya... tujuan dia berbuat demikian ialah dia mahu semua manusia menjadi hamba abdinya di alam ini... Sebenarnya alam fantasian di perintah oleh raja puri sejak dari dahulu kala lagi tapi sejak dewa cermin muncul di alam ini dia telah menghancurkan kerajaan dan kerabat raja puri sehingga menyebabkan alam ini menjadi hancur dan kelam seperti ini. sejak kehadiran dewa cermin, alam ini telah di litupi suasana kelam sebab dewa cermin telah menutup alam ini dengan cermin lutsinarnya. ini menyebabkan cahaya matahari tidak dapat menerangi alam ini. semua tumbuh tumbuhan hijau mati dan alam ini sudah bertukar menjadi kelam seperti ini....", terang leona panjang lebar. "oh begitu.... jadi rakan rakan saya di tangkap oleh tentera dewa cermin dan mereka kini menjadi orang tahanan dewa cermin, begitu ke?", soal edry cukup terkejut. "ya... nampak gayanya macam itulah...", balas leona sepatah. "tapi kenapa askar dewa cermin tu tidak menangkap saya?.... kenapa mereka hanya menangkap kawan kawan saya?", soal edry kehairanan. "sebab mereka tidak tahu yang awak telah masuk ke alam ini. jikalau mereka tahu sudah tentu mereka akan menangkap awak...", balas leona. "oh... tak boleh jadi ni... saya mesti selamatkan kawan kawan saya tu...", kata edry. "saya boleh tolong awak untuk selamatkan kawan kawan awak tu tapi sebelum tu lebih baik awak mendalami sedikit ilmu batin supaya awak dapat menentang dewa cermin tu kelak...", ujar leona dengan pantas. "mendalami ilmu batin?.... tak boleh ke saya berhadapan dengan dewa cermin tu sekarang?", soal edry. "tak boleh... nanti awak akan mati di tangannya. maklumlah dewa cermin tu ialah makhluk yang kuat dan terhandal di alam ni... tak pasal pasal pula awak akan tewas di tangannya....", tutur leona dengan wajah yang serius. "jadi pada siapa lagi saya harus mendalami ilmu batin tu sedangkan saya tak kenal siapa siapa pun di alam ini...", balas edry pula. "saya tahu seseorang yang boleh tolong awak dalam perkara ini.... awak ikut saya ya...", kata leona pada pemuda tersebut. "macamana saya nak ikut awak sedangkan saya tak ada sayap....", edry bersuara pada gadis bersayap itu. "awak jangan bimbang... awak pegang saja tangan saya ni... biar saya bawa awak pergi dari sini...", leona menghulurkan tangannya pada edry. perlahan lahan edry menyambut tangan leona. leona pun terus terbang ke udara sambil memegang erat tangan pemuda itu. mereka terbang meninggalkan tempat itu.

AUTHOR NOTE: cerita ni bukan berkait rapat dengan dewa dewa yang terdapat dalam ajaran penganut agama lain di dunia ini. dewa cermin dalam cerita ini adalah gambaran seorang dewa dongeng yang di cipta oleh otak si penulis cerita ni. so jangan ada pihak yang menganggap bahawa dewa cermin ni ada kaitannya dengan kepercayaan orang lain... ini bukan cerita spiritual atau rohaniah tapi ini hanyalah cerita dongeng yang paling merepek di abad ini... so, harap maklum...

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now