CERMIN 8

52 7 0
                                    

keesokan harinya edry bangun dari tidurnya dengan lebih awal lagi. ketika dia berjalan menuju ke ruang dapur tidak jauh dari situ dia bertembung dengan atuk nara pula. "baguslah awak sudah bangun awal pagi ni... sebaiknya awak pergilah bersiap untuk berjogging bersama atuk pagi ni...", tutur atuk nara seraya tersenyum lebar. "apa?.... berjogging?... sekarang pukul 5 pagilah tuk... takkanlah kita berjogging kat luar sana di awal pagi macam ni...", rungut edry separuh memprotes. "awak mesti ikut atuk pergi berjogging sebab ini adalah sebahagian daripada latihan awak...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius sekali. "oh baiklah... baiklah...", mahu tidak mahu edry pun terpaksa mengikut kehendak lelaki pari pari tua itu. dia sebenarnya ingin berbual bual dengan luna di dapur tapi bila atuk nara mengajaknya pergi berjogging dahulu dia pun terpaksa akur dengan kehendak lelaki tersebut. mereka mula berjogging bersama sama bila mereka berada di luar kawasan rumah atuk nara. edry berlari mengekori atuk nara dari belakang. "cepatlah sikit!...", tegur atuk nara bila dia lihat edry ketinggalan di belakangnya. "oh baiklah...", edry terpaksa mempercepatkan lariannya. sebenarnya dia sudah terlalu letih saat itu namun di gagahinya juga kakinya untuk berjogging. "kenapa awak lembab sangat, hah?... kalau berjogging cepat sikit...", gesa atuk nara apabila dia melihat edry berjogging macam itik di belakangnya. edry terpaksa mempercepatkan lariannya. tidak lama kemudian dia berada di sebelah lelaki tua tersebut. ketika mereka sedang berjogging mengelilingi kawasan rumah atuk nara itu edry terasa kakinya macam hendak tercabut pula gara gara dia terlalu penat berjogging

"tuk... boleh tak kita berehat sekejap?... saya penatlah...", edry bersuara dalam keadaan yang kepenatan. "tak boleh... awak mesti berjogging bersama saya... kalau tidak saya tak akan mengajar ilmu kebatinan tu pada awak...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius. "ouwh... takkanlah kita terus berjogging tanpa berehat?... penatlah kalau macam tu...", rungut edry separuh memprotes. "awak tak boleh merungut atau memprotes apabila saya menyuruh awak melakukan sesuatu tugasan. jikalau awak terus menerus merungut atau memprotes macam tu jangan haraplah saya akan ajar awak ilmu kebatinan tu pada awak lagi...", tegas atuk nara dengan wajah yang serius sekali. "oh baiklah...", mahu tidak mahu edry terpaksa kembali berjogging bersama lelaki pari pari tersebut. ketika dia sedang berjogging tiba tiba, "gurrrr....", kedengaran perutnya berbunyi minta di isi dengan makanan. maklumlah dia pergi berjogging tanpa bersarapan pagi tentulah perutnya berkeroncong sakan tapi edry terpaksa menggagahkan dirinya untuk berjogging kerana dia tak mahu atuk nara marah padanya. "baiklah... kita berhenti kat sini dulu... mari kita pergi bersarapan pagi bersama sama...", tiba tiba saja atuk nara berhenti berjogging. wajahnya kelihatan di basahi peluh. edry terus terduduk keletihan sebaik saja dia mendengar arahan lelaki tersebut. dia betul betul rasa penat ketika itu.

"kenapa? awak rasa letih ke?", soal atuk nara dengan kening kiri yang terangkat ke atas. "ya tuk...", balas edry dengan lemah. "budak lemah... apa apa pun atuk nak awak bangun awal pagi pada setiap hari supaya kita dapat berjogging sama sama...", tutur atuk nara. "apa?... setiap hari kita berjogging tuk?",  soal edry cukup terkejut. "yelah... ini akan menjadi rutin kita di waktu pagi. kita harus berjogging di awal pagi supaya badan kita bertambah cergas....", tutur atuk nara. "ouwhh..... takkanlah tiap tiap hari berjogging di awal pagi... susahlah kalau macam tu...", rungut edry. "stop whining... saya tak suka dengar sebarang rungutan dari mulut awak... cepat bangun!... mari kita pergi ke rumah untuk bersarapan pagi bersama sama...", atuk nara bersuara dengan tegas. "oh baiklah...", cepat cepat edry pun bangun. dia mengekori lelaki tersebut dari belakang. sampai di rumah mereka terus bersarapan pagi bersama dengan leona. edry makan dengan gelojoh sekali. maklumlah perutnya terasa lapar. jadi dia pun makan macam orang yang tak pernah makan dalam seminggu. "ehemmm!!!....", kedengaran atuk nara berdehem panjang. edry berhenti mengunyah makanan yang penuh dalam mulutnya. dia lihat atuk nara dan leona pandang semacam ke arahnya. "makan tu jangan gelojoh sangat. nanti tercekik baru padan muka...", tegur atuk nara dengan wajah yang serius. "oh maafkan saya...", edry bersuara dengan mulut yang penuh dengan makanan. wajahnya kemerahan menahan rasa malu di dalam dada. leona ketawa kecil di sebelahnya. atuk nara pula memandang wajahnya dengan wajah yang serius. terpaksalah edry menelan makanan yang ada di dalam mulutnya dalam kepayahan. maklumlah makanan itu belum habis lagi di kunyahnya dengan baik tapi dia sudah telan semua makanan tersebut macam ular sawa yang menelan mangsanya pula. "kalau makan jaga adab sopan apabila menjamah makanan. jangan kerana lapar awak makan macam orang yang kebuluran pula....", tegur atuk nara lagi. "oh... maafkan saya tuk... lain kali saya tak buat macam tu lagi...", edry bersuara perlahan lahan. "hmmm... makanlah...", atuk nara bersuara sambil meletakkan sedikit telur dadar dalam pinggan edry. "baiklah...", edry kembali makan sarapan paginya. leona masih tersenyum padanya. dalam diam edry merasa malu pula pada gadis itu. dia fikir tentu gadis tersebut mentertawakannya dalam hati tapi edry terpaksa buat muka selamba saja.

setelah bersarapan pagi bersama sama, atuk nara pun membawa edry keluar dari dalam rumah tersebut. "okay... pagi ni atuk nak awak melompat dari satu tanah yang bergerak ni ke satu tanah yang lain dengan secepat mungkin.... atuk nak lihat ketangkasan awak pula...", tutur atuk nara. mereka berdiri di tebing tanah yang bergerak di ruang alam maya yang pelik itu. edry terkejut bila dia dengar atuk nara menyuruhnya melompat ke atas tanah yang bergerak itu dengan sepantas yang boleh. edry menelan air liurnya bila dia lihat jurang gelap di bawah tanah tempat mereka berdiri saat itu. dia rasa macam tak berani pula untuk berbuat demikian. sebenarnya dia takut jatuh ke dalam jurang yang gelap itu. "tapi tanah tu bergeraklah tuk... macamana saya nak melompat ke atas tanah yang bergerak tu satu demi satu jikalau tanah tu semuanya bergerak?", soal edry. "you know what?... you need to be brave enough to do this task... kalau awak tak berani apa pun awak tak akan mampu melakukannya. maklumlah awak terlalu takut untuk mencuba sesuatu yang baru...", tutur atuk nara dengan pantas. "bukannya saya takut dan tak berani mencuba, tuk... masalahnya saya rasa gayat apabila melompat di atas tanah yang bergerak gerak. tentu naya jadinya jikalau saya tiba tiba saja terjatuh ke bawah jurang yang gelap tu....", edry bersuara dengan jujur. "awak ni kan selalu saja merungut.... bukankah saya cakap pada awak awal pagi tadi tolong jangan merungut bila saya suruh awak buat sesuatu tugasan... awak dah lupa ke apa yang saya cakap pada awak pagi tadi?...", soal atuk nara dengan dahi yang berkerut. "ya..... saya tidak lupa apa yang atuk cakapkan tadi tapi saya....", belum pun sempat edry bersuara atuk nara segera memotong perkataannya. "kalau awak takut dan tidak berani, lebih baik awak jangan jadi murid saya...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius. "oh baiklah....", mahu tidak mahu edry pun melompat ke arah salah satu tanah yang bergerak tidak jauh dari situ. kemudian dia cuba melompat ke satu tanah yang kebetulan bergerak di depan matanya. dia melompat ke arah salah satu tanah yang bergerak tersebut secara satu persatu. sebaik saja kakinya terjejak di atas salah satu tanah yang bergerak di situ tiba tiba kakinya tergelincir dari atas tebing tanah tersebut. akibatnya dia terjatuh ke bawah. "aaahhhhh!!!!!.....", jerit edry kengerian. tiba tiba saja tangannya di gapai oleh seseorang. kelihatan atuk nara memegang tangan kirinya sambil terbang di udara. lelaki pari pari itu membawa dia terbang di celah celah tanah yang bergerak itu. perlahan lahan dia melepaskan tangan edry. pemuda itu terus terjatuh di atas salah satu tanah yang bergerak di situ. edry menarik nafas lega sebaik saja dia terbaring di atas tanah tersebut. dalam diam dia bersyukur sebab atuk nara sempat menyelamatkan dirinya. kalau tidak tak tahu lagilah apa yang akan terjadi pada dirinya.

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now