CERMIN 14

40 4 0
                                    

atuk nara sudah terbang menuju ke tanah besar yang terletak agak jauh sedikit dari situ. edry mengesat peluh yang mengalir di atas pipinya. sebenarnya dia tidak begitu yakin pada dirinya sendiri samada dia mampu menerbangkan awan di kakinya menuju ke tanah besar itu atau pun tidak. ianya terletak agak jauh sedikit dari tanah di tempat dia berdiri. kakinya terasa menggeletar seketika. "rileks edry... rileks... you can do it... you can do it...", bisik edry pada dirinya sendiri. dia menarik nafas panjang. kemudian dia menghembuskan nafasnya perlahan lahan. matanya di tumpukan ke arah tanah besar di mana atuk nara kini sedang berdiri menunggunya di situ. dengan berbekalkan sedikit keberanian dia mula memfokuskan seluruh perhatiannya menuju ke destinasi yang di tujunya. perlahan lahan awan di kakinya mula bergerak meluncur ke udara. edry terpaksa mengimbangi tubuhnya sambil cuba menumpukan perhatiannya ke arah tanah besar itu. tidak sampai beberapa saat saja dia sudah berjaya menerbangkan awan di kakinya dengan menggunakan mindanya sendiri sehinggalah dia sampai di tanah besar tersebut dengan selamat. "pap... pap... pap...", kedengaran atuk nara bertepuk tangan. "syabas orang muda... akhirnya kau sudah berjaya menerbangkan awan kecil ini dengan baik... atuk bangga dengan kejayaan awak ni... apa apa pun atuk nak awak tahu sesuatu... kau seorang yang sangat mudah di ajar. in other word you are a fast learner... atuk yakin kau akan berjaya mengalahkan dewa cermin di suatu hari nanti...", tutur atuk nara perlahan lahan. dia menepuk bahu kiri pemuda itu dua tiga kali. edry tersenyum sebaik saja dia mendapat pujian dari tuk gurunya. sekurang kurangnya dia sudah dapat mengatasi pelbagai cabaran dan ujian demi mendapatkan ilmu di dalam dada. setelah berbual bual buat beberapa ketika mereka pun mula terbang meninggalkan tanah besar tersebut. ketika mereka sedang terbang tinggi di udara tiba tiba muncul pula seorang lelaki pari pari yang bersayap di situ. "nara!.... rupa rupanya kau yang sembunyikan manusia itu selama ini!.....", lelaki pari pari yang bersayap itu terus menyergah atuk nara. "ya... jadi apa masalahnya?", bentak atuk nara dengan wajah yang serius. "masalahnya dia tu seorang manusia. lagi pula dewa cermin telah mengeluarkan satu perintah agar budak lelaki itu di tangkap dan di serahkan kepadanya...", tutur lelaki pari pari tersebut. "oh ya?... but for your information aku tak akan tunduk pada perintah dewa cermin yang tak guna tu dan aku tidak akan serahkan pemuda ni pada sesiapa pun termasuklah dewa cermin tu...", tutur atuk nara dengan nada suara yang tegas sekali. "oh jadi kau seriuslah ni atau kau sengaja bergurau padaku?", soal lelaki itu dengan wajah yang serius. "eh... aku seriuslah ni... aku tak bergurau pun....", balas atuk nara.

"oh.... kau memang nak cari nahas nara... kalau dewa cermin tahu kau yang sembunyikan manusia ni di rumah kau sudah tentu kau dan cucu kau akan di hukumnya...", tutur lelaki itu lagi. "peduli apa aku... itu aku punya pasallah... yang kau sibuk sibuk ni apasal?", soal atuk nara dalam nada suara yang jengkel. "aku sibuk sebab aku di perintahkan oleh dewa cermin untuk menangkap pemuda ini... so, bersiaplah kau untuk di tangkap sekali bersama dengan pemuda yang tak guna ni...", bentak lelaki tersebut. tiba tiba dia menarik keluar pedang dari belakangnya. dia mula terbang menuju ke arah atuk nara lalu menyerangnya. atuk nara segera terbang dengan menggunakan sayapnya lalu di tangkisnya pedang lelaki tersebut dengan tongkatnya. "edry kau pergi dari sini!... selamatkan diri kau tu!...", atuk nara bersuara sambil cuba menentang lelaki pari pari tersebut. edry hendak terbang pergi dari situ tapi dia tidak sampai hati meninggalkan atuk nara seorang diri menentang lelaki itu. cepat cepat dia terbang meluru ke arah lelaki tersebut dari belakang lalu di tendangnya belakang lelaki pari pari itu dengan kaki kirinya. akibatnya lelaki tersebut jatuh ke bawah tetapi dia cepat cepat terbang semula ke arah mereka. "berani beraninya kau menentang aku wahai manusia keparat!... kau tak tahu siapa aku yang sebenarnya... aku pahlawan moriba yang di perintahkan oleh dewa cermin untuk menangkap kau!...", bentak lelaki pari pari itu dengan cukup marah sekali. "jikalau kau berani kau tangkaplah aku... jangan asyik menyerang orang tua saja!...", bentak edry dengan marah sekali. "edry!... lebih baik kau pergi dari sini!... biar aku seorang saja yang menentangnya...", bentak atuk nara. "tapi atuk, aku tak sampai hati membiarkan atuk menentangnya seorang diri...", edry bersuara dengan tegas. belum pun sempat atuk nara bersuara pahlawan moriba terus bersuara, "biarkan budak mentah ni menentang aku nara... aku nak lihat bagaimana dia nak menentang aku...", tuturnya sambil tersenyum sinis.

mahu tidak mahu atuk nara pun membiarkan edry menentang lelaki pari pari tersebut. edry pun terus melancarkan serangannya dengan menumbuk wajah lelaki pari pari itu tapi tumbukannya tidak mengenai sasaran. lelaki pari pari tersebut telah berjaya mengelak daripada serangannya. edry menggetapkan giginya apabila serangannya tidak mengenai sasaran. lelaki tersebut mula menyerangnya dengan menggunakan pedangnya tapi edry segera mengelak dari serangan lelaki tersebut. "edry... ambik ni...", kedengaran atuk nara bersuara padanya seraya melemparkan pedang miliknya ke arah edry. cepat cepat edry meraihnya. mereka mula berlawan dengan menggunakan pedang di tangan masing masing. "keng... keng... keng...", kedengaran bunyi pedang mereka berlaga di antara satu sama yang lain. edry menggunakan ilmu yang di pelajarinya dengan sebaik mungkin. dia dapat mengatasi serangan musuh sambil mengimbangi tubuhnya di atas awan kecil di kakinya. ketika mereka sedang berlawan itu mata pedang edry terkena hujung jubah yang di pakai oleh pahlawan moriba. ini menyebabkannya terkoyak dua. pahlawan moriba merasa sungguh terkejut sebaik saja dia melihat hujung jubahnya terkoyak dua. dia merasa semakin marah sebab baju jubah itu memang baju kesayangannya. "sialan kau budak mentah!... kau dah koyakkan jubah kesayanganku... siaplah kau kali ini... aku tak akan bagi kau peluang untuk terus hidup lagi...", marah pahlawan moriba. "whatever jerk...", balas edry dengan senyuman sinis terukir di bibirnya. "eyaaahhhh!....", pahlawan moriba terus meluru terbang ke arah pemuda tersebut. edry pun turut meluru terbang ke arah lelaki itu dengan pedang terhunus di tangannya. pahlawan moriba menghayunkan pedangnya ke arah edry tapi edry segera mengelakkan diri dari serangan lelaki tersebut. dalam waktu yang sama edry pun terus menghayunkan pedangnya ke arah lelaki tersebut. hujung pedangnya terkena kulit pipi kiri lelaki itu. akibatnya pipi kiri pahlawan moriba terus terluka lalu berdarah. lelaki tersebut segera berhenti daripada menyerang edry. dia menyentuh pipi kirinya yang terasa sakit akibat terkena hujung pedang pemuda itu. "tak sangka ya budak mentah seperti kau pandai menggunakan pedang...", tutur pahlawan moriba sambil meraba perlahan pipi kirinya yang berdarah itu. "so next time do not underestimate your enemy... just keep that in your mind....", ucap edry dengan wajah yang serius. pahlawan moriba hanya menggetapkan giginya menahan rasa geram di dalam dada.

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now