CERMIN 11

49 5 0
                                    

atuk nara mula menyerangnya. edry terpaksa menepis serangan orang tua pari pari itu dengan menggunakan kedua dua lengan tangannya. atuk nara menumbuknya dan menyepaknya serta memukulnya dengan menggunakan tongkat di tangan secara bertalu talu. edry menyeringai kesakitan apabila kedua dua lengannya menepis serangan lelaki tua itu. sebenarnya kedua dua lengan tangannya terasa sakit yang amat sangat tapi dia tahan saja rasa sakit itu. "hm... very good... sekarang kau sudah pandai menepis serangan musuh. itu satu permulaan yang sangat baik... apa apa pun atuk nak kau berehat dulu.... nanti kita sambung lagi latihan kita ni...", tutur atuk nara perlahan lahan. edry terduduk di atas tanah dengan kedua dua lengan tangannya yang kelihatan lebam kebiruan. "atuk...", kedengaran suara leona memanggil atuknya. kelihatan dari jauh lagi leona berlari menghampiri mereka di situ. "ya.... ada apa leona?", soal atuk nara ingin tahu. "si pedagang kuda terbang ada singgah sekejap di rumah kita tadi. dia membawa 2 ekor kuda terbang yang atuk sudah beli dari lelaki tu tempohari... aku sudah masukkan kedua dua kuda terbang tersebut ke dalam bangsal...", tutur leona dengan nada suara yang cukup gembira sekali. "oh yakah?... kalau macam tu mari kita pergi ke bangsal sekarang juga...", tutur atuk nara. dia segera mengorakkan langkahnya. "lets go...", leona cepat cepat meraih lengan kiri edry tapi tiba tiba saja pemuda itu mengerang kesakitan. "arrgghhh... tolong jangan tarik lengan aku ni... lengan aku terasa sakitlah...", edry bersuara sambil menahan kesakitan yang di alaminya. wajahnya menyeringai kesakitan. leona berhenti dari menarik lengan kiri pemuda tersebut. dia merasa terkejut sebaik saja dia melihat lengan kiri dan kanan edry kelihatan lebam lebam kebiruan. "eh... kenapa dengan kedua dua lengan tangan kau ni?... lebam semacam aje?", soal leona cukup terkejut. "aku baru saja belajar menepis serangan musuh dari atuk kau tu tadi... jadi inilah hasilnya... lebam kebiruan sana sini...", jawap edry separuh merungut.

"owh... kasihan kau.... nanti aku akan tolong kau merawat lebam lebam di lengan kau tu, ya....", tutur leona dengan lembut. belum pun sempat edry bersuara tiba tiba, "tak payah kau merawat lengan si edry tu, leona... lengannya akan sembuh kelak...", kelihatan atuk nara sedang berdiri memerhatikan mereka berdua tidak jauh dari situ. rupa rupanya dia tidak terus meninggalkan tempat itu. malahan dia berdiri memerhatikan mereka berdua di situ. leona terdiam di saat dia mendengar perkataan atuknya itu. begitu juga dengan edry. "apa lagi yang korang tercegat kat situ ar?... mari temankan atuk pergi ke bangsal sekarang juga....", perintah atuk nara. mahu tidak mahu edry dan leona pun bergegas menuju ke bangsal bersama dengan orang tua tersebut. sampai di sana kelihatan dua ekor kuda terbang (unicorn) sedang berdiri di dalam kandang kuda yang terletak tidak jauh dari situ. edry sungguh terkejut di saat dia melihat kuda kuda terbang tersebut. dia tidak menyangka ada pula kuda terbang di alam ini. siap dengan sayap yang cantik lagi tu. terpegun edry ketika dia melihat kuda terbang yang tidak pernah di lihatnya sebelum ini. dia tercegat di ambang pintu bangsal itu dengan perasaan yang terkejut. kuda kuda itu berlegar legar di dalam kandang kuda seperti mereka ingin mencari jalan keluar pula. mungkin kuda kuda tersebut masih berada dalam keadaan yang ketakutan. maklumlah itulah first time mereka berada di dalam bangsal itu. lagi pun kuda kuda tersebut tidak biasa berhadapan dengan pari pari dan juga manusia sebelum ini jadi keadaan kuda kuda itu tidak tentu arah. "edry.... kenapa dengan kau ni? kau tak pernah lihat kuda terbang ke sebelum ini?", soal leona separuh berbisik. "ya... inilah first time aku melihat kuda yang ada sayap macam ni...", balas edry separuh berbisik. "apa yang korang bisik bisikkan tu?", soal atuk nara yang berdiri di depan mereka berdua. "oh... kami tak berbisik pun tuk... mungkin atuk salah dengar kot....", dalih leona pula.

"yelah tu... anyway, lain kali korang jangan berbisik bisik lagi di belakang atuk sebab atuk tak suka. by the way, atuk nak edry sediakan makanan dan minuman untuk kuda kuda ni...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius. "apa?... aku kena sediakan makanan dan minuman untuk kuda kuda ni?...", soal edry cukup terkejut. "ya... ini akan membantu kau dalam menjinakkan kuda kuda terbang yang liar ini.... jikalau kau selalu sediakan makanan dan minuman untuk mereka sudah tentu kuda kuda ini tidak akan merasa takut lagi...", tutur atuk nara perlahan lahan. "tapi tuk takkanlah aku boleh bekerja dalam keadaan lengan tangan yang masih terasa sakit.... nanti....", belum pun sempat edry menghabiskan perkataannya atuk nara segera memotong perkataannya. "bukankah atuk dah cakap pada kau jangan sekali kali kau merungut apabila atuk memberikan satu tugasan baru pada kau... kau sudah lupa ke tu?", soal atuk nara sambil berpeluk tubuh. "oh.... baiklah tuk.... anything you say, i will do it...", tutur edry dalam nada suara yang keterpaksaan. "good for you... sekarang kau tolong sediakan makanan dan minuman untuk kuda kuda ni... mereka sudah lapar dah ni...", perintah atuk nara. mahu tidak mahu edry terpaksa melakukan tugasan barunya itu. setelah dia selesai menyediakan makanan dan minuman untuk kuda kuda tersebut dia pun terus saja balik ke rumah. malam itu edry tidak dapat tidur lena sebab kedua dua lengannya terasa sakit. dia terbangun di tengah malam hanya kerana dia ingin mengurut urut kedua lengan tangannya itu. baru saja dia mula mengurut lengan kanannya tiba tiba pintu bilik tidurnya di buka oleh seseorang. kelihatan leona berdiri di ambang pintu sambil membawa sebesen air panas dan sehelai tuala bersih. "leona?... kenapa kau berada di sini? kau belum tidur lagi ke?", soal edry cukup terkejut. "shhhhh.... jangan cakap kuat sangat... nanti atuk terdengar perbualan kita ni pula...", bisik leona sambil meletakkan jari telunjuknya di atas bibirnya.

edry terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan gadis pari pari itu. "aku datang ni nak tuamkan lengan kau yang lebam lebam tu... kalau lebam tu di tuam dengan air panas ni nescaya lebam tu akan hilang...", bisik leona. "oh... baiklah... masuklah...", edry bersuara separuh berbisik. gadis tersebut terus melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. pintu bilik tidur di tutup rapat. edry melangkah lalu duduk di hujung birai katilnya. manakala leona pula duduk di atas sebuah kerusi yang ada di situ. dia mengambil tuala bersih itu lalu mencelupkannya ke dalam air panas di dalam besen. kemudian dia memerah tuala tersebut dengan tangannya sendiri. perlahan lahan dia mula menuam lebam biru di tangan edry secara berhati hati. edry terpaksa menahan dirinya daripada mengerang kesakitan sebaik saja tuala di tangan leona menyentuh kulit lengannya yang lebam kebiruan itu. "maafkan atuk aku tu, edry... kadangkala dia terlalu tegas, kasar dan garang orangnya... dia tidak peduli jikalau kau berada di dalam kesakitan atau pun kesusahan. yang dia tahu kau harus mengikuti segala arahannya....", bisik leona perlahan lahan. "its okay leona... aku sebenarnya tidak kisah pun jikalau atuk kau sering berkasar dengan aku... dia kan sudah menjadi tuk guruku jadi aku pun terpaksalah ikut segala arahannya...", balas edry separuh berbisik. dia merenung wajah leona ketika gadis itu sedang leka menuam bekas lebam di lengan kiri dan lengan kanannya. leona begitu cantik dalam pandangan matanya. jikalaulah leona tu menjadi kekasihnya sudah tentu dirinya akan merasa bahagia sekali. baru saja edry hendak berbicara tiba tiba saja, "kliiik...", kedengaran tombol pintu bilik tidur edry di pusing oleh seseorang. cepat cepat leona bangun lalu dia berlari dan menyelinap masuk ke dalam almari pakaian yang terletak tidak jauh dari situ.

serentak dengan itu pintu bilik tidur edry di buka oleh seseorang. kelihatan atuk nara sedang berdiri di ambang pintu. dia kelihatan seperti orang yang sedang mencari seseorang pula. "edry, kau ada nampak leona tadi, tak?", soal atuk nara ingin tahu. "tak nampak pun... kenapa dengan leona, tuk?...", soal edry pura pura tidak tahu apa apa. "dia tak ada di bilik tidurnyalah... ke mana pula dia menghilangkan diri di tengah malam buta macam ni?", soal atuk nara kehairanan. "entahlah tuk... mungkin dia pergi keluar ambil angin sekejap kot...", tutur edry pula. "hm... mungkin juga... anyway, kau mesti bangun awal pagi esok, okay? sebab esok banyak lagi latihan yang akan kita lakukan... so you better go to sleep now...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius. "hm... baiklah tuk...", balas edry. atuk nara kembali menutup pintu bilik tidur edry. perlahan lahan leona melangkah keluar dari dalam almari pakaian yang terletak tidak jauh dari situ. "phewww!... that was so close... anyway, i need to get out from here... nanti atuk aku tercari cari aku kat luar pula...", bisik leona sambil menarik nafas lega. "yelah tu... lain kali kau jangan lagi cuba menyelinap masuk ke dalam bilik tidur aku di tengah malam buta macam ni... nanti kau kedapatan pula berada di sini... tak pasal pasal pula atuk kau marah padaku...", bisik edry perlahan lahan. leona ketawa kecil sebaik saja dia mendengar perkataan edry itu. "dont worry my dear... atuk tak akan tahu yang aku berada kat sini... kau tuam saja lebam di lengan kau tu dengan air panas tu. lambat laun lebam tu akan hilang...", bisik leona sambil beredar dari situ. "yeah... yeah... i know... by the way thanks for everything, leona...", bisik edry sambil membuka pintu bilik tidurnya. "you are welcome... good night to you...", ucap leona dengan lembut. "yeah... good night to you too...", bisik edry sambil tersenyum lebar. leona pun melangkah keluar dari situ. edry kembali menutup pintu bilik tidurnya. senyuman lebar masih terukir di bibirnya. tiba tiba saja kedua dua lengan tangannya tidak terasa sakit lagi. mungkin di sebabkan dia terlalu happy kot maka rasa sakit itu terus hilang dari dirinya. entahlah...

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now