CERMIN 5

84 7 0
                                    

"atuk... saya dah balik....", laung leona sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. kelihatan seorang lelaki tua berumur dalam lingkungan 70 an sedang melangkah keluar dari ruang dapur. dia sedang membawa secawan air kopi di tangannya. "hm.... ke mana awak pergi merayap tadi leona?...", soal lelaki tersebut sambil memandang wajah cucunya itu. "oh... saya keluar makan angin kat luar sebentar tadi, tuk... anyway, saya ada bawa seseorang ke sini, atuk...", tutur leona sambil tersenyum lebar. "oh... siapa tu?", soal atuknya ingin tahu. "eh... kenapa awak tercegat kat situ pula?... marilah masuk...", leona segera menarik tangan edry supaya dia melangkah masuk ke dalam rumah kecil tersebut. mahu tidak mahu edry pun terpaksa melangkah masuk ke dalam rumah itu. "er... perkenalkan... ini edry hakimi... edry, ini atuk saya... namanya atuk nara...", leona memperkenalkan dua orang lelaki tersebut. "hai....", edry menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan lelaki itu tapi lelaki tersebut memandangnya dengan wajah yang tegang sekali. "leona... dari mana awak jumpa manusia ni?", soal atuk nara sedikit bengang. "saya jumpa dia di depan cermin besar milik dewa cermin. dia telah berjaya menembusi cermin besar tu tadi sebab tu dia berada di alam ini, atuk....", balas leona dengan pantas. "tapi leona berapa kali atuk cakap pada awak yang awak tak boleh bawa manusia ke sini.... ini pasti akan membahayakan nyawa kita...", marah atuk nara. "tapi tuk dia perlukan pertolongan kita.... dia perlu di ajar ilmu kebatinan sebab dua orang kawannya sudah di tawan oleh para tentera dewa cermin jadi dia ingin menyelamatkan kawan kawannya...", jelas leona dengan wajah yang serius. "jadi awak fikir dia betul betul perlukan pertolongan kita?", soal atuk nara sedikit jengkel. "ya... be.....", belum pun sempat leona bersuara edry terus menyampuk perkataannya. "memang betul apa yang di katakan oleh cucu atuk tu... saya memang perlukan bantuan dari korang. kalau korang tak tolong saya siapa lagi yang nak tolong saya di alam ini?.... saya tak kenal siapa siapa pun di alam ini....", sampuk edry secara tiba tiba.

"oh ya!... apa yang membuatkan awak berfikir yang saya akan menolong awak?", soal atuk nara sambil berpeluk tubuh. "cucu awak kata yang awak akan tolong saya sebab itulah saya datang ke sini.... saya mohon pengertian dari atuk nara agar menolong saya... saya mahu atuk nara ajar saya ilmu kebatinan supaya saya dapat selamatkan dua orang kawan kawan saya dari cengkaman dewa cermin yang kejam tu....", tutur edry separuh merayu. "oh... buat apa saya ambil awak jadi anak murid saya sedangkan saya tak kenal hati budi awak... jangan jangan awak ni manusia jahat yang sengaja datang ke alam ini untuk mengacau bilaukan keadaan di sini....", atuk nara bersuara sambil mengusap perlahan janggut panjang di dagunya. "saya bukannya manusia jahat... kalau saya jahat saya pasti akan membiarkan kawan kawan saya terus terperangkap di alam ini...", sanggah edry dengan jujur. "boleh percaya ke cakap awak ni?", soal atuk nara macam tidak percaya pula. "saya berani bersumpah bahawa saya tak ada niat jahat selain daripada hendak menyelamatkan kawan kawan saya tu... dengar sini, tuk... saya cakap betul ni... anyway saya merayu pada atuk agar atuk tolong saya... kali ini saja tuk.... pleaseeeee....", tutur edry separuh merayu. "hm.... baiklah...", akhirnya atuk nara memberikan kata persetujuannya. edry melompat keriangannya. oleh kerana dia terlalu gembira dia terus saja memeluk leona yang berdiri di sebelahnya saat itu. tiba tiba, "eheemmmm!....", kedengaran atuk nara berdehem di depan mereka berdua. edry mengangkat wajahnya. kelihatan atuk nara memandang ke arahnya dengan wajah yang sedikit tegang. dia tahu lelaki tua itu marah padanya sebab dia memeluk cucu kesayangannya itu. "oh... maafkan saya, atuk....", cepat cepat edry meleraikan pelukannya di tubuh leona. dia kelihatan serbasalah ketika itu. wajah leona pula kelihatan kemerahan akibat menahan rasa malu di dalam dadanya. "lain kali tolong jangan peluk cucu saya macam tu sekali... kalau saya nampak awak peluk cucu saya macam tu lagi jangan haraplah saya akan mengajar awak ilmu kebatinan tu...", tutur atuk nara dengan tegas sekali. "oh... baiklah tuk... saya tidak sengaja tadi... saya terlalu gembira sebab tu saya terpeluk cucu atuk yang cantik ni....", edry bersuara dalam nada suara yang serbasalah. "tak apa... kali ni saya akan maafkan awak.... lain kali tolong jangan ulanginya lagi...", tutur atuk nara cukup tegas. "oh baiklah....", balas edry dengan pantas. atuk nara beredar dari situ. edry dan leona saling berpandangan seketika. mereka berbalas senyuman. "sorrylah pasal tadi tu.. kalau saya rasa terlalu gembira saya pasti akan memeluk orang....", edry terpaksa berterus terang pada leona. "hm... tak apa, its okay...", balas leona dengan lembut.

"tak sangka ya, atuk awak tu terlalu tegas dan panas baran orangnya....", komen edry separuh berbisik. "oh... dia memang macam tu.... dia....", belum pun sempat leona menghabiskan perkataannya tiba tiba, "i heard that.... lebih baik korang datang temani atuk minum kopi di sini daripada korang terus mengumpat atuk di sana...", kedengaran atuk nara bersuara dari ruang dapur yang terletak tidak tidak jauh dari situ. "alamak... dia terdengar perbualan kitalah...", leona bersuara sambil menutup mulutnya. edry hanya ketawa kecil di sebelahnya. "oh... kami tak mengumpat atuklah.... sekejap lagi kami akan datang menemani atuk di sana....", cepat cepat leona bersuara. dia memandang wajah edry sambil tersenyum lebar. "tahniah... sebab awak dah di terima jadi anak murid atuk saya...", leona menghulurkan tangannya pada pemuda tersebut. "terima kasih atas ucapan tahniah tu... terima kasih saya ucapkan pada awak sebab awak dah tolong saya tadi... kalau awak tak ada tadi tentu saya dah jadi tawanan dewa cermin tu...", balas edry perlahan lahan. dia bersalaman dengan gadis itu. "no need to thank me... saya gembira sebab awak....", belum pun sempat leona menghabiskan perkataannya tiba tiba, "ehemmm.... korang belum habis bercakap lagi ke?", tegur suatu suara. mereka segera mengalihkan perhatian ke arah datangnya suara itu. kelihatan atuk nara sedang berdiri memerhatikan mereka tidak jauh dari situ. "eh... atuk nara... kami cuma berbual bual kosong saja... kan leona... kan....", edry bersuara seraya tersenyum kambing. dia menyiku pinggang gadis pari pari yang berdiri di sebelahnya saat itu. "oh.... ya.... ya... kami cuma berbual kosong saja....", balas leona serbasalah. "yelah tu... apa apa pun saya nak bagi peringatan pada awak edry.... awak tak boleh terlalu rapat dengan leona cucu saya tu... kalau awak terlalu rapat dengannya saya tak akan tolong awak lagi... awak faham tak apa yang saya cakapkan tu?", atuk nara bersuara dengan nada suara yang tegas. "faham tuk...", balas edry perlahan lahan. "bagus... sekarang saya nak korang berdua temankan saya minum kopi di dapur...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius sekali. mahu tidak mahu mereka pun melangkah ke ruang dapur dengan langkah kaki yang perlahan lahan. edry terpaksa berjalan jauh sedikit dari leona. begitu juga dengan gadis pari pari itu. mereka duduk di atas kerusi yang bertentangan dengan di perhatikan oleh atuk nara. perlahan lahan mereka mula minum petang bersama sama tanpa berbual bual lagi.

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now