CERMIN 12

47 5 0
                                    

keesokan harinya edry terbangun sebaik saja pintu bilik tidurnya di ketuk orang dari luar. "tuk.... tuk... tuk...", bunyi ketukan di pintu masih kedengaran bergema di cuping telinganya. edry segera membuka pintu bilik tidurnya. kelihatan atuk nara berdiri di depannya dengan wajah yang serius sekali. "kau belum bangun lagi? bukankah aku dah cakap kau perlu bangun awal pagi ni...", tutur atuk nara sedikit marah. "maafkan aku tuk... aku tertidur lena sehinggakan aku tak sedar...", belum pun sempat edry menghabiskan perkataannya atuk nara terus melemparkan baldi kosong ke arahnya. "sediakan makanan untuk kuda kuda di bangsal tu... selepas tu kau kena berjogging dengan aku...", potong atuk nara. "owh.... baiklah...", mahu tidak mahu edry terpaksa mengikut arahan lelaki pari pari itu. dia terpaksa memberi makan kuda kuda di bangsal. kemudian dia pergi berjogging dengan atuk nara. begitulah rutinnya setiap hari. selepas berjogging dia di ajar seni mempertahankan diri pula. mula mula latihan yang di berikan tidaklah begitu sukar untuk di pelajari tapi lama kelamaan ianya semakin sukar pula. apatah lagi apabila atuk nara menggabungkan semua jurus yang di ajarnya dalam satu serangan hendap. edry hampir saja tidak dapat mengingati setiap jurus yang di pelajarinya. setiap kali dia lupa atuk nara pasti akan menampar belakang tengkuknya dengan tangan. sakitnya bukan main lagi.

"adoii... sakitlah tuk...", edry bersuara kerana tidak tahan apabila lelaki tua itu sering menampar belakang tengkuknya sebaik saja dia gagal mempraktikkan apa yang di pelajarinya sebelum ini. "tahu pun sakit... kalau tak nak sakit lain kali kau mesti ingat apa yang telah kau pelajari selama ini... gunakan setiap jurus apabila kau di serang oleh musuh... jangan asyik lupa jurus pula... jikalau kau asyik terlupa jurus yang atuk ajar tu nescaya kau akan kalah di tangan musuh kelak...", bentak atuk nara dengan wajah yang garang sekali. "oh... maafkan aku, tuk... lain kali aku tak akan lupa semua jurus yang atuk ajar tu...", balas edry dengan pantas. "baiklah... tapi lain kali jikalau kau terlupa lagi semua jurus yang aku ajar tu aku akan pukul belakang tengkuk kau sampai bengkak, baru padan muka kau tu...", atuk nara memberikan peringatannya. edry hanya diam membisu. kepalanya tunduk ke bawah. sebenarnya dia merasa tidak tahan apabila di marahi terus terusan oleh lelaki tua tersebut. terasa dirinya tak ubah macam ahli tentera yang sering di marahi oleh komandannya pula. dalam diam dia merasa sedih. sudahlah dia sedih dan rindukan ahli keluarganya yang sudah lama di tinggalkan. dah tu pula dia merasa susah hati memikirkan keadaan rakan rakannya yang masih berada di dalam tahanan dewa cermin. entah kan mereka masih hidup atau pun tidak dia sendiri tidak tahu. tiba tiba saja hatinya terasa sedih bukan kepalang. alangkah baiknya jikalau dia dan rakan rakannya tidak terjumpa cermin puaka itu... alangkah baiknya semua perkara tersebut tidak terjadi pada dirinya dan rakan rakannya.... alangkah baiknya jikalau semuanya itu terjadi di dalam mimpinya saja... tiba tiba, "edry!.... edry!... kenapa kau mengelamun pula?", soal atuk nara di depan wajahnya. edry terkejut dari lamunannya.

dia lihat atuk nara memandang wajahnya dengan pandangan mata yang semacam pula. "maaf tuk... lain kali aku tidak akan mengelamun lagi...", tutur edry cuba untuk tidak menunjukkan perasaan sedih yang bertamu di lubuk hatinya. "yelah tu... apa apa pun aku nak kau tumpukan seluruh perhatian kau pada setiap jurus yang aku ajar... jikalau kau hilang tumpuan atau kau lupa pada setiap jurus yang aku ajar, kau akan terima hukumannya kelak... faham?...", atuk nara memberikan peringatannya. "faham tuk...", balas edry cepat cepat. "baiklah, mari kita mulakan latihan kita sekali lagi...", atuk nara mula mengajar edry semua jurus yang perlu di pelajari oleh pemuda tersebut. hampir setiap hari mereka berlatih dan terus berlatih. edry mula menunjukkan kemajuannya apabila dia semakin mahir dalam mempraktikkan semua jurus yang di pelajarinya. malah dia juga mahir dalam menggunakan senjata. terutamanya pedang. atuk nara mengajarnya cara menggunakan pedang dengan betul. bukan itu saja atuk nara ada juga mengajarnya menggunakan tombak dan juga juga lembing. pada mulanya edry terasa janggal ketika dia menggunakan semua senjata itu tapi lama kelamaan dia dapat juga menggunakan semua senjata tersebut dengan baik.

hari demi hari berlalu. sedar sedar saja sudah sebulan lebih dia menjadi anak murid atuk nara. banyak juga yang di pelajarinya dari orang tua tersebut dalam masa sebulan lebih itu. dia kini sudah mahir mempertahankan dirinya apabila dia di serang oleh atuk nara. malah dia semakin mahir menggunakan pelbagai jenis senjata termasuklah menggunakan busur beserta anak panahnya sekali. setelah berlatih 2 bulan lamanya atuk nara mula mengujinya dengan melakukan serangan hendap terhadap anak muridnya itu. edry dapat mematahkan semua serangannya dengan mudah sekali. ini membuatkan atuk nara merasa sungguh bangga sekali dengan pencapaian anak muridnya itu. dia tidak menyangka edry boleh mengingati semua yang di pelajarinya dalam masa 2 bulan saja. baginya edry seorang murid yang sangat mudah di ajar. pendek kata apa yang di ajarnya dapat di tangkap oleh edry dengan baik sekali. "edry... atuk tidak menyangka yang kau akan dapat menguasai ilmu mempertahankan diri dalam tempoh masa 2 bulan saja... bagi atuk itu satu pencapaian yang sangat memberangsangkan... apa apa pun atuk merasa sungguh bangga dengan pencapaian kau tu...", atuk nara bersuara sambil meletakkan tangannya di atas bahu edry sebaik saja latihan mereka selesai pada petang itu.

"ini semua atas berkat kesabaran atuk yang mengajar aku selama ini... kalau bukan atuk yang mengajar aku sudah tentu sampai sekarang aku belum tahu apa apa lagi... anyway, terima kasih aku ucapkan pada atuk kerana bersusah payah mengajar aku selama ini...", kata edry perlahan lahan. "oh... no need to mention it... by the way, ada satu perkara saja yang ingin atuk perkatakan pada kau di sini... setiap musuh pasti ada kelemahannya yang tersendiri... jikalau kau nak menang dalam satu perlawanan kau harus tahu apa kelemahan musuh kau tu. kemudian barulah kau memasang strategi untuk pergi menentangnya. itu pun jikalau kau nak menanglah...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius. "kelemahan?... maksud atuk, dewa cermin tu ada kelemahannya juga ke?", soal edry ingin tahu. atuk nara menganggukkan kepalanya perlahan lahan. "apa kelemahannya tuk?", soal edry ingin tahu. "dia akan mati jikalau kau menikam dadanya dengan pedangnya sendiri....", tutur atuk nara perlahan lahan. "pedangnya sendiri?...", soal edry seraya memandang wajah lelaki tua pari pari itu. "ya... hanya pedangnya itu saja yang boleh membunuhnya. pedang lain atau senjata lain tidak boleh membunuhnya apatah lagi mencederakan kulitnya. dalam erti kata yang lain tubuhnya kebal terhadap senjata yang lain...", tutur atuk nara perlahan lahan. "jadi maksud atuk ni aku kena bunuh dewa cermin tu dengan menggunakan pedangnya sendiri?", soal edry lagi. "ya, nampak gayanya macam itulah... kau harus merampas pedangnya dulu jikalau kau hendak membunuhnya tapi jikalau kau gagal merampas pedangnya kau akan di bunuhnya dalam sekelip mata...", tutur atuk nara dengan wajah yang serius. "gulp...", edry menelan air liurnya sebaik saja dia mendengar perkataan lelaki pari pari tersebut. dia merasa gerun tatkala dia memikirkan semuanya itu

CERMIN (PG13) Where stories live. Discover now